Wednesday, December 31, 2008

BERITA BAIK UNTUK KELUARGA MISKIN PULAU PINANG

Berita baik untuk rakyat miskin Pulau Pinang - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mula mengkreditkan bantuan kewangan RM100 kepada keluarga miskin di Pulau Pinang sebagai rebat bil air. Saya menunggu sama ada berita baik untuk rakyat Pulau Pinang ini akan disiarkan dalam TV3 yang kuat membodek itu. Malangnya berita baik untuk rakyat ini tidak dianggap baik oleh aristokrat TV3. Rupanya bagi TV3, hanya berita buruk PR yang menjadi berita baik untuk mereka.

Baca petikan siaran BERNAMA di bawah ini untuk berita selanjutnya:

Pengurus Hal Ehwal Korporat K Jeyabalan berkata RM100 itu dikreditkan dalam empat bayaran sebanyak RM25 bagi setiap bil bermula 15 Nov, lapor Bernama.

"Sebanyak 143,197 pengguna layak menerima RM3.58 juta dalam bayaran ansuran pertama," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata 14,000 permohonan lain masih dinilai dan akan siap pada akhir bulan depan.

Katanya, semua pengguna yang tinggal di rumah kos rendah dan kos sederhana rendah serta keluarga yang menerima bantuan kebajikan dan kumpulan di bawah kategori miskin tegar akan secara automatik menerima bantuan kewangan ini.

"Keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan layak menerima bantuan kewangan ini dan hendaklah memohon melalui borang yang diedarkan oleh pembaca meter PBAPP," tambahnya.

Untuk keterangan lanjut hubungi PBAPP di talian 04-5096509 atau layari laman webnya di www.pba.com.my.

BERSIH: KALAU BERANI AYUH JOM SAMAN KAMI!!

Beranikah bekas Pengerusi SPR Tan Sri Rashid menyaman pembangkang yang dituduh memfitnahnya? Tidakkah dengan membawa kes itu ke mahkamah akan mendedahkan banyak 'silap mata' SPR dalam mengendalikan pilihanraya di Malaysia? Ada rakan saya yang mempertaruhkan jarinya untuk dipotong jika Tan Sri Rashid berani menyaman pembangkang. Rakan yang pernah berkhidmat dengan SPR itu penuh yakin bekas bossnya itu tidak mempunyai cukup keberanian untuk berbuat demikian.

Lihat berita yang dipetik dari Malaysiakini mengenai cabaran BERSIH kepada Tan Sri Rashid:


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan tindakan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tindakan saman terhadap atas pihak yang menfitnahnya secara peribadi sepanjang beliau mengetuai badan tersebut.

"Kita alu-alukan supaya dakwaan tidak berjawab akan didedahkan dalam mahkamah," kata setiausaha sekretariatnya Faisal Mustaffa kepada Malaysiakini.

"Bawa ke mahkamah, kita berpeluang untuk dapat jawapan (daripada dakwaan) yang tidak dijawab."

Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman hari ini dilaporkan sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan tersebut dan sedang mengumpulkan dokumen berkaitan untuk diteliti oleh peguamnya sebelum mengambil sebarang tindakan perundangan termasuk kepada anggota parlimen pembangkang.

Faisal menjelaskan pihaknya bagaimanapun tidak jelas isu atau alasan yang hendak dikemukakan untuk tindakan saman itu.

Tambahnya, semua kenyataan media yang dikeluarkan Bersih untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil berasaskan penyelidikan dan mendapat persetujuan daripada ahli-ahli jawatankuasa induk gabungan lebih 70 NGO, termasuk parti-parti pembangkang.

Jelasnya lagi, dakwaan-dakwaan Bersih terhadap suruhanjaya itu dan bekas pengerusinya berdasarkan fakta dan bukannya tuduhan melulu.

BERITA BURUK UNTUK BN - PEMIMPIN INDIA PKR AKAN KEKAL DALAM PARTI ITU

Berita yang dipetik dari mStar ini tidak dapat dijadikan sebahagian dari berita yang akan disiarkan oleh TV3 dan RTM malam ini. Ia tidak dapat dijadikan berita kerana ia merupakan berita buruk untuk BN. Pemimpin-pemimpin India yang diharapkan oleh BN akan keluar dari PKR sebaliknya mengambil keputusan untuk kekal dalam parti itu.

Baca petikan berita dari mStar selanjutnya:

Pertemuan kira-kira 50 pemimpin India Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang ini mengakui banyak masalah dan isu yang menyentuh kepentingan masyarakat India belum diselesaikan oleh parti komponen Pakatan Rakyat itu. Bagaimanapun mereka memutuskan untuk kekal dalam PKR sementara mengambil usaha mencari jalan penyelesaian ke atas isu-isu dan masalah yang wujud.

Perkara itu diputuskan dalam pertemuan anjuran badan informal - Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat India PKR - lebih sejam di sini.

Pengerusi jawatankuasa itu, P. Jenapala berkata, pihaknya masih yakin dapat mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang wujud dengan mengatur pertemuan dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal bulan depan.

Pertemuan itu memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa diketuai ahli sepanjang hayat PKR, Datuk Ravi Dharan untuk mengatur perbincangan dengan Anwar.

Ravi, ahli perniagaan berkata, beliau telah diminta oleh Anwar untuk menghadiri mesyuarat petang ini.

"Kami berpendapat ada isu-isu yang belum diselesaikan, tetapi kami tidak akan keluar parti (PKR)," kata Jenapala pada sidang media selepas pertemuan itu.

Tanpa menyebut sama ada memberi kata dua kepada pucuk kepimpinan PKR, Jenapala berkata, "kita tunggu (buat sementara) untuk mencari jalan penyelesaian... kita memerlukan perbincangan dan dialog."

"Kita yakin ia boleh dilakukan... kita tunggu dulu," katanya.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira empat jam sebelum mesyuarat bulanan Biro Politik PKR malam ini, yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Dr. Syed Husin Ali.

Sebelum ini, Jenapala berkata, pertemuan terbesar sejak pilihan raya umum Mac lalu diadakan bagi menentukan ala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.

Pertemuan yang dilihat sebagai "amat penting" akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus 'didiskriminasi dan dipinggirkan' oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu.

Forum hari ini yang berpusatkan isu Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, yang sebelum ini berhasrat untuk keluar PKR, diadakan untuk membincangkan beberapa opsyen.

Antara opsyen ialah keluar beramai-ramai daripada Pakatan Rakyat dan menubuhkan parti sendiri yang bagi mewakili kepentingan masyarakat India ataupun kekal dalam Pakatan Rakyat dengan terus mendesak agar tuntutan masyarakat India dibela dengan adil dan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam selepas Manikavasagam mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor.

Malah Manikavasagam juga hadir dalam pertemuan itu.

Beliau satu-satunya wakil rakyat masyarakat India dalam PKR yang hadir.

Sebahagian besar pemimpin yang hadir hari ini merupakan pemimpin masyarakat India di peringkat negeri.

Selepas mengumumkan keputusannya di sebuah hotel di Petaling Jaya, Manikavasagam menghadiri pertemuan itu yang diadakan di sini.

Sementara itu, Manikavasagam berkata, beliau telah menjelaskan pendirian dalam isu melepaskan jawatan negeri pada pertemuan itu.

BENARKAH ADA KONSPIRASI BAGI MEWUJUDKAN KEPUTUSAN CEMERLANG SAINS DAN MATEMATIK DALAM PMR?

Hari ini semua akhbar memaparkan wajah-wajah ceria pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Seramai 472,060 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dengan 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua subjek yang diambil, meningkat 0.83 peratus berbanding purata keputusan PMR dari 2005 hingga 2007. Daripada jumlah itu, 3,396 pelajar mendapat 9A dalam semua mata pelajaran, 17,969 (8A) dan 5,013 (7A). Akhbar-akhbar juga melaporkan tentang prestasi cemerlang gred A dalam subjek matematik yang menunjukkan peningkatan kepada 25.6 peratus berbanding purata 22.1 peratus dalam tempoh lima tahun sebelumnya.

Prestasi gred A bagi subjek sains juga turut meningkat kepada 17.2 peratus daripada purata 16.4 peratus purata dari 2003 hingga 2007.
Lalu akhbar-akhbar pun membuat kesimpulan bahawa keputusan cemerlang itu membuktikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan pencapaian pelajar dalam kedua-dua subjek berkenaan. Maka ramailah yang bertanya mengapa GAPENA, NGO-NGO Melayu dan parti-parti politik pembangkang begitu sibuk hendak mengembalikan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, sedangkan keputusan PMR menunjukkan dasar itu tidak menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar kita.

