Thursday, December 25, 2008

PAS SANGKAL PENGUNDI HANTU TAK WUJUD

KUALA TERENGGANU, 25 Dis (Hrkh)- PAS menyangkal kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Ahmad Said yang sengaja berselindung disebalik istilah 'hantu' bagi menutup kesalahan Umno-Barisan Nasional (BN) membawa masuk pengundi luar dari Terengganu.



Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) P.36 Kuala Terengganu, Dato' Wan Abdul Muttalib Embong berkata Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said cuba berselindung disebalik perkataan istilah 'hantu','syaitan' dan 'jin'.

"Bukanlah 'hantu' (jin dan syaitan) yang macam MB (Menteri Besar) faham itu tetapi jika mahu berselindung di sebalik perkataan itu boleh kerana apa yang dikatakan 'hantu' itu baik PAS, baik Umno. Kita (PAS) ada jentera dan jentera kita (PAS) buat semakan, buat penilaian dan banci dari rumah ke rumah," katanya kepada wartawan Harakah

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu menyifatkan negeri ini mudah bagi mengesan para pengundi kerana bukan seperti Kuala Lumpur atau negeri-negeri maju yang penghuni tinggal di apartment, kondomunium dan sebagainya.

Menurutnya, semakan dan kajian dibuat mendapati nama pengundi dalam daftar pemilih ada tetapi pada realiti sebenar tidak ada orang tersebut.

"Ini (pengundi) dalam daftar ada tetapi �on the ground� realitinya tidak ada. Kita (PAS) cari alamat dia (pengundi) pun tidak ada melainkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekalkan setiap pengundi itu dengan alamat penuh.

"Lot tanah itu ada tetapi tidak ada rumah dan tidak ada orang yang tinggal di atas lot tanah itu dan ini berlaku di kampung Durian Burung, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam. �Keduanya, rumah-rumah orang yang didaftarkan dengan pengundi-pengundi 'mendatang' sehingga dalam sebuah rumah itu ada 15 hingga 20 orang gunakan satu alamat," tegasnya.

Justeru itu, kata Dato� Wan Abdul Muttalib tidak timbul persoalan apabila PAS menang dikatakan tidak ada pengundi hantu dan bila kalah ada pengundi hantu.

Menurutnya, istilah 'pengundi hantu' itu tetap wujud selama-lamanya selagi tidak dibersihkan oleh pihak berwajib kerana menguntungkan parti pemerintah (BN).

Sumber : Harakahdaily

Komen pendikar gunung kriang : Pengundi hantu tak wujud, itu kata MB Terengganu! Jika ditakdirkan Datuk Ahmad Said gagal menjadi MB selepas pilihanraya dahulu dan kerana sesuatu kes beliau tidak lagi berada di dalam UMNO adakah beliau akan berkata begitu? Sebenarnya bagi sesiapa yang pernah bekerja dengan SPR dan JPN tidak menolakbahawa memang terdapat banyakkelemahan dalam sistem pilihanraya kita yang membenarkan kewujudan pengundi hantu. Pengundi hantu itu boleh lahir dalam pelbagai bentuk dan rupa, sama ada 'mayat' yang pergi mengundi tetapi dengan wajah orang lain, mengundi lebih dari sekali atau menggunakan identiti orang lain dll cara yang sungguh licik. Saya katakan hantu memang wujud dalam pilihanraya berdasarkan pengalaman dan kisah benar dalam hidup saya dan saya yakin pengalaman tu itu bukan fantasi.

2 comments:

semutapi said...

Saya prnh baca satu buku mengenai pengundi hantu ni. Tajuknya saya dah lupa, tapi ia mengenai pengundi hantu di Sabah. Siap dengan bukti kewujudan pengundi hantu - i.c palsu, nama bertindih, i.c org mati tapi pergi mengundi dll. Cukup bukti. Hingga sekarang tak pernah dengar ada org yg mempertikai buku itu.

putra revolusi said...

Masa saya bkerja di Perlis dulu, saya ada pengalaman berhadapan dgn pengundi hantu di PRK Indra Kayangan. Gila betul, yang depa pi makan angin 3-4 biji bas dari KL ke Kangar pada hari mengundi tu nak beli apa? Sah hantulah tu...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.