Wednesday, November 25, 2009

Bala: Najib Pasti Doakan 1Malaysia Gila!!


Saya sangat tertarik dengan kenyataan Americk Singh Sidhu, peguam kepada Balasubramaniam sebentar tadi dalam Malaysiakini mengenai kaitan kehilangan Balasubramaniam dan PM Datuk Seri Najib. Pertama, peguam terkenal itu berkata mereka yang berfikiran waras pasti akan membuat kesimpulan bahawa Najib memang ada kaitan dengan kehilangan Bala. Bermakna hanya orang gila yang tidak percaya kehilangan Bala tiada kaitan dengan Najib. Saya dalam hal ini bersyukur kerana saya dan keluarga saya bukan salah seorang dari orang yang gila itu!


Kedua, Americk menyatakan beliau memandang berat pembabitan adik Najib - Datuk Nazim - dalam panenarikan balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu. Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu."


Ketiga, menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua. Namun Bala tidak perlu khuatir dalam hal ini kerana mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana subahat dan konspirasi.


Keempat, Americk mendakwa, Nazim terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Bala di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.


Nampaknya Najib yang kini berada di luar negara pasti tidak senang tidur dengan pendedahan demi pendedahan mengenai kaitan kehilangan Bala dan kematian Altantuya dengan dirinya. Dan pasti yang lebih merisaukannya ialah kenyataan Americk bahawa hanya orang gila yang tidak percaya kehilangan Bala tiada kaitan dengan Najib! Dalam hati pasti Najib sedang berdoa semoga 1Malaysia gila, 1Malaysia tidak percaya kehilangan Bala ada hubungan dengannya!!

~ pendikar gunung kriang

Tuesday, November 24, 2009

Sarawak: BN Menggigil Dengan Gertak PR


Beberapa bulan lalu, Najib Razak ada memberi signal Pilihanraya di Sarawak akan diadakan sebelum pilihanraya umum ke 13. dalam erti kata lain pilihanraya Sarawak mesti diadakan sebelum tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak berakhir iaitu pertengahan tahun 2011.

Walaupun begitu, bagi rejim BN di negeri itu, mereka mula kepanasan apabila melihat sokongan rakyat di Bumi Kenyalang terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

Terbaru, sepanjang minggu pertama bulan ini, beberapa Adun rejim BN mula memberi kenyataan bertali arus berkaitan perkara itu apabila mendesak dan mengugut ketua-katua kaum atau juga disebut Tuai Rumah di Sarawak agar jangan menyokong atau memberi sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Tidak dapat dipastikan samada kenyataan Adun-adun rejim BN itu dirancang atau tidak, tetapi yang pasti kenyataan mereka itu menunjukkan kerisauan mereka terhadap sokongan berterusan rakyat pelbagai kaum di Sarawak terhadap Pakatan Rakyat.

Bermula 1 November lalu, ADUN Pakan, William Mawan anak Ikom, mengugut ketua kaum Dayak di negeri itu terutama di kawasan luar Bandar agar jangan berjuang bersama Pakatan Rakyat jika mahu pembangunan di negeri itu diteruskan.

Ini diikuti oleh Adun Simanggang, Francis Harden anak Hollis pada 3 November lalu yang mendesak katua kaum yang disifatkannya sebagai orang tengah agar menerangkan kepada penduduk berkaitan pembangunan kerajaan jika mahu projek dilaksanakan di kawasan mereka.


Skrip yang sama oleh adun-adun itu disambut pula oleh ADUN Engkilili, Johnical Rayong Ngipa semasa berucap di Rumah Kaunselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai, di Kampung Selindung Ulu dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman.


Rayong yang risau dengan sokongan berterusan ketua-ketua kaum itudipetik sebagai berkata bahawa sokongan Pakatan Rakyat yang kukuh di semenanjung tidak layak mengembangkan pengaruh mereka di Sarawak atas alasan memecahbelahkan sokongan politik penduduk di negeri itu terhadap BN.


Anehnya, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili, iaitu Kanselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai pada majlis yang sama menggesa agar kerajaan Sarawak menaikkan bayaran elaun Tuai Rumah atau Ketua Kampung bagi mengelakkan mereka dikategorikan sebagai golongan Miskin Tegar.

(Sumber:  http://masdarwahid.blogspot.com/)


Nazri, Tak Kan Pi Market Pun Naik Nuri Kot?

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3f/AS-532_Cougar_kzlsngr3.JPG/800px-AS-532_Cougar_kzlsngr3.JPG

Parlimen diberitahu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin layak menggunakan pesawat Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Katanya garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawatpesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Menurutnya lagi antara asas pertimbangan kelulusan permohonan adalah bagi perjalanan yang tiada perkhidmatan udara MAS dan juga meliputi kawasan-kawasan terpencil yang memerlukan pesawat helikopter untuk sampai ke destinasi tersebut dengan kadar yang cepat,


Saya setuju apa yang Nazri katakan itu. Sebenarnya bukan rakyat nak pertikaikan PM atau TPM layak atau tidak menggunakan pesawat Nuri. Mereka memang layak jika menggunakan untuk kegunaan rasmi. Yang menjadi peroalan ialah apabila PM atau TPM menaiki jet eksekutif atau pesawat Nuri untuk menghadiri majlis yang sah memang anjuran BN. Ia banyak berlaku terutama di musim pilihnraya, tidak kira pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Kawasan yang mereka pergi pula bukan kawasan terpencil dan tidak dapat dihubungi.

Sekarang ini PM dan TPM menggunakan pesawat Nuri  macam menggunakan kereta peribadi milik mereka sendiri. Majlis tidak rasmi, majlis anjuran parti dan pergi ke kawasan tidak terpencil menggunakan Nuri perkara biasa. Jangan nanti hantar cucu dan anak saudara ke sekolah pun  gunakan Nuri atau pergi market beli ikan pun gunakan Nuri sudahlah.


~ pendikar gunung kriang

Monday, November 23, 2009

Nik Aziz Sudah Lakukanya, Kini Giliran Najib Pula

Baru petang tadi diberitakan TG Nik Aziz mengumumkan menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman telah menerima nasihatnya untuk meletak jawatan sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan.  

Tahniah Tuan Guru! Bukan semua pemimpin yang berani menasihati anak menantu atau saudara mara terdekat melepaskan jawatan selepas dilanda kontroversi. Hanya pemimpin berjiwa besar sahaja berani melakukannya. Semasa Pak Lah menjadi PM dahulu ramai pihak yang memintanya melakukan apa yang TG Nik Aziz berani lakukan hari ini terhadap menantunya Khairy Jamaludin yang dilanda pelbagai kotroversi itu. Tapi sayangnya Pak Lah tidak cukup berani seperti Nik Aziz untuk melakukannya. 