Tapi benarkah pelajar-pelajar yang mendapat A dalam sains dan matematik dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik? Saya ada anak saudara yang mendapat A dalam semua subjek termasuk sains, matematik dan Bahasa Inggeris dalam PMR tahun lepas dan tahun hadapan dia yakin mengulangi pencapaian yang sama dalam SPM. Tapi saya lihat penguasaan Bahasa Inggerisnya tidaklah sebaik mana. Bila disoal oleh Mat Salih yang tersesat jalan pada suatu hari nampak benar dia gelabah dan terkial-kial untuk menerangkan arah jalan dengan bahasa yang paling mudah.


Ada rakan dari Kementerian Pelajaran menyatakan Kementerian itu memang sengaja membuat tambahan markah untuk subjek sains dan matematik bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik kepada pelajar. Dengan itu pelajar yang sepatutnya mendapat B atau C dalam kedua-dua subjek itu telah mendapat keputusan yang lebih baik sama ada A atau B dan begitulah seterusnya. Dengan menghasilkan keputusan yang lebih baik dalam kedua-dua subjek itu ia dapat menepis bantahan pencinta-pencinta bahasa yang ingin mengembalikan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu.

Sama ada dakwaan rakan saya itu benar atau sekadar gurauan, saya tidak dapat mengesahkannya walaupun dia begitu yakin dengan sumber berita itu. Tetapi apabila mereka yang mendapat A dalam kedua-dua subjek itu gagal menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, maka saya hampir percaya dengan kata-katanya. Saya hampir-hampir percaya rupanya seperti ada konspirasi terancang bagi memastikan sains dan matematik terus diajar dalam Bahasa Inggeris di masa hadapan.


Oleh : pendikar gunung kriang

Tuesday, December 30, 2008

SAMA ADA EZAM BERCAKAP BENAR ATAU TIDAK MENGENAI 6 KOTAK BUKTI RASUAH BN, IA TETAP MERUGIKAN BN!

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor - yang terkenal dengan “enam kotak dokumen rasuah” melibatkan pimpinan Umno dan BN - mendakwa bukti-bukti itu tidak ada dengan beliau, sebaliknya berada di tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau ada pada saya, sudah tentu saya tunjukkan. Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Lawak betul Ezam ni. Kira-kira 10 tahun dulu beliau kerapkali buat 'road-show' seluruh Malaysia menyatakan beliau memiliki 6 kotak bukti rasuah dan penyelewengan pemimpin BN. Beliau bercakap dengan penuh semangat dan penuh keyakinan kotak misteri itu ada dengannya. Tidak pula dinyatakannya ketika itu ia ada dengan Datuk Seri Anwar yang semasa itu sedang merengkok di penjara Sungai Buluh.

Kini dia mengakui kotak itu ada dengan Anwar pula. Hanya Anwar saja yang dapat mengesahkan sama ada dakwaan Ezam itu betul atau tidak. Jika ianya betul, sahlah kotak itu memang wujud dan bukti adanya rasuah peringkat tertinggi kepimpinan BN itu juga memang wujud. Cuma ramai yang akan tertanya-tanya di mana Anwar yang ketika itu sedang merengkok di penjara menyembunyikan bukti-bukti itu? Adakah ia disembunyikan di dalam selnya atau di dalam salah satu stor penjara Sungai Buluh?

Apapun, kenyataan Ezam itu ternyata mengesahkan bahawa 6 kotak bukti rasuah itu memang wujud. Rasuah memang berlaku dan ia tersimpan dalam 6 kotak, bukan satu kotak, bukan 2 kotak. Banyak tu! Yang kita hendak tahu kini ialah apa kata BPR? Jika apa yang Ezam katakan itu benar bahawa memang wujud 6 kotak bukti rasuah pemimpin BN, BPR perlulah siasat. Jika ianya tidak wujud, Ezam boleh dikenakan tindakan kerana membuat kenyataan palsu kepada umum kira-kira 10 tahun lalu.

Sama ada apa yang Ezam katakan itu betul atau tidak, ia pasti menjejaskan nama baik BN. Jika betul ada 6 kotak bukti rasuah itu dengan Anwar seperti mana dakwaan Ezam, bermakna pemimpin BN memang kaki rasuah. Jika tidak benar, bermakna BN mungkin akan kehilangan Ezam yang kini menjadi ayam sabungnya atas dakwaan memberi kenyataan palsu.

-pendekar gunung kriang

BERITA BURUK UNTUK MEDIA - KERAJAAN KEDAH AKAN TERUS GUNAKAN PERDANA

Kerajaan Kedah bercadang mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana V6 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri jika ia didapati memberi kebaikan kepada semua pihak. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata cadangan pengekalan kereta nasional itu dibuat setelah kerajaan negeri berpuas hati dengan penerangan pegawai Proton Edar mengenai spesifikasi kenderaan yang sebelum ini dilaporkan sering mengalami kerosakan. Katanya selepas perbincangan dengan wakil Proton Edar, kerajaan bersedia mengekalkan penggunaan Proton Perdana jika pengurusan Proton Edar memberi kerjasama yang baik berhubung penyelengaraan kenderaan itu. Azizan memberitahu pemberita demikian selepas menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd. Mohamad Shukor Ibrahim di pejabatnya di sini hari ini.

Nampaknya ini berita buruk untuk media arus perdana terutama TV3 dan RTM yang memang gemar memfokuskan berita-berita yang membawa impak negatif kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR. Jika kerajaan negeri Kedah membuat pertukaran kereta seperti kerajaan negeri Perak tempoh hari, sekurang-kurangnya ia akan dijadikan isu panas selama 2 minggu di media arus perdana. Lalu ramailah yang akan ditemu bual, termasuk mereka yang tidak tahu apa-apa pasal kereta. Jika isu ini panas selama 2 minggu, sekurang-kurangnya ia akan menjadi modal ampuh bagi menghadapi kempen PRK Kuala Terengganu yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kepada media arus perdana yang galak memburu isu sensasi, takziah untuk anda kerana tiada berita panas dari Kedah pada hari ini. Kepada kerajaan negeri Kedah diharap agenda mengelakkan pembaziran diteruskan demi sebuah Kedah yang sejahtera.

-pendekar gunung kriang

RASHID MANTAN PENGERUSI SPR NAK SAMAN PEMBANGKANG?

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang bersara sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menyaman pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang 'memfitnah' beliau sepanjang menerajui suruhanjaya itu.

Tapi beranikah beliau menyaman pemimpin-pemimpin pembangkang? Setahu saya setiap tuduhan pembangkang tentang SPR itu sarat dengan bukti-bukti yang kukuh. Contohnya pengendalian pilihanraya yang berat sebelah, pengundi hantu dan lain-lain; adakah Rashid yakin ia tidak benar-benar berlaku? Mungkin Rashid hanya bergantung kepada laporan pegawai-pegawainya di peringkat negeri atau mungkin tahu 'silap mata' SPR tetapi tidak ingin mendedahkannya bagi melindungi mereka yang berjasa melantik dan menyambung kontrak jawatannya dulu.

Semua tahu SPR memang banyak kelemahannya, selagi ia tidak menjadi Suruhanjaya yang benar-benar bebas. Bagi mereka yang pernah berkhidmat dengan SPR, mereka pasti tahu sama ada jika Rashid membawa kes ini ke mahkamah, dia berpeluang untuk memenanginya atau tidak. Mereka tahu sama ada 'hantu' memang wujud atau tidak wujud. Cuma hendak bercakap tentang 'hantu' ini perlu tengok orang juga.

Apapun, kita tunggulah sama ada saman itu benar-benar akan dilakukan Rashid, atau sekadar cakap-cakap biasa seorang pegawai di majlis keraian sebelum bersara.

- pendekar gunung kriang

Monday, December 29, 2008

MUFTI PERAK KATA BLOG HINA ISLAM KURANG AJAR, TAPI JIKA PEMIMPIN HINA ISLAM TIDAK KURANG AJARKAH?

