Tuesday, December 30, 2008

BERITA BURUK UNTUK MEDIA - KERAJAAN KEDAH AKAN TERUS GUNAKAN PERDANA

Kerajaan Kedah bercadang mengekalkan penggunaan kereta Proton Perdana V6 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri jika ia didapati memberi kebaikan kepada semua pihak. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata cadangan pengekalan kereta nasional itu dibuat setelah kerajaan negeri berpuas hati dengan penerangan pegawai Proton Edar mengenai spesifikasi kenderaan yang sebelum ini dilaporkan sering mengalami kerosakan. Katanya selepas perbincangan dengan wakil Proton Edar, kerajaan bersedia mengekalkan penggunaan Proton Perdana jika pengurusan Proton Edar memberi kerjasama yang baik berhubung penyelengaraan kenderaan itu. Azizan memberitahu pemberita demikian selepas menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd. Mohamad Shukor Ibrahim di pejabatnya di sini hari ini.

Nampaknya ini berita buruk untuk media arus perdana terutama TV3 dan RTM yang memang gemar memfokuskan berita-berita yang membawa impak negatif kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR. Jika kerajaan negeri Kedah membuat pertukaran kereta seperti kerajaan negeri Perak tempoh hari, sekurang-kurangnya ia akan dijadikan isu panas selama 2 minggu di media arus perdana. Lalu ramailah yang akan ditemu bual, termasuk mereka yang tidak tahu apa-apa pasal kereta. Jika isu ini panas selama 2 minggu, sekurang-kurangnya ia akan menjadi modal ampuh bagi menghadapi kempen PRK Kuala Terengganu yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kepada media arus perdana yang galak memburu isu sensasi, takziah untuk anda kerana tiada berita panas dari Kedah pada hari ini. Kepada kerajaan negeri Kedah diharap agenda mengelakkan pembaziran diteruskan demi sebuah Kedah yang sejahtera.

-pendekar gunung kriang

2 comments:

perunding said...

takde masalah,depa boleh konar lagi,

depa pilih v6 bukan apa,senang nak adjust duit kat bengkel tu,
kesian bengkel ganu tu yg masuk mahkamah.
mungkin dapat ganti rugi kaw kaw punya kot.

perunding said...

maksud saya puak depa tu,adjust duit.
depa tak main la setakat v6 tu benrnya.
maksud saya,media depa cari cara/modal lain pulak.

apa2 pun
moga Allah merahmati dan sentiasa dalam Redhanya keatas MB kau orang.
terharu saya dengan kesanggupan beliau bersedekah duit gaji secara diam.
Allah bagi warranty and guaranty di mashar mendapat lindungan Arash Allah.
bayangkan di akhirat mendapat jaminan begitu besar.
apalah dibandingkan kesukaran dunia yg kecil lagi sementara ini berbanding kekalutan mashar itu yg mungkin memakan ribuan tahun itu.
moga dimudahkan Allah segala urusan dunia yg kecil bagi kita semua.
Amin

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.