Jika kontroversi yang sama melanda PM 1Malaysia yang bernama Najib itu, cuba teka, adakah Najib akan seberani TG Nik Aziz atau penakut seperti bekas bossnya juga?

Hari ini tersiar berita yang bakal menguji keberanian Najib apabila adiknya, Datuk Seri Nazir Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Azalina Aziz didakwa menguasai saham CIMB bernilai RM30 juta. Perkara itu didedahkan oleh Chegubard  di dalam blognya, http://chegubard.blogspot.com. Pendedahan Chegu Bard adalah berdasarkan Laporan Audit CIMB 2008, halaman 69 yang menyatakan Nazir memiliki 28,253,261 unit saham manakala  Azalina pula memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71. Jumlah pemilikan saham Nazir dan Azalina tersebut tidak termasuk saham yang dilupuskan atau dijual pada tahun yang sama.

Itu cuma salah satu cerita mengenai Nazir. Sebelum ini pun ada cerita-cerita negatif lain mengenai adik Najib itu.


Sekarang kita hendak lihat apa reaksi Najib. Adakah Najib akan berani bertindak sesuatu seperti TG Nik Aziz atau diam buat-buat tak tau saja? Sebelum ini kita telah melihat apa  yang Najib lakukan  apabila ditimpa kontroversi. Dalam banyak kes, Najib sebelum ini mengambil jalan selamat: diam menikus sebiji macam Pak Lah! 

Soalnya kini, adakah Najib akan menjadi pemimpin berjiwa besar, seberani TG Nik Aziz?



~ pendikar gunung kriang

Sunday, November 22, 2009

Ada Monyet Yang Sedang Menggoyang Pokok Di Kelantan!!!

          


Jika Bernama melaporkan TG Nik Aziz menafikan laporan Utusan bahawa Husam Musa berhasrat meletak jawatan, laporan mStar juga membawa berita yang sama. Cuma penafian dalam laporan mStar  terbit dari mulut 'orang yang hendak meletak jawatan' itu sendiri: Husam Musa.


Selain dari menafikan akan meletak jawatan, Husam juga kelihatan terkejut ketika diminta mengulas berita dia akan bercuti selama 5 hari untuk menjalani pembedahan tulang belakang. Mengulas mengenai perkara itu, Husam berkata: "Cuti? Cuti apa pula? Saya tak tahu apa-apa pun, nampaknya sumber akhbar berkenaan lebih tahu daripada saya. Mengapa pula nak bedah tulang belakang saya? Bukannya ada bengkok... Alhamdulillah saya sihat saja."

Ya lah, siapa kata tulang belakang Husam bengkok dan sedang menjalani rawatan sakit belakang (walaupun mereka yang dekat dengannya tahu, dia ada masalah sakit belakang)? Bukankah kelmarin Husam sedang berada di  Simposium Nasional anjuran PKR di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan merupakan salah seorang seorang pembentang kertas kerjanya? Nampak Husam dalam majlis itu macam orang sakit belakang yang teruk hingga perlukan pembedahankah?

Jadi Husam tidak bercuti dan Husam juga tidak menjalani pembedahan tulang belakang. Kata pepatah Melayu jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Sekali lagi pertanyaan: monyet tak berekor mana yang sedang menggoyangkan pokok di Kelantan?



~ pendikar gunung kriang

Husam: Kepala Bedebah Siapa Punya Nie?

Isu perletakan jawatan Husam Musa lagi!!

Dan ini petikan berita dari BERNAMA mengenai isu itu  tengah hari tadi: 

         "Ketika ditanya sama ada benar Husam pernah menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatan baik dalam parti mahu pun kerajaan, Nik Abdul Aziz berkata: "Tak ada... sayapun tak terfikir dia nak berhenti. (Ini pandai-pandai akhbar) nak bawa berita panas supaya orang beli akhbar. Masalah nak berundur tak berundur, langsung tidak timbul baik dalam kepala dia atau saya," katanya.

Habis cerita nak berundur itu idea dari kepala siapa? Idea dari kepala wartawan Utusan atau dari kepala  Ketua Pengarang Utusan atau dari kepala Ketua Perhubungan Umno Kelantan atau dari kepala Big Boss 1Umno atau dari kepala si-ketayap putih dan gemarkan warna hijau itu sendiri?


Buat sementara, idea dari kepala siapa cerita itu biar kita simpan dulu sebagai teka teki, walaupun untuk menekanya seperti rasa mudah saja. Yang penting selain dari dari kepala siapa satu lagi yang penting ialah berita angin itu telah menjadi kepala berita Utusan Meloya hari ini dan ia dibaca oleh ramai orang yang mungkin mempercayainya!


~ pendikar gunung kriang

MM Dah Nak Muflis, Terpaksa Jadi Pedagang Khabar Angin

Kelantan


Malam tadi saya ada tulis dan buat ulasan dalam blog ini mengenai petikan berita Bernama bertajuk, "Pas Kelantan Tidak Mahu Campur Isu Nik Aziz". Berita Bernama itu mempunyai tajuk yang menarik, tapi isi kandungannya tidak membawa erti besar. Cuma adalah sedikit disentuh oleh Bernama dalam 5 baris ayat mengenai khabar angin perletakan jawatan menantu TG Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi dan Husam Musa:


     "Mengenai khabar angin Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif  PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan dalam blog tertentu, beliau berkata: "Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini)".

Ketika membaca tajuk berita Bernama itu, saya sudah meramalkan pasti ada wartawan pembodek BN akan membesarkan berita yang tidak membawa makna apa-apa  itu. Ramalan saya tidak meleset apabila hari ini saya melihat tajuk besar di muka hadapan dalam Mingguan Malaysia:
     
    "Husam Letak Jawatan?"


Malangnya berita mengenai 'pergolakan' dalam Pas itu hanya menarik Mingguan Malaysia saja. Berita Minggu, New Sunday Times, Star, Sinar Harian dan lain-lain tidak menjadikan ia sebagai berita besar, mungkin kerana ia cuma cerita di balik secangkir khabar angin saja. Mungkin ia berita kecil yang yang tidak penting bagi akhbar-akhbar itu.


Tapi Mingguan Malaysia? Rupanya ia berita penting untuk Mingguan Malaysia. Berita yang hanya ditulis dalam 5 baris oleh Bernama sebaliknya diulas menjadi 45 baris oleh Mingguan Malaysia!


Tapi jika dibaca keseluruhan isi berita dalam Mingguan Malaysia itu pun, tidak ada apa isu besar yang dibangkitkan. Tidak pun disentuh berita yang mengesahkan Husam akan meletak jawatan. Yang ada disebut cuma Husam tidak sihat dan akan menjalani pembedahan tulang belakang.