Tokoh Maal Hijrah 1430H, Datuk Seri Harussani Zakaria dipetik hari ini oleh BERNAMA sebagai berkata bahawa perbuatan menghina agama Islam adalah satu perbuatan 'kurang ajar, tidak beradab dan keji'. Beliau yang juga Mufti Perak berkata selama ini orang Islam belum pernah mengeluarkan satu pun kenyataan mengeji agama lain walaupun beranggapan Islam itu yang benar dan agama yang lain itu adalah tidak benar. Harussani berkata demikian sebagai mengulas mengenai kewujudan satu blog yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Memang kita akui kemunculan satu blog yang menghina Islam baru-baru ini sungguh keterlaluan dan biadab. Penulis blog itu tanpa mengira kaum, agama dan jantinanya harus diadili kerana kebiadabannya itu. Walaupun bersetuju dengan pandangan Mufti Perak itu, namun jika berpeluang menemui beliau saya sangatlah teringin bertanya kepadanya, "Jika rakyat biasa menghina Islam dikatakan kurang ajar, apa pandangan Datuk Seri mengenai pemimpin kita yang menghina Islam?". Jika Datuk Seri terlupa saya akan perturunkan semula kata-kata pemimpin-pemimpin kita itu untuk Datuk Seri pertimbangkan sama ada ia wajar digelar kurang ajar atau tidak:

i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

iv) Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

7. 'Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur'. (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)

8. "Hal-hal mengenai keagamaan (Islam), harus dipisahkan dari Sekolah Kebangsaan bagi membolehkan ibu bapa bukan Islam menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (Bekas Presiden Gerakan, Lim Liong Sik, 2007)

Jadi sekali lagi saya ingin bertanya kepada Datuk Seri Harussani, adakah kata-kata pemimpin di atas itu tidak boleh digelar kurang ajar? Jika tidak sampai ke peringkat kurang ajar, apakah perkataan yang paling sesuai untuk dilemparkan kepada mereka?

Membincangkan soal kurang ajar ini, saya teringat kepada Allayarham Datuk Ishak Baharum yang pernah menjawat jawatan Mufti Selangor tetapi dipecat pada Oktober 1997 gara-gara mempertahankan fatwa Majlis Fatwa Selangor pada 28 April 1995 yang memutuskan bahawa gadis Islam diharamkan dari menyertai pertandingan ratu cantik. Berikutan keputusan itu, tiga gadis Melayu Islam yang menyertai pertandingan ratu cantik di Hotel Holiday Villa pada 13 Jun 1997 telah ditahan untuk didakwa. Namun penangkapan itu telah menimbulkan kemarahan bukan kepalang Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir. Dr Mahathir terus menempelak institusi agama Islam di mana beliau dilapor berkata, “Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tidak boleh tegur.” Jadi Dr Mahathir berkata tindakan Mufti menahan gadis Islam yang berpakaian hampir separuh bogel itu adalah "tidak mengikut Islam". Betapa ceteknya ilmu agama Dr Mahathir ketika itu, malangnya pemimpin-pemimpin UMNO lain di peringkat pusat dan negeri berlumba-lumba untuk menyokong kenyataan beliau menghina institusi agama itu.

Allayarham Datuk Ishak yang tidak tunduk kepada tekanan sebaliknya terus mempertahankan tindakannya. Dalam satu ceramah pada majlis Maulidur Rasul di sebuah masjid di Alor Star, Kedah pada 11 Ogos 1997, beliau dengan beraninya menempelak Perdana Menteri dengan memberi amaran seseorang Islam yang mempersoalkan hukum Allah boleh tergelincir akidahnya. Dan 2 bulan selepas kenyataan berani beliau kepada Perdana Menteri itu, perkhidmatannya terus ditamatkan pada akhir bulan Oktober 1997

Ekoran pemecatan Allahyarham itu, ramai ahli agama dan mufti yang nampak seperti tidak berani lagi untuk menyuarakan kebenaran. Mereka seperti lebih selesa membiarkan kemungkaran asalkan dapat meneruskan kemegahan dunia, sehingga munculnya seorang mufti muda, Dr Asri Zainul Abidin yang dilantik sebagai Mufti Perlis. Namun seperti Allayarham Datuk Ishak, keberanian Dr Asri memberi pendapat turut tidak disenangi banyak pihak yang akhirnya menyebabkan beliau terpaksa meletak jawatan.

Kepada Datuk Seri Harussani keberanian beliau memberi banyak pendapat berkaitan agama sebelum ini sangat saya hormati. Cuma dalam soal pemimpin Islam yang celupar mengkritik agamanya seperti bekas Perdana Menteri kita dan beberapa menteri yang masih memegang portfolio masing-masing sehingga kini itu saya belum pasti jawapan yang bakal beliau berikan sama ada ianya suatu perbuatan kurang ajar atau tidak.

Oleh : pendikar gunung kriang

Salam Maal Hijrah 1430

Kepada umat Islam, saya ingin mengucapkan salam Maal Hijrah 1430. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia masa kini, pasti Maal Hijrah disambut dalam keadaan yang agak suram oleh kebanyakan umat Islam. Dengan harga barang yang masih melambung, Islam yang sering diperlekeh bukan sahaja oleh mereka yang kurang memahami Islam tetapi juga mereka yang mengaku Islam dan kemunduran masyarakat Islam adalah antara isu yang masih mencengkam kita di Malaysia ini.

Dan di luar negara tahun baru bagi tahun ini disambut dengan pelbagai berita yang tidak memihak sahabat-sahabat seagama kita. Yahudi terus mengganas di Gaza, hampir 300 orang telah menjadi korban kekejamana Yahudi hingga kini. Kita rakyat Malaysia hanya dapat menonton sambil minum teh dan mengunyah kacang. Tetapi sahabat seagama kita diperlakukan demikian rupa dengan penuh kekejaman. Apa boleh buat kita umat yang tidak berdaya. Kita hanya mampu mengutuk dan menjerit tetapi tidak mampu melakukan lebih dari itu. Di Iran pemimpinnya telah mengeluarkan fatwa syahid bagi sesiapa yang gugur dalam mempertahankan Gaza sambil menggalakkan rakyatnya membantu perjuangan rakyat Gaza. Pemimpin Lybia pula menuduh pemimpin Islam bacul kerana hanya menjadi pemerhati kepada kekejaman Yahudi.

Mungkin ramai orang Islam ke jalanraya nanti bagi menunjukkan bantahan. Tetapi bangsa Yahudi itu apa peduli dengan jeritan kita? Mereka lebih takut kepada ancaman Iran dan serang balas Hamas serta Hizbollah dari kutukan dan jeritan yang tidak bererti apa-apa.

Salam Maal Hijrah.

Oleh: pendikar gunung kriang



BLOG SAYFOOL DIHIDUPKAN KEMBALI BAGI HADAPI PRK KUALA TERENGGANU


Menjelang PRK Kuala Terengganu, tiba-tiba blog kepunyaan budak bernama Sayfool yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim itu tiba-tiba muncul semula selepas lebih setengah tahun tidak dikemaskini. Apa maknanya blog yang telah lama mendiamkan diri itu tiba-tiba diaktifkan semula? Ertinya kempen PRK Kuala Terengganu sudah bermula walaupun hari penamaan calon hanya akan berlangsung tidak lama lagi.

Apa pula strategi kempen Sayfool kali ini bagi membantu BN di Kuala Terengganu? Sumpah di masjid sudah dibuat menjelang PRK Permatang Pauh dulu, kali ini apa pula? Jika hendak tahu selanjutnya kenalah tanya pengarah strategi BN dalam PRK itu - Datuk Sri Najib. Tentu banyak skrip menarik telahpun siap untuk dipentaskan selepas melihat isu hudud seperti tidak begitu menjadi bagi menarik sokongan pengundi di Kuala Terengganu.

Oleh : pendikar gunung kriang

MUNGKINKAH ISU BLOG MENGHINA ISLAM SENGAJA DIADA-ADAKAN UNTUK KEPENTINGAN PARTI POLITIK TERTENTU?


Oleh : pendikar gunung kriang

Kini wanita Melayu Islam yang bernama Adibah Ahmad itu boleh tidur lena, apabila pandangan rasmi kerajaan yang tersiar di dalam media arus perdana seperti tidak menyalahkannya kerana menerbitkan blog yang menghina Nabi Muhammad s.aw. Adibah dipetik media adalah mangsa kepada satu konspirasi terancang untuk memalukannya. Dengan kata-kata lain beliau difitnah oleh pihak-pihak yang mungkin mencemburui kejayaan dan kesenangan hidupnya. Adibah dikatakan merupakan seorang akauntan berusia 20an yang bekerja dengan sebuah syarikat kenderaan mewah di Shah Alam berasa sangat terganggu dengan kemunculan blog yang menggunakan identitinya sebagai pemilik blog yang menghina Nabi dan agama Islam dengan begitu lancang dan biadab sekali.

