Sunday, December 21, 2008

BLOG UMNO TAK ADA UMPPP...

Petang ini saya menghabiskan banyak masa melayari beberapa "blog UMNO".

Macam mana nak definisikan blog UMNO ya?

Begini. Ia mempunyai salah satu atau lebih ciri-ciri berikut: (1) Ada logo UMNO. (2) Tulisan mengenai isu-isu dalam parti UMNO. (3) Sekiranya berhujah mengenai pembangkang; nampak kecenderungan kepada UMNO. (4) Dimiliki oleh pemimpin UMNO.

Itu definisi saya mengenai "blog UMNO". Tak setuju? Tak mengapalah, anda buat definisi sendiri.

Saya melayari banyak blog yang memenuhi definisi tersebut. Setelah puas bersengkang mata di depan komputer, saya berani mengatakan "blog UMNO tak ada ummph!" dan membuat rumusan berikut:

(1). Blog UMNO tak banyak. Blog pro-UMNO pun tak banyak. Seorang pensyarah media massa di sebuah universiti memberitahu, untuk setiap satu blog pro-kerajaan, ada tiga blog anti-kerajaan. Entahlah, saya rasa rationya 1:10!

(2) Blog pemimpin UMNO tak nampak hebat. Nampak seperti ditulis oleh "fresh graduate" yang jadi Pegawai Khas. Mengapa saya kata begitu? Banyak tulisan dalam blog Menteri dan Timbalan Menteri yang "cut and paste" berita dari Utusan Malaysia, Bernama dan Berita Harian. Agaknya, Menteri dan Timbalan Menteri pun tak tahu yang Pegawai Khas buat blog tu.

(3) Blog UMNO jarang dikemaskinikan. Ada sesetengah tu dah dua atau tiga bulan tak dikemaskini. Agaknya itu blog hangat-hangat tahi ayam. Saya percaya blog itu dibuat selepas PRU12 dulu apabila ramai orang berkata blog mempengaruhi kecenderungan pengundi. Maka, mereka pun buatlah blog tanpa memahami bagaimanakah "social network" seperti blog mencorakkan pemikiran rakyat.

(4) Blog UMNO hentam sesama sendiri. Sepatutnya, blog UMNO menembak pembangkang. Sebaliknya, atas nama "Setiakawan", bloggers UMNO menembak calon yang bertanding dalam parti. Cut and paste artikel dari blog pembangkang, gunakan untuk hentam lawan. Biar kawan jatuh, biar parti musnah, asalkan kuda tunggangan menang.

(5) Blog UMNO tak ada originality. Kalau dah cut and paste dan tidak ada idea baru, bagaimanakah saya nak kata blog UMNO ada originality? Orang membaca blog kerana nak tahu pandangan blogger tersebut. Kalau nak baca Utusan Malaysia, mereka pergi sini. Kalau nak baca Berita Harian, mereka akan ke sini.

(6) Blog UMNO guna ghost writer. Saya tahu blog mana yang gunakan ghost writer. Tak perlu sebutkan. Bila baca, kita tahu. Kalau nak gunakan ghost writer, usah buat blog. Sebaliknya buat website. Ada beza antara website dan blog!

Mungkin ada orang yang akan marah dengan tulisan saya ni. Ah, nak marah pun marahlah. Saya pernah dijemput oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk memberikan pandangan dan saya dah berikan pandangan. Nampaknya pandangan itu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Selepas hadir perjumpaan itu beberapa bulan lalu, saya berani merumuskan bahawa masih ramai pemimpin UMNO yang tak faham mengenai blog dan impak "social network". Yang saya nampak ialah beberapa orang konsultan yang terkial-kial mencari projek membuat blog.

Seorang konsultan berkata dengan penuh kenyakinan, "Kita boleh buat blog untuk YB dan dapatkan 100,000 pembaca setiap hari!"

Lalu, saya mencabar beliau dalam mesyuarat tersebut, "Boleh saudara sebutkan blog siapakah yang mendapat 100,000 pembaca setiap hari? Blog saudara sekarang dapat 100,000 pembaca setiap hari?"

Dia terkial-kial dan berkata, "Kita boleh cuba ... Tak salah mencuba kan?"

Blog seperti Che Det memang hebat. Sekarang sudah hampir mencecah 11 juta page hits. Selain dari itu, saya tidak nampak ada bloggers yang setaraf dengannya. Sekiranya bloggers seperti kita boleh dapat 1,000 hingga 3,000 page hits sehari, itu sudah cukup hebat.

Blog bukanlah news portal. Blog ialah "social network". Jaringan bloggers itulah yang memberikan impak.

Susah nak faham?

Mungkin selepas PRU13 nanti, baru mereka betul-betul faham!

(sumber : Nobisha)

Pendikar : Apa yang Nobisha cakapkan itu memang betul. Saya telah melayari banyak blog UMNO. Yang paling saya tidak suka ialah komen kita dibakul sampahkan. Bila sekali dibakul sampahkan boleh senyum lagi, dua kali hati kata tak apalah, bila sudah 5 kali, tak mau lagilah aku ikuti blog tu, tak sporting langsung!