Namun akhirnya di hujung beritanya Mingguan Malaysia mengaku apa yang dilaporkan itu cuma 'khabar angin'. Aduhai, terpedaya aku membaca berita itu, rupanya ia hanya khabar angin, detik hati saya. Alahai....rupanya ada akhbar established yang mungkin kerana hampir muflis terpaksa menjadi  pedagang khabar angin!

~ pendikar gunung kriang

Saturday, November 21, 2009

Tok Guru, Mu Nak Buat Apa Pun, Punya Pasallah!!

"Pas Kelantan Tidak Mahu Campur Urusan Nik Aziz", itu berita yang dipetik oleh Bernama. Bunyi tajuknya macam Pas Kelantan merajuk  dengan TG Nik Aziz. Bunyi tajuknya macam Pas Kelantan ingin berpatah arang dengan Nik Aziz. Bunyi tajuknya macam bermaksud, "Tok Guru,  mu nak buat apa pun, mu punya pasallah!" Tapi kandungan beritanya tidak begitu.......

         http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/images/stories/2009oct10/nikaziz-oct23.jpg

Umno Marah Guan Eng Lantik Melayu Jadi Boss MPPP?

 


        


Pada akhir tahun lepas, sekonyong-konyong politik Selangor digegarkan oleh isu perlantikan wanita Cina sebagai Pengurus Besar sementara PKNS. Yang menjadi isu besar bagi Umno Selangor dan NGO-NGO yang sewaktu dengannya ialah Pengurus Besar sebelum itu ialah orang Melayu (termasuk Jawa), tetapi mengapa Pengurus Besar Melayu digantikan oleh Pengurus Besar Cina (walaupun cuma Pengurus Besar sementara)? Lalu Menteri Besar Tan Sri Khalid sebagai seorang Melayu dituduh sebagai pengkhianat Melayu oleh Umno dan NGO-NGO sewaktu dengannya kerana melantik seorang Cina sebagai Pengurus Besar, sedangkan Pengurus Besar sebelum ini adalah Melayu dan secara tradisinya ia milik Melayu. Pas Selangor juga menyatakan tidak bersetuju dengan perlantikan wanita Cina yang bernama   Low Siew Moi itu sebagai Pengurus Besar PKNS.

Dan kelmarin senario yang hampir sama berlaku di Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang kelmarin telah melantik Patahiyah Ismail, seorang wanita Melayu, sebagai Yang Dipertua baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Perlantikan Patahiyah  telah mencatatkan satu sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang menerajui sebuah Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi ia berita penting bukan sahaja untuk orang Melayu negeri itu, tapi juga wanita negara ini. Patahiyah akan mengantikan Yang Dipertua MPPP sekarang, Tan Cheng Chui, 54, yang memutuskan untuk bersara awal atas sebab-sebab  kesihatan.

Yang menariknya di sini ialah jika di Selangor, Menteri Besar seorang Melayu tergamak melantik seorang wanita Cina memegang jawatan Pengurus Besar PKNS yang secara tradisinya adalah jawatan untuk Melayu, di Pulau Pinang pula Ketua Menteri seorang Cina tergamak melantik seorang wanita Melayu memegang jawatan Yang Dipertua MPPP yang secara tradisinya adalah jawatan untuk Cina (walaupun tidak semestinya begitu).


Saya sekarang sedang tertunggu-tunggu reaksi Umno Pulau Pinang sama ada ianya sama ketika isu perlantikan Pengurus Besar PKNS dahulu. Di Selangor dahulu, mungkin kerana desakan banyak pihak, terutama Umno,akhirnya Menteri Besar  bersetuju melantik seorang Melayu sebagai Pengurus Besarnya bagi menggantikan Low Siew Moi. Saya hendak lihat sama ada Umno memegang prinsip yang sama bahawa bagi sesuatu jawatan penting di peringkat negeri, ia harus mengikut tradisi bahawa ia perlu dipegang oleh satu kaum tertentu. Jika bagi PKNS jawatan Pengurus Besar secara tradisi dipegang oleh Melayu, maka Melayulah juga yang harus memegang jawatan itu sampai bila-bila (walaupun untuk jawatan Pengurus Besar sementara, seperti kes Low). Jika precedent ini diterima pakai oleh Umno, maka dalam kes Yang Dipertua MPPP, ia juga harus dipegang oleh seorang Cina. Dan ia diperkuatkan lagi dengan fakta bahawa 14 daripada 24 Ahli Majlis MPPP sekarang adalah mereka dari kalangan bukan Melayu.  Ahli Majlis MPPP dari kalangan Melayu pula cuma 10 orang (itu pun termasuk keturunan India Muslim yang mengaku sebagai Melayu). Lagi pun, majoriti penduduk di bawah kelolaan MPPP ialah orang Cina, maka tentu jawatan itu bagi Umno yang menjunjung prinsip 1Malaysia itu, wajar juga dipegang oleh seorang Cina.



Di Selangor dulu, Umno bukan main berang apabila Menteri Bear melantik seorang Cina sebagai Pengurus Besar sementara PKNS kerana ia tidak mengikut tradisi. Apakah Umno Pulau Pinang juga akan berang kerana Guan Eng melantik seorang Melayu untuk jawatan Yang Dipertua MPPP kerana ia juga tidak mengikut tradisi? Adakah Umno Pulau Pinang lepas ini akan mengadakan bantahan besar-besaran  mendesak orang Cina menerajui MPPP dan menggerakkan NGO-NGO Melayu membuat kacau seperti di Selangor dulu?


Dan reaksi DAP? Dalam hati saya tidak yakin DAP akan menentang perlantikan Patahiyah sebagai Yang Dipertua MPPP hanya semata-mata kerana dia Melayu. Ini kerana saya yakin DAP lebih cerdik dalam permainan politik berbanding Umno!


Umno Pulau Pinang, apa lagi, pergilah berhimpun di depan Komtar  atau di Padang Esplanade untuk mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melantik seorang Cina sebagai Yang Dipertua MPPP!  Jika Umno berani bertindak begitu, pasti parti itu akan dipuji sebagai parti yang memahami slogan 1Malaysia tajaan presiden terhormat mereka yang bernama Najib Tun Razak itu. Umno sepatutnya berani membuat desakan itu, kerana bukankah parti itu telah diminta oleh presiden parti untuk menjaga kepentingan orang Cina kerana kegagalan MCA melakukannya?


~ pendikar gunung kriang

Friday, November 20, 2009

Rupanya Raihan Lebih Popular Dari Najib!!




Sebelum terlewat, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada TG Nik Aziz yang dipilih oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center sebagai tokoh ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim yang paling berpengaruh di dunia.