Isunya ialah mengapa Adibah difitnah sedemikian rupa? Saya terbaca di dalam satu blog yang menyatakan Adibah difitnah oleh seorang rakannya yang merupakan seorang wanita Cina dari syarikat yang sama beliau berkhidmat. Penulis blog itu membuat kesimpulan itu berdasarkan andaian bahawa perkataan yang digunakan dalam blog itu ada pelat Cina dan juga keyakinan beliau bahawa orang Melayu Islam tidak akan tergamak dan berani menghina Nabi dan agama sendiri dengan gaya bahasa yang sekejam itu. Soalnya di sini ialah bukankah Salman Rushdie dari United Kingdom, Ihsan Jami dari Belanda dan Arifur Rahman dari Bangladesh yang pernah menghina Islam itu juga mengaku mereka berketurunan Islam? Jadi dalam hal ini kita tidak boleh menolak kemungkinan pihak yang memfitnah Adibah itu adalah dari kalangan orang Melayu Islam sendiri. Soal pelat Cina yang digunakan boleh diadakan kerana pelawak Melayu pun ramai yang boleh bercakap dalam pelat Cina, India, Sikh dan lain-lain.

Jika terbukti bukan Adibah sendiri yang melakukan kerja terkutuk itu, motif cemburu memang boleh diterima. Dan yang cemburu itu tidak semestinya wanita Cina, mungkin dia adalah sesiapa sahaja, termasuk lelaki atau wanita Melayu. Namun kini selain dari motif cemburu, sembang popular di kedai kopi dan di tepi jalan ialah kemunculan blog menghina Islam itu ada kaitan dengan situasi politik masa kini. Kemunculan begitu banyak blog yang kebanyakannya tidak menyokong parti pemerintah negara telah menggusarkan hati pihak tertentu di negara ini. Jadi sesuatu tindakan perlu dilakukan bagi menghadapi kemunculan blog yang boleh menjejaskan kemenangan majoriti parti pemerintah dalam PRU ke-13 nanti dan persediaan untuk itu perlu bermula dari sekarang. Blog Adibah Ahmad hanya dibina agar pihak berkuasa dapat memperkenalkan sesuatu undang-undang tertentu tidak lama lagi bagi menyekat blog-blog yang tidak memihak kepadanya dari terus muncul berkata benar di dunia siber. Dan Adibah dalam hal ini adalah wanita malang kerana telah dijadikan sebagai kambing hitam dalam sebuah konspirasi terancang lagi licik bagi 'membunuh' blog-blog yang tidak memihak kepada pemerintah!

Sama ada teori itu benar atau hanya sekadar cakap-cakap popular di kedai kopi dan di tepi jalan, hanya masa yang akan menentukannya...

Oleh : pendikar gunung kriang

Sunday, December 28, 2008

MENGAPA SAMY VELLU MELENTING APABILA DAP MENGENDURKAN ISU HUDUD?

Ketika DAP seperti nampak telah mula mengendurkan isu hukum hudud yang cuba dipanaskan semula, sebalikknya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mulai kelmarin dan hari ini menyelar PKR dan DAP yang katanya menyokong hudud. Samy Vellu hari ini mendakwa Karpal telah bertukar menjadi "harimau tidak bertaring" apabila menyatakan DAP menyokong PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.

"Harimau (Karpal Singh) kelihatan sudah menyerah kalah kepada PAS," kata Samy Vellu merujuk kepada sokongan Karpal kepada PAS dalam PRK Kuala Terengganu di mana PAS tetap dengan pendirian untuk melaksanakan hukum Hudud.

Kelmarin Samy Vellu mencabar Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyatakan secara terbuka pendiriannya mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud. Katanya, Anwar, yang merupakan penasihat PKR, tidak sepatutnya berdiam diri dengan isu itu kerana kegagalannya menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan undang-undang itu boleh menimbulkan bantahan daripada masyarakat India di negara ini.


Yang melucukan kita, mengapa Samy Vellu nampak begitu kecewa apabila suara keras DAP mengenai pelaksanaan hukum hudud semakin lunak? Adakah beliau kecewa kerana semakin ramai orang bukan Islam memahami hudud menjadi berita buruk untuk BN yang bakal berdepan PAS dalam PRK Kuala Teengganu nanti? Dua hari lepas Naib Pengerusi DAP, M.Kulasegaran berkata bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat bukan Islam di negara ini. Kenyataaan Naib Presiden DAP itu seolah-olah menunjukkan bahawa parti itu semakin faham dengan hukum hudud. Namun ketika DAP nampak seperti semakin memahami hudud, mengapa Samy Vellu nampaknya masih senada dengan MCA dan Gerakan yang masih menjadikan hudud sebagai isu? Adakah MIC, MCA dan Gerakan masih bercakap tentang hudud dalam pendekatan yang masih keras kerana dihasut oleh abang sulungnya dalam BN yang bergelar UMNO itu? Jika itulah sebabnya, sepatutnya UMNO sebagai parti Melayu yang mengaku memperjuangkan Islam perlu berani mengeluarkan kenyataan yang senada dengan apa yang Kulasegaran katakan bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat bukan Islam di negara ini. Cuma masalahnya sanggupkah UMNO berkata senada dengan M.Kulasegaran di tengah kegentaran pandangan sedemikian akan menimbulkan rasa amarah parti-parti komponen BN lain, khususnya MIC, MCA dan Gerakan?

Sepatutnya UMNO perlu berani menjelaskan kepada parti-parti lain di bawah komponen BN bahawa
pelaksanaan hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam dan tidak kena mengena dengan orang bukan Islam.







Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan diwartakan di Terengganu.

Jika semua parti-parti komponen BN mahupun PR memahami kandungan sebenar hukum hudud, mereka pasti tidak akan menentangnya. Samy Vellu juga tidaklah perlu membuang masa lagi mencabar Karpal Singh dan Anwar Ibrahim mengenai hukum hudud ini. Namun memandangkan isu itu telah diperbesar-besarkan dan faktanya telah dikelirukan demi political mileage parti tertentu maka masih ramai yang akan terkeliru dan terus terkeliru. Malah bagi mengekalkan kekeliruan, pihak media arus perdana tidak pernah menyiarkan kenyataan Naib Pengerusi DAP, M.Kulasegaran yang berkata bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat bukan Islam di negara ini. Jika berita itu disiarkan mungkin media arus perdana takut isu tersebut akan reda, dan sebarang keredaan isu berkenaan tidak begitu sihat dalam konteks mencerahkan peluang BN dalam PRK Kuala Teengganu kelak.

Oleh : pendikar gunung kriang

APA ISTIMEWANYA ARTIS KITA HINGGA DIKECUALIKAN DARI MENGHADIRI PLKN??

Pagi tadi (27.12.2008) selepas joging bersama isteri dan anak perempuan saya di Taman Rimba, seperti biasa saya akan ke Pasar Tani berdekatan Stadium Darulaman, Alor Star. Ketika itu saya melihat banyak deretan bas memenuhi tempat lapang di luar stadium. Jalan yang biasanya tidak banyak kenderaan tiba-tiba menjadi sesak. Apabila mendekati deretan bas di situ, barulah saya tahu rupanya bas yang disediakan itu adalah untuk mengangkut peserta PLKN ke kem latihan masing-masing.

Ketika sedang minum sambil menjamah nasi kerabu di salah sebuah gerai berhampiran Pasar Tani saya mendengar celoteh seorang ibu yang turut menghantar anaknya untuk menghadiri PLKN:

"Anak saya pun ada tanggung jawab juga. Anak sulung lagi, kena sara 5 adik, suami saya dah meninggal. Tapi anak saya yang sulung tu pi juga PLKN. Tak pi takut kena tangkap polis. Tapi saya dengar ada artis kita dikecualikan dari PLKN!"

"Artis mana, kak dengar dari sapa?", tanya seorang wanita yang minum di sebelah kakak itu.

"Namanya Diana ....Diana Danielle. Tu la, artis yang dulu berkawan dengan anak Yusof Haslam tu! Dia pun patutnya hari ni pi PLKN juga, tapi dikecualikan, artis la katakan..." jawab wanita yang membahasakan dirinya sebagai kakak itu.

"Sapa bagitau kakak dia dikecualikan dari PLKN?"