Juga tahniah kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang turut disenaraikan di dalam senarai 450 “Honourable Mention” sebagai tokoh Islam yang paling signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad, tetapi malangnya  nama Dr Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Yang menariknya Kumpulan Raihan yang terkenal dengan lagu-lagu nasyidnya itu turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Begitulah dunia Islam melihat Malaysia. Pasti tidak mengejutkan jika TG Nik Aziz dan Anwar Ibrahim menerima pengiktirafan itu kerana jasa-jasa mereka tyrhadap pembangunan Islam.  Tapi apabila Dr Mahathir yang seringkali cuba menyelitkan namanya sebagai antara tokoh yang paling banyak bercakap mengenai umat Islam itu tidak diletakkan setaraf dengan Nik Aziz dan Anwar, ia pasti mengecewakan orang tua itu, keluarganya dan ahli-ahli parti yang dianggotai Dr Mahathir. 


Dan di mana nama hero 1Malaysia yang bernama Najib Tun Razak itu? Mengapa tokoh yang paling berpengaruh di Malaysia itu tiada langsung dalam senarai tokoh Islam yang paling berpengaruh di dunia?


Kesian, Najib, tidak sangka lagu nasyid Raihan lebih popular dari slogan 1Malaysia Najib!!



~ pendikar gunung kriang

Umno Kedah Cakap Bahasa Apa Nie?

Malaysiakini melaporkan Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah berkata beliau  berharap tidak ada pilihan raya kecil bagi DUN Kota Siputeh. Bagaimanapun, Umno yakin jika pilihanraya semula diadakan, BN mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar ekoran terdapat petanda pengundi akan kembali menyokong parti itu. Katanya berdasarkan maklumbalas, sekiranya 40 peratus pengundi yang menyokong PR tahun lalu kembali menyokong BN, maka kerusi Kota Siputeh akan dapat dikekalkan.

Saya sangat tak faham apa yang sebenarnya hendak dikatakan oleh orang kuat Umno Kedah itu. Satu segi dia dengan yakin berkata jika pilihanraya semula diadakan, BN  dapat menambah majoriti. Tapi dalam masa yang sama dia berkata tidak perlulah diadakan pilihanraya! 



Jika Bashah benar-benar yakin BN dapat menambah majoriti, tentu beliau tidak sabar-sabar menunggu pilihanraya baru diadakan bagi membuktikan kekuatan parti itu dan seterusnya meraikan kemenangan besar yang dapat memulihkan kembali semangat ahli-ahli Umno/BN yang masih belum pulih itu.


Tapi cakap orang kuat Umno itu bunyinya lain macam. Dia cakap BN yakin menang bergaya, tapi dalam masa yang sama berkata tak payah bertandinglah! Kenapa tak payah bertanding, jika kuat? Tak kan Umno tak ingin bertanding dalam pilihanraya semula kerana tak ingin membazirkan wang kerajaan yang depa kebas sakan masa memerintah Kedah dulu?


~ pendikar gunung kriang

Bala, Jom Esok Hang Bercerita Lagi!!

          http://media1.malaysiakini.com/131/871345bd36629c8642e94902b99459a9.gif


Akhirnya cerita Balasubramaniam mengenai kisah pelariannya keluar negara itu telah tiba ke episod terakhir dalam Malaysia Today hari ini. Cerita di episod terakhir agak mengejutkan apabila Bala menyebut mengenai penglibatan adik PM Najib yang bernama Datuk Mohamed Nazim Razak itu dalam akuan sumpah berkanunnya.


Mungkin ramai  orang, termasuk saya, masih tidak puas dengan cerita daripada Bala itu. Sebagai anggota SB, Bala pasti menyimpan banyak rahsia. Kisah yang dipaparkannya dalam Malaysia Today itu cuma secebis kisah dari semua yang diketahuinya. Mungkin bila tiba saat yang sesuai, Bala akan mendedahkan lebih banyak lagi cerita. Mungkin Bala akan bercerita sejauh mana hubungan Najib dengan Altantuya dan peranan Razak Baginda dalam hubungan terlarang itu. Mungkin Bala akan bercerita siapa 'tangan-tangan ghaib' yang namanya tidak disebut dalam mahkamah, tetapi memainkan peranan penting dalam usaha meletupkan Altantuya,.


Harap Bala tidak takut menceritakan segalanya. Apa nak takut, kerana sama ada dia bercerita sedikit seperti yang dibongkarkannya dalam Malaysia Today, atau dia bercerita banyak; namanya sudah dalam senarai 'wanted' SB. Jika Bala memahami Bahasa Melayu, dia perlu tahu tentang peribahasa Melayu 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. 


Bala sudah mendedahkan secebis dari kisah mengenai dirinya. Bala patut bercerita lagi, mendedahkan semua yang diketahuinya. Dia boleh sambung cerita dalam Malaysia Today atau memilih mana-mana blog yang dipercayainya.


Bala, jom esok berceritalah lagi!!


~ pendikar gunung kriang

Thursday, November 19, 2009

Kalu Macam Nie Susahlah Staf SPRM Nak Buat Overtime!!

       


mStar melaporkan Mahkamah Tinggi  hari ini memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dibenarkan lagi menyoal siasat saksi semalaman seperti amalan sekarang.  Sebaliknya soal siasat hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat, iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Aduhai, ia berita buruk untuk anggota SPRM. Pertama, waktu bekerja yang paling seronok ialah waktu dinihari  selepas jam 12.00 tengah malam, kerana ketika itu tiada gangguan telefon, tiada gangguan dari boss untuk buat itu buat ini dan tiada meeting yang kadang-kadang sekadar untuk menghabiskan gula dan teh itu. 

Soal siasat lepas jam 12.00 malam juga kerap menjanjikan penghasilan terbaik kerana ketika itu orang yang kena siasat sudah letih fizikal dan mental dan justru lebih mudah mendapatkan pengakuan bersalah dari mereka dalam keadaan begitu.

Selain itu, kerja lepas jam 12.00 malam memudahkan anggota untuk menununtut kerja lebih masa (overtime) untuk membayar hutang kereta, hutang karpet, hutang TV plasma dan hutang-hutang lain termasuk hutang untuk mengadakan kenduri kahwin dulu.


Tapi kini Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan yang tidak membantu anggota SPRM tersenyum. Tapi apa nak kata, itu keputusan mahkamah, mahkamah yang tidak memahami masalah SPRM, mahkamah yang tidak berpengalaman buat kerja tak senonoh di waktu malam.


~ pendikar gunung kriang

Wednesday, November 18, 2009

Anjing, Beruk dan Haram Ja*** Itu Pun Peminat Dr Asri Juga?





Cuba perhatikan gambar di atas yang diambil pagi tadi di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Tiimur. Nampaknya begitu ramai peminat Dr Asri. Di sebelah kanan Dr Asri ialah Maharaja Perlis yang bernama Shahidan Kassim yang memang dikenali sebagai penyokong kuat Dr Asri sejak dahulu lagi. Malah pagi tadi Maharaja Shahidan kelihatan menaiki kereta yang sama untuk ke mahkamah dengan Dr Asri.


Tapi siapa gerangan yang berkepala botak dan badan montel di sebelah kiri Dr Asri itu? Nampak sekali imbas macam seorang lelaki lembut yang dalam blognya pada 8 Mei 2009 pernah menggelar  pemimpin serta penyokong Pakatan Rakyat sebagai "Anjing dan Beruk" serta "Haram Jadah" ketika krisis Perak sedang memuncak dahulu? Orang itukah yang nampak berada begitu rapat dengan Dr Asri itu? Khabarnya pemuda tua tersebut baru balik dari Mekah. Mungkin dia sudah benar-benar  berubah lepas balik daripada Mekah sehingga hendak berdampingan dengan ulamak pula. Kalau begitu, baguslah, sekurang-kurangnya adik Azmin Ali ini sudah setaraf dengan Marina Mahathir dan rakan-rakan Sisters In Islam, NGO-NGO serta beberapa pemimpin PKR, Pas dan  Umno yang juga menyatakan sokongan terhadap Dr Asri.

Semoga lepas ini pemuda tua bermulut laser itu benar-benar berubah dan tidak menjadi "anjing, beruk dan haram jadah" lagi.


~ pendikar gunung kriang

BN Menang Kedah Kecundang, PR Kalah Kedah Susah!!

BN Menang, Kedah Kecundang!


Pada 12 November 2009 lalu,  Umno Kedah telah melancarkan slogan atau tagline berbunyi "BN Menang Kedah Senang" yang kononnya bagi menaikkan semangat ahli-ahlinya supaya bekerja lebih kuat untuk menawan kembali negeri ini daripada pemerintahan PR. Bukan main hebat lagi nama tagline itu dan ia bertambah hebat, sebab yang melancarkannya ialah TPM, Muhyiddin Yassin sendiri.


Tapi BN Kedah yang ditunjangi Umno  tentu tak senang duduk mendengar ucapan bajet yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kelmarin. Ini kerana walaupun belum memerintah sampai 2 tahun, kerajaan PR Kedah telah membuktikan mereka tidak perlukan BN untuk menjadikan Kedah senang. Malah berdasarkan angka-angka yang dipaparkan menunjukkan BN menang bukan akan menjadikan Kedah senang, tapi akan terus kecundang! Seperti apa yang dikatakan oleh Ustaz Azizan, sepanjang jangka waktu yang begitu singkat memerintah Kedah, kerajaan negeri di bawah PR telah membuktikan banyak kemajuan: 

i)  Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan kemasukan pelaburan asing ke Malaysia yang agak merosot, Kedah sebaliknya berjaya menarik banyak pelaburan sehingga Ogos lalu apabila menjadi negeri kelima mencatat jumlah pelaburan tertinggi selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang  dengan jumlah pelaburan keseluruhan berjumlah RM837,345,329.

ii)  Ketika bilangan kemasukan  pelancong ke negara ini umumnya menurun akibat krisis kewangan dunia, Kedah sebaliknya mencatat pertambahan pelancong dengan kemasukan 3.8 juta orang pada 2008 berbanding 3 juta pada 2006.

iii)  Hasil balak juga meningkat  sebanyak RM8 juta setahun kepada RM35 juta pada 2009 kerana polisi atau dasar tender terbuka yang diamalkan kerajaan negeri.

iv)  Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sebelum ini rata-rata mencatatkan kerugian semasa diperintah BN, mula menampakkan keuntungan selepas penyusunan semula GLC di bawah kepimpinan kerajaan negeri PR. Hasilnya 11 buah syarikat berkaitan GLC   berjaya menyumbangkan dividen kepada kerajaan negeri sebanyak RM30 juta tahun lepas, yang merupakan pembayaran kali pertama syarikat-syarikat itu selepas asyik menanggung kerugian tahun demi tahun akibat tidak kecekapan pengurusan ketika diperintah BN sebelum ini.

v)  Berdasarkan sumber Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, kadar kemiskinan di Kedah juga telah berjaya dikurangkan dari 7%  sebelum ini  kepada 3% sahaja pada 2009.


v)  Selain itu angka terbaru juga menunjukkan Kedah semakin sejahtera apabila kadar kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.3%  kepada 0.3%, pendapatan kasar bulanan isi rumah pula meningkat daripada RM2,126 kepada RM2,408, manakala kadar pengangguran berkurangan daripada 3.8 % kepada 3.3%.


Dengan angka-angka itu, nampaknya selepas ini BN perlu mengubah tagline nya di Kedah. Tagline "BN Menang, Kedah Senang" tak sesuai lagi kerana apabila diberi peluang memerintah selama 50 tahun dan ketika ekonomi Malaysia di puncak prestasi, Kedah tidak sesenang mana. Sebaliknya BN perlu menggantikan slogan itu kepada slogan lain yang lebih sesuai dan tepat, misalnya:

      BN Menang, Kedah Kecundang

Dan kerajaan negeri di bawah PR pula boleh menggunakan tagline ini:


     BN Menang, Kedah Kecundang
     PR Kalah, Kedah Susah



~ pendikar gunung kriang

Apa Cerita Bila Anwar dan Najib Berkongsi Secangkir Teh?



Apa yang dua 'musuh' ini sedang bualkan? Bercerita tentang  soal keluarga, politik, sosial, ekonomi atau agama? Yang pasti dalam perbualan ini tiada perkataan yang menyentuh nama Altantuya, Mongolia, Port Dickson, ZZ, Saiful, kondominium xx dan lain-lain yang boleh menyebabkan salah satu pihak tersedak dan tertelan gigi palsu.


Peristiwa ini dirakamkan oleh wartawan Utusan Malaysia kelmarin apabila PM, Datuk Seri Najib Tun Razak  meluangkan masa bertemu ahli-ahli Parlimen termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Minum teh bersama di antara pemimpin BN dan PR di Parlimen bukan perkara luar biasa. Jika kita rajin ke kantin Parlimen, sering kelihatan wakil-wakil rakyat kedua-dua pihak berborak rancak di kantin sambil meneguk minuman ringan. Yang seronoknya baru sebentar tadi di dalam Dewan Rakyat mereka bertekak dan meninggikan suara, tetapi di kantin mereka kembali mesra sambil senyum dan ketawa. Begitulah gelagat pemimpin-pemimpin kita yang ada ketikanya kelihatan begitu profesional dan dapat melupakan batas tugas dan peribadi. Di dalam Dewan mereka perlu berdebat dan bertengkar kerana itulah tugas wakil rakyat, tetapi di kantin, kawan tetap kawan, boleh berkongsi cangkir teh dan kopi yang sama.