"Kakak baca dalam surat khabar", jelas wanita itu, "Surat khabar kata dia sedang menjalani penggambaran filem, sebab itu dapat pengecualian. Yang anak kak tu pun kerja juga, dia tempat kami bergantung hidup, tapi pi juga dia. Yang kak tak puas hati ni, apa istimewanya artis kita ni hingga dikecualikan pula? Apa depa kentut tak busuk ka?"

Saya hampir tersedak teh tarik yang sedang diminum mendengar marah campur lawak wanita itu. Tapi dalam hati saya, saya bersetuju (jika berita yang didengari itu benar), apa istimewanya sangat Diana itu hingga dikecualikan dari menghadiri PLKN? Adakah kerana artis terkenal yang kebetulan sedang menjalani penggambaran filem, dia boleh dikecualikan? Apa bezanya Diana dengan anak kakak itu dan mungkin juga ramai lagi remaja di luar sana yang walaupun ada tanggung jawab lain tetapi terpaksa juga menjalani PLKN? Adakah mungkin kerana Diana itu artis yang kebetulan ada 'kabel' yang kuat dia boleh dikecualikan?

Setahu saya semua remaja yang terpilih perlu menghadiri PLKN, kecuali atas faktor-faktor berikut mereka boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan:

i) Seseorang yang akan menduduki suatu peperiksaan penting dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani PLKN;

ii) Seseorang yang sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dia dikehendaki menjalani PLKN; dan

iii) Apa-apa keadaan lain yang boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa kepada orang tersebut jika dia menjalani PLKN.

Soalnya apakah artis yang dikecualikan itu termasuk dalam syarat pengecualian ketiga iaitu kehadirannya ke PLKN boleh menimbulkan "kesusahan luar biasa" kepadanya. Tetapi "kesusahan luar biasa" yang bagaimana yang dimaksudkan, adakah dia takut kulit kemerah-merahannya itu menjadi gelap dibakar cahaya matahari atau "kesusahan luar biasa" kepada syarikat perfilemannya yang mungkin kerugian tanpa kehadirannnya?

Tiba-tiba hati saya teringat kepada seorang pemuda miskin dari Perlis yang terpaksa meringkuk dalam lokap polis kerana gagal mendaftarkan diri sebagai pelatih PLKN beberapa tahun dahulu yang ceritanya ada tersiar dalam akhbar kita. Ketika itu baru saya sedar bahawa dalam hidup ini memang ada perbedaan darjat, seperti cerita P.Ramlee, "Antara Dua Darjat". Walaupun kakak tadi ada menyatakan kita sama-sama manusia yang kentut sama busuk baunya, tetapi belum tentu nasib kita sama. Ini kerana anak kakak tersebut dan pemuda dari Perlis yang pernah merengkok dalam lokap itu adalah anak orang biasa, manakala Diana adalah seorang artis terkenal!

Oleh: pendikar gunung kriang

Saturday, December 27, 2008

SALAH SIAPA BILA ADA BLOG HINA ISLAM?

Dalam 2 hari ini umat Islam, khususnya dari kalangan bloggers dan pengunjung internet dikejutkan dengan kemunculan seseorang yang menamakan dirinya sebagai Adibah Ahmad. Blogger yang menggunakan nama tersebut dengan begitu angkuh dan biadab menghina Nabi Muhammad saw dalam blognya dengan makian, sindiran dan kutukan yang sangat menyakitkan hati penganut Islam. Bukan sahaja foto yang kononnya ialah Nabi Muhammad yang dibanding dan dipadankan dengan gambar 2 ekor binatang yang haram di sisi Islam, tetapi terdapat karikatur Nabi dengan gambaran lucah yang memalukan.

Kebiadaban luar biasa blogger itu telah mengundang kemarahan ramai blogger Islam lain. Sebab itu ramai yang memberi komen dalam blog Adibah , kebanyakannya disampaikan secara yang amat kasar. Malah ada blogger yang dengan tegas menyatakan darah penulis biadab itu halal diambil! Apapun, blog yang baru mula beroperasi pertengahan bulan ini itu telah mencapai rekod kedatangan pengunjung yang agak hebat - lebih 3,000 pengunjung telah melawatnya. Secara tidak langsung penghinaan beliau terhadap Nabi telah membantu mempromosikan blog tersebut. Tanpa mempedulikan siapa identiti penulis blog itu, beliau pasti gembira menjadi antara blog yang paling popular dalam tempoh yang singkat hanya dengan mempermainkan sintimen orang Islam!

Pagi tadi (27 Disember 2008), blog Adibah masih beroperasi. Namun petang ini saya dapati blog biadab itu telah dipadamkan. Setakat ini tiada siapa tahu siapa sebenarnya yang menamakan dirinya sebagai Adibah itu, walaupun dalam blognya ada tertera gambar seorang wanita Melayu dengan nombor telefonnya untuk dihubungi. Adakah ia seorang wanita Islam, wanita bukan Islam, lelaki Islam atau lelaki bukan Islam tiada siapa yang tahu. Dalam dunia siber ini siapa sahaja boleh membikin blognya sendiri dengan menggunakan apa nama sekalipun, sama ada Adibah, Syarifah, Fatimah, Rosmah, atau lain-lain nama, hatta nama binatang yang diharamkan Islam sekali pun boleh dipakai sebagai nick name. Cuma sekarang kita serahkan kepada Pihak Berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis blog itu di bawah Akta Hasutan atau undang-undang lain yang bersesuaian.

Saya dalam hal ini lebih cenderung percaya penulis blog ini bukan Adibah Ahmad yang sebenar. Mana mungkin ada manusia yang memahami sensitiviti orang Islam berani mempromosi gambar dan nombor telefonnya sendiri yang mendedahkan dirinya kepada ancaman penganut Islam lain. Jika penulisnya adalah Adibah yang sebenar pastinya dia seorang yang bukan sahaja berani tetapi sangat bodoh!

Dan petang tadi apabila menatap berita Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kementerian Dalam Negeri dan polis mengambil tindakan segera terhadap penulis blog itu, saya berasa lega. Saya bertambah lega apabila mendapati blog tersebut telah dipadamkan oleh blogspot berkenaan. Namun dalam hati saya masih tertanya-tanya adakah ini kali terakhir agama Islam diperlekeh dan dihina oleh pihak-pihak yang anti-Islam di negara ini? Sebelum ini pun begitu banyak kenyataan dan ucapan dari beberapa pihak termasuk pemimpin-pemimpin kita yang jelas menghina Islam. Mereka yang menghina Islam tidak perlu menyentuh Nabi, tidak perlu menyebut Allah, tidak perlu melukis karikatur untuk menunjukkan mereka anti-Islam dan menghina Islam. Cukup dengan memperlekeh mana-mana ajaran Islam, termasuk hukum hudud yang sedang hangat dibincangkan sekarang, ia sudah memadai untuk membuktikan seseorang itu sudah menghina Islam. Dan jika orang yang memperlekeh Islam termasuk hukum hudud itu adalah dari kalangan umat Islam, dia sebenarnya sedang menggali lubang yang boleh menyebabkan akidahnya sendiri tergelincir.

Sebagai contoh, cuba teliti ucapan pemimpin-pemimpin kita di bawah ini berkaitan hudud. Adakah anda tidak terfikir ia tidak boleh dikategorikan sebagai salah satu bentuk penghinaan terhadap Islam?

i) "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

ii) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 14.7.1992)

iii) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.
( Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak : 20.4.1993)

iv) Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" (Dr Mahathir Mohamad, 3.3.1994)

vi) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Dr. Mahathir b.Mohamed, 3.3.1994)

vii) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir b. Mohamed : 4.8.1994)

viii) "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)

ix) Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain, akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" (Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5.9.1997)

7. 'Apa erti pembentukan negara Islam jika ia mundur'.
(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13.11.1999)

8. "Hal-hal mengenai keagamaan (Islam), harus dipisahkan dari Sekolah Kebangsaan bagi membolehkan ibu bapa bukan Islam menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (Bekas Presiden Gerakan, Lim Liong Sik, 2007)

Justru, salah siapa jika ada blog yang berani menghina Islam? Jika bapa yang beragama Islam pun berani kencing berdiri, apa nak dihairankn apabila anak-anak yang tidak faham Islam kencing berlari?