Cuma yang sangat jarang atau sukar dilihat ialah apabila pemimpin atasan kita mengadakan jamuan sama ada jamuan kahwin, jamuan raya dan sebagainya, pihak yang satu lagi turut hadir. Alangkah baiknya jika majlis terbuka hari raya PM dan menteri-menteri kabinet tahun hadapan turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang dan pemimpin-pemimpin PR, manakala majlis terbuka hari raya Ketua Pembangkang dan pemimpin PR turut dihadiri oleh PM dan pemimpin-pemimpin BN.


Politik tetap politik, bergasak tetap bergasak, tapi sebagai manusia yang menjunjung profesionalisme, nilai persahabatan perlu dikekalkan. Jangan lupa dalam keadaan apa pun, kita masih berkongsi menghirup oksigen yang sama di dunia yang dipinjamkan cuma seketika ini.


~ pendikar gunung kriang

Tuesday, November 17, 2009

Pemilikan Saham Azmin - RM2 Juta Atau Cuma 2 Sen?







Hari ini,  Anuar Shaari yang merupakan bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis berhubung pemilikan saham antara tahun 1992-1994  oleh naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya yang mencecah angka RM2 juta.

Yang saya hairan tentang pemilikan saham ini ialah jumlahnya. Minggu lepas,  Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham pada awal 1990an melibatkan Azmin dan isterinya, Shamsidar yang mencecah RM8.5 juta. Pada tahun 1998, Azmin pernah dihadapkan dengan tuduhan yang sama, dengan nilai perolehan saham yang dikatakan sebanyak RM400 juta, menyebabkan dia telah ditahan untuk siasatan polis selama kira-kira seminggu. Tapi akhirnya Azmin dibebaskan kerana tiada bukti beliau melakukan perkara itu.


Yang menghairankan mengapa angka pemilikan saham oleh Azmin berubah-ubah, dari RM400 juta pada 1998, minggu lepas RM8.5 juta dan hari ini menjadi RM2 juta pula? Mungkinkah mereka yang kerjanya menilai pemilikan saham Azmin itu tidak cukup profesional atau lemah dalam akaunting dan matematik, menyebabkan hendak mengira pun tidak mahir. 

Mungkin juga minggu depan ada lagi yang akan tampil untuk membuat tuduhan terhadap Azmin, tapi jumlahnya akan menjadi semakin menguncup, dari RM2 juta menjadi RM200,000, kemudian RM20,000, kemudian lagi RM200, lepas itu RM20, RM2 dan akhirnya cuma tinggal 2 sen?


Dan jika Azmin didapati bersalah kerana memiliki saham yang secara tidak sah sebanyak 2 sen, agak-agak apa hukuman terhadapnya - penjara 20 tahun atau 200 tahun?


Aduhai...bertuahnya aku kerana masih diberi nafas oleh Allah untuk menyaksikan lawak jenaka dunia ini!!!


~ pendikar gunung kriang

Sah...Kotak Ini Ada Di Tangan Ezam!!

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/02/ezam_kotak.jpg

TASEK GELUGOR - Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin menggesa bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor mendedahkan bukti gejala rasuah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Badrul berkata, ketika Ezam masih bersama di Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), mereka telah menemui beberapa bukti mengenai gejala rasuah Nor Mohamed dan beberapa individu penting dalam kepimpinan negara.

Menurutnya, tetapi selepas penemuan itu, Ezam telah dijatuhkan hukuman penjara dan bukti itu berada di bawah simpanannya ketika itu.

“Selepas dibebaskan, isu itu telah didiamkan dan selepas Ezam menyertai UMNO pada 2008, dia terus mendiamkan diri.

“Sekiranya beliau seorang pemimpin yang bebas rasuah, dia perlu berani untuk mendedahkan bukti itu kepada khalayak ramai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat Cabang PKR Bahagian Tasek Gelugor, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya yakin Ezam masih menyimpan bukti lengkap mengenai salah laku Nor Mohamed yang kini memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Ketika diminta mengulas mengenai jenis salah laku yang dilakukan oleh Nor Mohamed, Ezam berkata, salah laku berunsur rasuah itu dilakukan ketika Nor Mohamed masih lagi bersama Bank Negara dan juga selepas itu.


(Sumber: Sinar Harian)


pendikar gunung kriang: Dulu Ezam pernah kata dia ada menyimpan 6 kotak mengenai rahsia besar amalan korup pemimpin-pemimpin BN. Bila akhirnya Ezam rujuk semula dengan Umno, bagi menyelamatkan dirinya, dia berkata kotak-kotak itu sebenarnya disimpan oleh Anwar.


Tapi dalam kes Nor Mohamed ini, seperti kata Cikgu Bad, bukti rasuahnya ada di tangan Ezam. Jadi memang sah untuk kes penyelewengan Nor Mohamed, kotaknya ada dengan Ezam. Ezam, tunggu apa lagi, kalau hang masih ada teloq (walaupun cuma sebelah), apa lagi, dedahlah kes rasuah Nor Mohamed tu!!


Anwar Ibrahim Itu Memang Bangang!!

http://whereha.files.wordpress.com/2008/06/anwaribrahim.jpg

Pada pandangan mata mantan  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat PKR Anwar Ibrahim adalah seorang yang sangat bangang yang "tidak tahu apa-apa tentang ekonomi". Kelmarin ketika bercakap di Hotel Nikko, Dr Mahathir berkata   pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.


“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi. Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya.

Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir yang terkenal dengan otaknya yang geliga lagi gila itu. Saya setuju dengan pandangan rendahnya terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Menteri Kewangan yang dilantik sendiri oleh Dr Mahathir itu. Saya setuju dengan kata-kata Dr Mahathir bahawa Anwar itu memang bangang dalam soal ekonomi, kerana dia cuma graduan Pengajian Melayu semasa menuntut di Universiti Malaya dulu dan bukan graduan ekonomi (seperti juga Dr Mahathir yang merupakan graduan perubatan). 

Apa yang Dr Mahathir kata mengenai Anwar itu memang betul. Sebab Anwar bangang dalam mengurus ekonomi itulah agaknya yang menyebabkan dia dilantik oleh Dr Mahathir yang cerdik itu sebagai Menteri Kewangan selama 7 tahun dari tahun 1991 hingga ia dipecat pada tahun 1998. Kalau dia cerdik dalam ekonomi tentu tempoh perlantikannya tidak akan menjangkau 7 tahun, mungkin 2-3 tahun sahaja, kerana Dr Mahathir yang cerdik itu tentu tidak suka kewangan Malaysia diurus dengan baik.