Oleh : pendikar gunung kriang




Friday, December 26, 2008

DAP PULA KATA MASYARAKAT BUKAN ISLAM TIDAK AKAN TERJEJAS DENGAN PELAKSANAAN HUKUM HUDUD

Nampaknya suara keras DAP mengenai pelaksanaan hukum hudud sedikit lunak dengan kenyataan Naib Pengerusi DAP, M.Kulasegaran hari ini yang berkata bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat bukan Islam di negara ini. Harap-harap apa yang dikatakan beliau merupakan pandangan rasmi DAP dan bukannya cuma pandangan peribadi Ahli Parlimen Ipoh Barat itu. Jika itulah pandangan rasmi DAP, kita tunggu pula sama ada UMNO juga akan berani mengeluarkan kenyataan yang senada dengan DAP bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak akan menjejaskan kehidupan masyarakat bukan Islam. Masalahnya sanggupkah UMNO berkata senada dengan M.Kulasegaran di tengah kegentaran pandangan sedemikian akan menimbulkan rasa amarah parti-parti komponen BN lain, khususnya MCA dan Gerakan? Dan satu lagi sanggupkah media arus perdana memetik kata-kata pemimpin kanan DAP itu dalam siaran beritanya esok, kerana hingga tengah malam ini tiada cerita mengenainya di dalam siaran berita TV, sama ada RTM mahupun TV3.

Petikan berita Harakahdaily mengenai kenyataan M.Kulasegaran:

Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud.


Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan.

Mengulas situasi dan suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Kulasegaran menambah bahawa,para pengundi Cina tidak akan terpengaruh dengan isu hudud menjelang pilihan raya kecil di sana.

Menurutnya, mereka matang dan mampu melihat dengan lebih jelas permainan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional (BN).

"Perkara ini telah didebat banyak kali.Tiada yang baru,"katanya kepada wartawan selepas perasmian pusat khidmat masyarakat Adun Jelapang (DAP),Hee Yit Foong.

Tambahnya, dia menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hudud dan ia merupakan inspirasi parti tersebut.

"Ia masih memerlukan perubahan perlembagaan persekutuan,"jelasnya sambil menegaskan PAS akan sukar mendapat majoriti untuk melakukannya.

Pengundi-pengundi Cina dilaporkan membentuk 11 peratus dalam daftar pemilihan untuk pilihan raya kecil di Kuala Terengganu dan ia penting buat BN.

Kulasegaran yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Barat menegaskan,seandainya hukum hudud dilaksanakan gaya hidup masyarakat bukan Islam tidak akan mendapat kesan.

"Ia adalah pendirian PAS. Saya hormati pendirian mereka.Itu merupakan urusan mereka,"tegasnya.

POLITIK WANG BN DAH MULA MASUK KUALA TERENGGANU!

Lalu seperti yang pernah diramalkan banyak pihak apa yang digelar UMNO sebagai 'politik wang' sudah mula menampakkan wajah hodohnya bagi menghadapi PRK Kuala Terengganu. Konon-kononnya harga sogokan setiap pengundi di kawasan bandar Kuala Terengganu boleh tahan juga....RM300.00 seorang. Bagi sesiapa yang menjadi pengundi berdaftar di sana dan belum memperolehi ang pau sebanyak itu diminta segera menuntut sogokan itu sebelum BPR mula buat-buat tak nampak. Sekurang-kurangnya lepaslah untuk beli pakaian sekolah 2-3 orang anak. Ayuh pulanglah anak rantau untuk menuntut wang terpijak itu...


Petikan Harakahdaily:

KUALA TERENGGANU, 26 Dis - Pengundi Cina diingatkan agar tidak termakan 'umpan' dana khas kerajaan Persekutuan yang kini mula diagihkan sebagai 'Ang Pau' oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.






Pengerusi DAP cawangan Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata pembahagian duit 'Ang Pau' yang digunakan dari peruntukkan dana khas sedang giat diagih-agihkan kepada penduduk di Bandar Kuala Terengganu.

Katanya, pemberian tersebut berselindung atas nama sempena Tahun Baru Cina diagih-agihkan kepada penduduk berketurunan tionghua.

"Saya harap rakyat terutama pengundi kaum tionghua yang akan terlibat dengan Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu ini tidak termakan umpan dana khas RM300 seorang itu.

"Duit 'Ang Pau' dana khas itu boleh ambil sebab bukan duit peribadi pemimpin MCA-BN tetapi itu memang duit rakyat yang diambil dari royalty.

"Saya harap rakyat boleh ambil duit sahaja tetapi undi dalam Pilihan Raya Kecil pada 17 Januari 2009 depan kita (pengundi) tidak gadai hanya kerana 'habuan' RM300 sahaja," jelasnya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yakin para pengundi dan rakyat di Terengganu ini terutama kaum tionghua sudah matang berpolitik serta dapat mengikut arus perubahan tsunami politik seluruh negara.

Kata Ng, pemberian dana khas (Ang pau) itu sememangnya patut diberikan kepada semua rakyat yang layak dan bukan di kalangan pengikut serta penyokong MCA dan kerajaan BN sahaja.

"Orang (BN) bagi duit ambil, orang bagi kain pakai, orang bagi gula kacau, tetapi tiba masa mengundi kita (rakyat) tolak BN undi PAS," ujarnya mengambil kata-kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, masyarakat Cina di Kuala Terengganu ini tidak mendapat pembelaan yang baik meski pun mempunyai seorang wakil rakyat dari kalangan parti MCA.

Katanya, pelbagai masalah gagal diselesaikan oleh kerajaan BN termasuk kesesakan jalan di Bandar, kekurangan parkir kereta, longkang tersumbat, banjir kilat dan pembangunan tidak seimbang.

Thursday, December 25, 2008

PPSMI - Kalau Berani, Jom Kita Lakukan Pungutan Suara!!

Tiba-tiba PPSMI panas kembali. Banyak pihak mula bercakap projek yang telah 6 tahun berjalan itu. GAPENA yang slama 6 tahun seperti dibuai lena, tiba-tiba bingkas mengugut untuk menyaman kerajaan jika PPSMI diteruskan. NGO Melayu lain seperti TERAS juga menyuarakan suara yang sama dengan GAPENA - membantah penerusan PPSMI. Yang paling menarik Datuk Sri Khir Toyo yang selama menjadi Menteri Besar Selangor tidak pernah menyanggah PPSMI tiba-tiba bercakap senada GAPENA, TERAS, PAS dan PKR yang meminta sains dan matematik kembali diajar dalam Bahasa Melayu.

Dan hari ini Pensyarah Pembangunan Sosial UUM, Prof Dr Ahmad Atory Hussain memberi pandangan yang lebih menarik - adakan pungutan suara atau referendum untuk mengetahui pendapat majoriti rakyat mengenai PPSMI! Kata beliau pungutan suara atau referendum bagi menentukan status pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dipercayai akan membantu meleraikan debat hangat antara ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai mengenai dasar itu sejak enam tahun lalu. Namun beliau berkata, kaedah referendum seperti itu mungkin tidak popular di negara ini.

"Kalau di Barat referendum adalah perkara biasa, tapi kalau di negara kita saya fikir ia tak mungkin jadi kenyataan," kata beliau kepada mStar Online.

Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim juga menyifatkan referendum adalah langkah terbaik menentukan masa depan dasar berkenaan. Katanya, perkara ini harus ditentukan melalui keputusan suara majoriti kerana ia melibatkan kepentingan umum. "Lagi baik buat pungutan suara, biar majoriti buat keputusan... lagipun kita amalkan sistem demokrasi," katanya.

Jelasnya, jika setiap keputusan yang dibuat sering mendapat bantahan dari pelbagai pihak, maka jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda ini adalah melalui proses pungutan suara. Jelasnya, soal pendidikan perlu diberi perhatian dan pilihan yang sewajarnya jika negara ingin melihat pelajar-pelajarnya memperoleh tahap pendidikan yang terbaik untuk masa depan mereka dan negara.

Saya secara peribadi menyokong penuh jika referendum diadakan bagi mengetahui pendapat rakyat. Sama ada kerajaan akan tunduk kepada pandangan majoriti rakyat adalah satu hal lain. Selama ini pun kerajaan bukan tunduk sangat kepada pandangan rakyat, misalnya dalam kes kenaikan harga petrol dan barang di negara ini. Jadi apa salahnya buat pungutan suara, lihat pendapat majoriti rakyat. Tapi soalnya adakah kerajaan sanggup mengadakan pungutan suara bagi mengetahui pandangan rakyat? Dan pernahkah kerajaan kita melakukan referendum sebelum ini? Seingat saya tidak! Yang saya tahu kali pertama dan terakhir referendum diadakan ialah semasa pra-pembentukan Malaysia dahulu, itupun hanya membabitkan penduduk Sabah dan Sarawak. Walaupun pendapat popular kini termasuk dari GAPENA, NGO-NGO Melayu, malah tokoh politik BN sendiri seperti Datuk Sri Khir Toyo menyarankan sains dan matematik perlu kembali diajar dalam Bahasa Melayu, tetapi kerajaan sehingga sekarang tidak menunjukkan minat menyetujui pendapat itu.