Sebab Anwar Ibrahim bangang dalam ekonomi itulah juga agaknya mengapa dia kini masih memegang jawatan sebagai pengarah beberapa syarikat kewangan di Amerika, penasihat kewangan perbankan   terbesar Islamdi di Bahrain dan penasihat kewangan di beberapa buah negara di Eropah. Sebab bangangnya  itulah agaknya yang menarik perhatian negara-negara di Amerika dan Eropah serta Timur Tengah yang pendapatan perkapitanya berganda lebih tinggi dari Malaysia melantik beliau sebagai penasihat ekonomi mereka.


Dan mengenai IMF, apa yang Dr Mahathir kata mengenai Anwar juga betul. Anwar memang bangang kerana  itulah dia hendak menggunakan polisi IMF bagi memulihkan ekonomi Malaysia ketika di zaman kegawatan dahulu. Nasib baik Malaysia tidak menggnakan polisi pemulihan IMF, jika tidak tentu Malaysia akan senasib dengan Korea Selatan dan Thailand yang lebih dahulu pulih dari kegawatan ekonomi berbanding Malaysia kerana mereka mengguna pakai polisi IMF.


Anwar memang bangang, sebab itulah agaknya dia masih boleh bangun walaupun dihentam teruk kiri, kanan, atas, bawah, oleh Dr Mahathir. Jika Anwar tidak bangang tentu dia akan terperosok jatuh seperti musuh-musuh Dr Mahathir yang lain seperti Musa Hitam dan Tengku Razaliegh yang nama mereka sesekali sahaja didengari itu.



~ pendikar gunung kriang

Monday, November 16, 2009

Kota Seputeh Tak Jadi Kosong dan Kembali Kepada BN?

http://media1.malaysiakini.com/205/375ba5f9e9a45c7a1627d5546c4b78b3.gif

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan kerusi DUN Kota Seputeh kosong dan suatu pilihanraya baru bakal diadakan. Pasti ramai penyokong PR dan Pas gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu kerana melihat ada peluang untuk merebut kerusi yang dikuasai oleh BN tersebut, walaupun belum tentu jika pilihanraya semula diadakan, Pas akan memenanginya.

Tapi yang tidak seronoknya ialah berita terbaru menyatakan SPR akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun menetapkan untuk mendengar permohonan SPR mengenai penangguhan keputusannya itu pada hari Jumaat ini.


"Kita minta penangguhan ini bagi memberikan cukup masa untuk SPR membuat rayuan (terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kerusi Kota Seputeh kosong)," katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian Online petang tadi.


Jadi begitulah senarionya: petang tadi Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerusi DUN Kota Seputeh kosong. Hari Jumaat ini pula SPR akan memohon keputusan Mahkamah Tinggi itu ditangguhkan. Jika bernasib baik, pada hari Jumaat ini Mahkamah Tinggi akan memutuskan keputusan petang tadi ditangguhkan hingga satu keputusan lain dibuat kemudiannya. Jika penangguhan keputusan itu dibuat, ia akan membuka jalan selepas itu untuk SPR mengemukakan rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi petang tadi. Maka jika bernasib baik, mahkamah akan memutuskan keputusan Mahkamah Tinggi tadi khilaf dan terbatal. Maka, akhirnya BN akan kekal menguasai kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan Sarif yang ponteng sidang itu akan dikembalikan jawatannya.



Jika senario di atas berlaku, ia akan mengulangi apa yang berlaku di Perak dahulu: mula-mula Mahkamah Tinggi isytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah menggantikan Zambery, tetapi BN kemudiannya membuat rayuan dan akhirnya Zambry kembali menjadi Menteri Besar Perak.


Apakah apa yang berlaku di Perak akan berulang di Kota Seputeh?


~ pendikar gunung kriang

Awat Najib Buat Lagu Tu Kat Pak Lah?

Harakahdaily melaporkan peruntukan pembangunan  RMK-9 bagi Parlimen Kepala Batas yang diwakili mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi  telah ditarik balik oleh kerajaan persekutuan yang dipimpin Najib Tun Razak.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang,  Phee Boo Poh ketika ketika mengulas hal ini berkata, tindakan kerajaan persekutuan itu  adalah tidak wajar, seolah olah mahu 'menghukum' Abdullah dan lebih teruk lagi akan mengainaya masyarakat di parlimen tersebut. Tegasnya, kerajaan pusat sewajarnya membantu Abdullah bagi membantu masyarakat di kawasannya khususnya di Dewan Undangan negeri (Dun) Bertam dan sebagai mengenang jasa beliau terhadap pembangunan negara.

" Tidak patut buat begitu kerana Kepala Batas juga sebahagian daripada Pulau Pinang lebih-lebih kawasan Tun Abdullah yang pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke Lima Malaysia, " katanya.

Tapi masalahnya YB Phang oooi....ia bukan mengenai patut atau tak patut. Ia mengenai budaya Umno. Itulah budaya Umno  di mana seseorang itu cuma dihormati dan disanjungi jika ia ada kuasa. Jika orang itu cuma MP biasa, dia  dilihat sebagai orang yang tak berguna, cakapnya tidak diindahkan, dia hanya seperti paria yang melutut di tepi longkang.

Alahai Pak Lah. Silap kamu juga, waktu berkuasa banyak tidur dari jaga, waktu tidak lagi berkuasa baru hendak membuka mata.

~ pendikar gunung kriang

Kota Siputeh: Aku Dah Agak Keputusannya!!

http://i.ehow.com/images/GlobalPhoto/Articles/4848761/judge-main_Full.jpgk


Hari ini ialah hari yang amat penting untuk peminat politik Kedah kerana  Hakim Yang Arif Dato Affendi Ali akan memutuskan penghakiman  terhadap kes ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif sama ada beliau akan kekal sebagai ADUN atau terlucut jawatannya kerana ketidak hadirannya dalam Mesyuarat DUN Kedah.


Yang menariknya dalam kes ini ialah Dato Afendi Ali ialah bekas Bendahari Umno Kelantan. Jadi ramai yang hendak lihat sama ada keputusan hakim itu dipengaruhi oleh sejarah politiknya atau memang bersandarkan peraturan undang-undang.