Justru, saya kurang yakin kerajaan akan melakukan referendum bagi mendapatkan pandangan rakyat mengenai isu penggunaan BI dalam subjek sains dan matematik, kerana:

i) ia pasti melibatkan kos yang tinggi dan membazir wang (alasan biasa kerajaan lah tu... apa lagi di zaman kemelesetan ni)

ii) ia akan membabitkan kempen yang tidak sihat di kalangan pemimpin kita yang masing-masing hendak menunjukkan diri sebagai jaguh rakyat (alasan yang boleh dipertikaikan)

iii) referendum bukan satu amalan dan kebiasaan kita (sama juga dengan demonstrasi anjuran bukan penyokong UMNO yang dikatakan bukan budaya kita)

iv) rakyat telah memberi majoriti selesa kepada BN dalam PRU ke -12 yang menunjukkan mereka menyokong PPSMI (ide orang kurang cerdik) dan

V) ia tidak perlu dilaksanakan buat masa ini (alasan pemimpin yang kering idea).

Jika kerajaan tidak bersetuju dengan ide mengadakan referendum meliputi semua rakyat yang berhak mengundi, saya cadangkan satu ide alternatif - buat permulaan kerajaan boleh membuat referendum yang membabitkan SEMUA pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang berpengalaman mengikuti kelas subjek sains dan matematik dalam BI. Referendum itu perlu melibatkan semua pelajar tingkatan 1 hingga 5 sahaja dan bukannya random survey yang hanya membabitkan sample kecil yang boleh dipertikai ketepatannya. Biarlah pelajar yang benar-benar relevan dalam isu ini memberi pandangan mereka sendiri sama ada setuju atau tidak, itu lebih adil dan realistik. Dan yang lebih penting, kerajaan tidak punya alasan untuk menyatakan referendum sedemikian melibatkan kos yang tinggi, kerana ia tidak membabitkan keseluruhan penduduk dewasa negara ini.

Oleh:

PAS SANGKAL PENGUNDI HANTU TAK WUJUD

KUALA TERENGGANU, 25 Dis (Hrkh)- PAS menyangkal kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Ahmad Said yang sengaja berselindung disebalik istilah 'hantu' bagi menutup kesalahan Umno-Barisan Nasional (BN) membawa masuk pengundi luar dari Terengganu.



Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) P.36 Kuala Terengganu, Dato' Wan Abdul Muttalib Embong berkata Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said cuba berselindung disebalik perkataan istilah 'hantu','syaitan' dan 'jin'.

"Bukanlah 'hantu' (jin dan syaitan) yang macam MB (Menteri Besar) faham itu tetapi jika mahu berselindung di sebalik perkataan itu boleh kerana apa yang dikatakan 'hantu' itu baik PAS, baik Umno. Kita (PAS) ada jentera dan jentera kita (PAS) buat semakan, buat penilaian dan banci dari rumah ke rumah," katanya kepada wartawan Harakah

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu menyifatkan negeri ini mudah bagi mengesan para pengundi kerana bukan seperti Kuala Lumpur atau negeri-negeri maju yang penghuni tinggal di apartment, kondomunium dan sebagainya.

Menurutnya, semakan dan kajian dibuat mendapati nama pengundi dalam daftar pemilih ada tetapi pada realiti sebenar tidak ada orang tersebut.

"Ini (pengundi) dalam daftar ada tetapi �on the ground� realitinya tidak ada. Kita (PAS) cari alamat dia (pengundi) pun tidak ada melainkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekalkan setiap pengundi itu dengan alamat penuh.

"Lot tanah itu ada tetapi tidak ada rumah dan tidak ada orang yang tinggal di atas lot tanah itu dan ini berlaku di kampung Durian Burung, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam. �Keduanya, rumah-rumah orang yang didaftarkan dengan pengundi-pengundi 'mendatang' sehingga dalam sebuah rumah itu ada 15 hingga 20 orang gunakan satu alamat," tegasnya.

Justeru itu, kata Dato� Wan Abdul Muttalib tidak timbul persoalan apabila PAS menang dikatakan tidak ada pengundi hantu dan bila kalah ada pengundi hantu.

Menurutnya, istilah 'pengundi hantu' itu tetap wujud selama-lamanya selagi tidak dibersihkan oleh pihak berwajib kerana menguntungkan parti pemerintah (BN).

Sumber : Harakahdaily

Komen pendikar gunung kriang : Pengundi hantu tak wujud, itu kata MB Terengganu! Jika ditakdirkan Datuk Ahmad Said gagal menjadi MB selepas pilihanraya dahulu dan kerana sesuatu kes beliau tidak lagi berada di dalam UMNO adakah beliau akan berkata begitu? Sebenarnya bagi sesiapa yang pernah bekerja dengan SPR dan JPN tidak menolakbahawa memang terdapat banyakkelemahan dalam sistem pilihanraya kita yang membenarkan kewujudan pengundi hantu. Pengundi hantu itu boleh lahir dalam pelbagai bentuk dan rupa, sama ada 'mayat' yang pergi mengundi tetapi dengan wajah orang lain, mengundi lebih dari sekali atau menggunakan identiti orang lain dll cara yang sungguh licik. Saya katakan hantu memang wujud dalam pilihanraya berdasarkan pengalaman dan kisah benar dalam hidup saya dan saya yakin pengalaman tu itu bukan fantasi.

POLEMIK PPSMI - PERLUKAH REFERENDUM?


PETALING JAYA: Satu pungutan suara bagi menentukan status pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dipercayai akan membantu meleraikan debat hangat antara ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai mengenai dasar itu sejak enam tahun lalu.

Bagaimanapun beberapa pihak yang dihubungi mengakui bahawa langkah berkenaan mungkin akan mengundang pelbagai masalah lain jika tujuannya disalahertikan dan dieksploitasi.

Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berpendapat penggunakan sistem pungutan suara sememangnya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi kini.

Namun beliau berkata, formula berkenaan mungkin tidak popular di negara ini.

Jelas beliau, pada dasarnya pungutan suara sememangnya boleh dilaksanakan bagi menentukan masa depan dasar itu kerana hanya melalui suara majoriti dapat memberikan jawapan terbaik walaupun tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

"Kalau di Barat pungutuan suara adalah perkara biasa, tapi kalau di negara kita saya fikir ia tak mungkin jadi kenyataan," kata beliau kepada mStar Online.

Tambah Ahmad Atory, beliau tidak menolak kemungkinan jika sistem pungutan suara diperkenalkan, maka ia akan mengundang campur tangan golongan politik.

"Kalau kita buat pungutan suara, saya percaya ahli-ahli politik kita akan turut sama ambil kesempatan untuk berkempen.

"Berkempen untuk raih populariti di kalangan rakyat untuk buktikan siapa lebih 'berjiwa rakyat'," katanya.

Tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim juga menyifatkan langkah sistem pungutan suara adalah langkah terbaik menentukan masa depan dasar berkenaan.

Katanya, perkara ini harus ditentukan melalui keputusan suara majoriti kerana ia melibatkan kepentingan umum.

"Lagi baik buat pungutan suara, biar majoriti buat keputusan... lagipun kita amalkan sistem demokrasi," katanya.

Jelasnya, jika setiap keputusan yang dibuat sering mendapat bantahan dari pelbagai pihak, maka jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang melanda ini adalah melalui proses pungutan suara.

"Namun ini tidak bermaksud kita tak bela suara golongan minoriti, ia perlu mengikut pilihan majoriti," katanya.

Jelasnya, soal pendidikan perlu diberi perhatian dan pilihan yang sewajarnya jika negara ingin melihat pelajar-pelajarnya memperoleh tahap pendidikan yang terbaik untuk masa depan mereka dan negara.

Isu mengenai dasar itu mula timbul apabila banyak pihak mula mempertikaikan dasar yang diperkenalkan pada 2002.

Terbaru, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) tidak berganjak dengan pendirian mereka yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan jika meneruskan dasar pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matermatik dalam bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata, sistem pungutan suara tidak perlu dilaksanakan kerana bimbang isu berkenaan dijadikan modal politik bagi sesetengah pihak.