Yang kedua menariknya ialah keputusan itu akan menjadi ikutan (precedent) kepada sidang Parlimen dan DUN lain selepas ini. Jika Abu Hasan menang, MP dan ADUN kaki ponteng akan menarik nafas lega kerana berpeluang lagi tuang sidang lepas ini. Apa kisah, precedent dah ada! Jadi jika sidang tak cukup korum dan jari Speaker patah kerana asyik memetik loceng, jangan salahkan sesiapa, kerana precedent dah ada!



Tapi ramai yang dah agak keputusannya. Kalau tak percaya, tunggulah keputusannya oleh hakim sebentar saja lagi.....


~ pendikar gunung kriang

Sunday, November 15, 2009

Cute dan Sexy nya Laki Najib!!!

[8536271115_pmapec.jpg]k
Wau...cute dan sexynya Rosmah! Padan betul dengan rambut  telanjang yang tebal dan pakaian serba birunya tu. Mungkin semua mata gatal di sidang APEC Singapura itu tertumpukepada kejelitaan wanita nombor 1 Malaysia ini.


Yang si-Najib pula sedang bercakap dengan siapa - dengan si-suami atau si-isteri? Nampak telunjuk Najib dihalakan kepada si-isteri, jadi mungkin dia sedang berkata sesuatu dengan si-isteri. Mungkin Najib menasihatkan wanita itu supaya selalu bersenam seperti Rosmah bagi mengekalkan kejelitaan dan sentiasa nampak cute dan sexy!

~ pendikar gunung kriang

Apabila Azmin Jadi Menantu Rafidah dan Pak Lah

Kelmarin  Naib Presiden PKR, Azmin Ali menafikan pemilikan saham RM8.5 juta melibatkan keluarganya. Bagi saya, tidak perlu sangat Azmin kecoh-kecoh menafikan hal itu. Bagi yang tahu, depa tahu ia bukan isu baru, ia isu lama - isu zaman reformasi  akhir tahun 1990an dahulu. Sama lamanya dengan isu anak perempuan Azmin yang dikatakan sebenarnya anak Anwar. Tapi siasat punya siasat, kedua-dua isu ini ternyata meleset - tiada bukti Azmin mengumpul kekayaan secara tidak sah dan ujian DNA juga membuktikan memang budak yang difitnah itu adalah anak sah Azmin.


Kini selepas 1 dekad, isu lama itu diputar balik. Pastinya ia untuk mewujudkan persepsi serong terhadap Azmin. Yang seronoknya dokumen mengenai butiran saham RM8.5 juta itu dihantar oleh 'seseorang' kepada bekas Ketua Pemuda MIC, Vicknewaran, yang dia sendiri tidak kenal. Maknanya ia dokumen hantu, hantu saham yang telah mati sejak tahun 1998 kerana tiada bukti, kini dihidupkan kembali oleh Tok Pawang.


Bila cakap tentang saham, teringat cerita  Rafidah Aziz yang meluluskan pemberian saham kepada menantunya, Fazrin Azwar, yang bernilai berjuta-juta ringgit. Juga tentang 10 juta pegangan saham Khairy Jamaludin dalam ECM Libra  yang kemudian dijualnya.


Kini kedua-dua isu pemilikan saham orang kuat dan bekas orang kuat Umno ini telah senyap. Yang paling heboh dulu pastinya kisah Rafidah dan pemberian saham kepada menantunya itu, kerana kes ini telah disiasat oleh Peguam Negara yang mendapati ada bukti untuk ia dibicarakan di mahkamah. Tapi tup-tup, ia disenyapkan begitu saja.


Alahai Azmin, jika dia itu menantu Rafidah, tentu tidak perlu dia bersusah payah menafikan cerita pemilikan saham itu. Jika Azmin menantu Rafidah atau menantu Pak Lah, cerita saham ini tidak akan keluar dalam akhbar, kerana ia cerita lama, kerana dia menantu Rafidah dan Pak Lah.


~ pendikar gunung kriang

Saturday, November 14, 2009

Raja Permaisuri Agong Ditahan Di Hospital Kerana dot...dot...dot?

http://farm4.static.flickr.com/3289/2843966211_71d2b794fa.jpg?v=0

Saya agak hairan dengan sikap sesetengah kita yang berahsia sesuatu perkara tanpa alasan kukuh. Jika parti politik main rahsia-rahsia, itu boleh difahami, mereka berahsia-rahsia sebagai satu strategi politik.

Tapi apabila berahsia mengenai kesihatan seorang, ia mendedahkan kepada spekulasi. Dan spekulasi sangat bahaya, kerana walaupun kadang-kadang ia benar, tapi banyak kali, ia sangat tidak benar. Apa lagi, jika ia membabitkan kesihatan personaliti tertinggi negara kerana apabila  membiarkannya  sebagai misteri boleh mengundang kepada100 spekulasi ngeri!


Begitulah juga dengan berita Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court di sini sejak 5 hari lepas, ia menimbulkan pelbagai spekulasi kerana tiada pengesahan apa sakit sebenar yang menyerang baginda. BERNAMA melaporkan baginda masuk ke hospital hanya 'atas sebab-sebab kesihatan'. Ya lah, tak payah ceritalah orang masuk wad  'atas sebab-sebab kesihatan' sebab semua orang masuk wad dari dulu hingga sekarang mesti atas sebab-sebab kesihatan. Mana ada orang masuk hospital hanya untuk tidur atau makan percuma atau untuk suka-suka kerana jemu tinggal di rumah? Hanya doktor bangang dan tidak siuman saja yang membenarkan seseorang pesakit ditahan di wad hanya untuk suka-suka dan bukan atas sebab-sebab kesihatan. 

Saya ada dengar kononnya  Raja Permaisuri Agong dimasukkan ke hospital kerana dot...dot...dot (tak boleh cerita dalam blog ini, kerana takut jika salah kena saman!). Tapi hendak salahkan saya yang mendengar cerita itu dan pencerita yang menyampaikan cerita itu kepada saya, tak boleh juga. Ini kerana bila tidak ada penjelasan rasmi, maka timbullah spekulasi. Oleh itu jangan sesiapa salahkan spekulasi apabila membiarkan kisah kesihatan Raja Permaisuri sengaja dijadilan misteri.

Patutnya pihak berkenaan, tidak kira Istana Negara atau Kementerian Kesihatan  perlu beritahu rakyat apa penyakit  sebenar Raja Permaisuri Agong hingga baginda terpaksa menerima rawatan di wad. Apa salahnya beritahu baginda ditahan di wad kerana demam, sakit perut, selsema, batuk-batuk atau sebagainya. Baginda itu orang penting negara, apa yang berlaku kepadanya rakyat di bawah pemerintahan baginda berhak tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana semua rakyat menyayangi baginda.


Apa pun, diharap Raja Permaisuri Agong segera pulih dan sihat seperti sediakala.



~ pendikar gunung kriang