"Kalau kita adakan pungutan suara, saya percaya ahli politik juga akan turut serta berkempen untuk kepentingan politik peribadi.

"Bagi saya isu pendidikan biar kita selesaikan cara sainstifik dan ilmiah, bukan dengan cara politik," katanya.

Jelas Chandra, melalui kajian secara ilmiah dan profesional dapat memberikan jawapan terbaik kepada permasalahan yang timbul.

"Belum ada lagi kajian terhadap pelajar dahulu, yang belajar kedua-dua subjek berkenaan dalam bahasa Malaysia, mengenai kejayaan yang mereka capai pada hari ini.

"Kita perlu lihat sama ada mereka yang belajar menggunakan bahasa Malaysia boleh mencapai kejayaan ataupun tidak pada masa kini dalam bidang-bidang berkenaan," katanya.

Tambah beliau, jika hasil kajian mendapati golongan berkenaan dapat mencapai kejayaan dalam bidang sains dan matematik, maka sistem pengajaran menggunakan bahasa Malaysia tidak mempunyai masalah.

"Namun jika keputusan sebaliknya yang diperoleh, maka ia menunjukkan pengajaran subjek-subjek berkenaan perlu diajar dalam bahasa Inggeris... inilah bukti sainstifik dan ilmiah yang perlu diberikan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Radin turut tidak bersetuju dengan sistem pungutan suara bagi menentukan sama ada pengajaran Sains dan Matematik perlu diteruskan dalam bahasa Inggeris ataupun kembali kepada bahasa pengantar di sekolah.

"Tak perlu nak buat pengutan suara kerana pengajaran subjek-subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris memang ternyata dapat membantu pelajar terutamanya di kawasan luar bandar untuk menguasai bahasa berkenaan," katanya.

Tambah beliau, pungutan suara hanya akan mencetusnya banyak masalah apabila semua pihak yang terlibat akan membangkitkan pelbagai isu yang akhirnya akan merugikan pelajar-pelajar yang terlibat.

"Niat kita (kerajaan) ikhlas supaya pelajar kita dapat bersaing dalam arus perkembangan pendidikan semasa.

"Kita tak ada agenda lain melainkan untuk melihat anak-anak kita menguasai bahasa Inggeris dengan baik," katanya.

Sumber : mStar

Komen pendikar gunung kriang : Apa, referendum? Pernahkah kerajaan kita melakukan referendum sebelum ini? Seingat saya tidak! Yang saya tahu kali pertama dan terakhir referendum diadakan ialah semasa pra-pembentukan Malaysia dahulu, itupun hanya membabitkan penduduk Sabah dan Sarawak. Walaupun pendapat popular kini termasuk dari GAPENA, NGO-NGO Melayu, malah tokoh politik BN sendiri termasuk Dr Khir Toyo menyarankan sains dan matematik perlu kembali diajar dalam BM, tetapi kerajaan sehingga sekarang tidak menunjukkan minat menyetujui pendapat itu.

Saya tidak percaya kerajaan akan melakukan referendum bagi mendapatkan pandangan rakyat mengenai isu penggunaan BI dalam subjek sains dan matematik, kerana:

i) ia pasti melibatkan kos yang tinggi (alasan biasalah tu!)

ii) ia akan membabitkan kempen yang tidak sihat kepemimpinan yang menyokong dan menentangnya ide itu

iii) referendum bukan amalan budaya kita

iv) rakyat telah memberi majoriti selesa kepada BN dalam PRU-12 yang menunjukkan mereka menyokong PPSMI (ide orang kurang cerdik) dan

V) ia tidak perlu buat masa ini (alasan pemimpin yang kering idea).

Secara peribadi saya menyokong penuh ide mengadakan referendum ini. Jika ada masalah, kita kembali kepada suara rakyat. Inilah yang menjadi praktik negara-negara maju. Tetapi dalam hati saya yakin ide ini tidak akan menjadi realiti kerana kerajaan pasti tidak menyetujuinya. Bagi saya buat permulaan kerajaan boleh membuat referendum (bukan random survey) yang membabitkan semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang berpengalaman mengikuti kelas subjek sains dan matematik dalam BI. Biarlah mereka yang benar-benar relevan dalam isu ini memberi pandangan mereka, itu lebih adil dan realistik. Dan yang lebih penting, kerajaan tidak punya alasan untuk menyatakan referendum sedemikian melibatkan kos yang tinggi, kerana ia tidak membabitkan penduduk dewasa negara ini.

Wednesday, December 24, 2008

AKHIRNYA DATUK ZAHAR MEMILIH PAS

Teka-teki siapa pemimpin UMNO yang akan menyertai PAS akhirnya terjawab apabila bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan mengumumkan menyertai PAS. Baca petikan berita berikut:

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS.

Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan dalam satu majlis khas yang diadakan di sini, hari ini.

Dalam sidang medianya, Zahar berkata, beliau menyertai PAS kerana dasar perjuangan parti itu yang memperjuangkan kaum Melayu dan Islam.

"Bagi orang-orang Melayu yang mahu aktif dalam politik, kita tidak ada pilihan lain kerana Umno pada hari ini banyak berbeza dengan Umno dengan yang saya sertai 26 tahun dulu.

"Saya tidak terfikir untuk menyertai PAS kerana ia parti alternatif sebaliknya PAS adalah lebih baik dari Umno," katanya selepas menyerahkan borang keahliannya dan 41 pemimpin bahagian tersebut kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Zahar berkata, keputusan untuk keluar daripada Umno dan menyertai parti pembangkang itu tidak ada kena-mengena dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu menggantung keahliannya selama tiga tahun berkuat kuasa 2 Disember lalu.

"Saya tahu kemasukan saya ke dalam PAS telah menimbulkan banyak spekulasi. Rata-rata media menganggap keputusan saya ini dibuat setelah saya digantung.

"Sebenarnya saya dan rakan-rakan di PJ Selatan sudah mula kecewa dengan Umno semasa berlaku peralihan pentadbiran di Selangor pada Mac atau April lalu lagi.

"Daripada situ, kita berbincang baik buruk kekal dalam Umno...mahu terus bersara dari politik atau menyertai parti lain. Tapi bila MT dah buat keputusan begitu (menggantung keahliannya), tak payah lah fikir lagi...kita terus keluar," katanya.

Zahar berkata, beliau sudah 'meluat' dengan Umno terutamanya di Selangor termasuk pelantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Ketua Penerangan parti peringkat negeri dan Senator.

Sambil mengakui bahawa hubungan beliau yang pada satu ketika dahulu amat baik dengan Muhammad kini telah menjadi renggang, Zahar berkata, ia berlaku disebabkan sikapnya yang suka berterus terang dalam menyuarakan pendapatnya termasuk tindakan pemimpin itu yang kadangkala tidak dipersetujuinya.

Beliau berkata, pemimpin Umno tidak menitikberatkan tentang isu agama dan banyak keputusan yang dibuat parti itu tidak mengambil kira kepentingan rakyat.

"Secara terus terang, saya tidak menghormati pemimpin tertinggi dalam Umno. Banyak keputusan yang dibuat tidak mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat khususnya orang-orang Melayu," katanya.

Ditanya sama ada kritikannya terhadap Umno ada kaitan dengan pembelian Eurocopter yang tidak memihak kepada syarikatnya, Mentari Services Sdn Bhd, Zahar berkata, hal itu memang dipertikaikannya berikutan pembelian Eurocopter tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau berkata, dengan penyertaannya hari ini ke dalam PAS, pejabat Umno di PJ Selatan akan menjadi pejabat PAS bahagian itu mulai esok.

Beliau percaya, baki 68 ketua cawangan bahagian itu akan turut sama menyertai PAS selepas pejabat parti itu mula beroperasi.

Beliau turut menafikan bahawa beliau menyertai PAS kerana inginkan jawatan sebaliknya beliau mahu menjadi sebahagian daripada jentera PAS yang memperjuangkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

"Saya sebelum ini pernah ditawarkan untuk bertanding menjadi ahli Parlimen selama tiga penggal dan Speaker Dewan Undangan Negeri pada tahun 2007 tetapi saya menolaknya kerana merasakan peluang itu patut diberikan kepada orang lain," katanya.

Zahar berkata, beliau dan rakan-rakannya akan ke Kuala Terengganu pada 5 Disember ini bagi mengukuhkan jentera PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu 17 Disember ini.


(Sumber : mStar)