Saturday, December 20, 2008

PENANGGUHAN PENSWASTAAN IJN DAN PRK KUALA TERENGGANU

Seperti halilintar membelah bumi, gah diseluroh negara diantara dayausaha yang proaktif disempurnakan oleh YAB TPM merangkap Menteri Kewangan juga Presiden UMNO baru DS Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bersetuju untuk menjual IJN kepada SIME DARBY. Sedangkan Sime Darby ini adalah dimiliki oleh PNB yang berkait rapat dengan Khazanah Nasional. Urusan-urusan kilat kearah penjualan IJN ini pasti terlebih dahulu dalam pengetahuan poket dan kerengkong Menteri Kewangan.

Kenalkah rakyat Malaysia dengan MK Malaysia? Jangan sampai anda semua tercicir tidak mengenali MK Malaysia serta saf adik-adiknya yang menganga pelahap seperti naga di Tasik Cini merembat apa saja, sebagaimana murid dan pelajar di Kedah tidak mengenali akan YAB MBnya.

IJN ini dibina pada tahun 1992 dengan kos perbelanjaan mencecah RM16,000,000.00 yang diilhamkan oleh mantan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed iaitu Perdana Menteri sebelum DS Abdullah Ahmad Badawi. IJN ini telah berjasa besar kepada negara rakyat marhean negara dan pembesar negeri dan juga pesakit dari negara luar. Mereka-pesakit menerima dan mendaparkan rawatan dan pembedahan yang amat berjaya sekali. IJN ini juga telah melahirkan ramai pakar-pakar jantung yang dihurmati dan disegani diperengkat global, komit dan komitmen mereka yang tinggi untuk perkhidmatan negara bangsa.

Diantara pakar-pakar jantung telah melakarkan jasa dan bakti besar di IJN untuk negara kita ini adalah, Datuk Dr Nik Zainal Abdin Abdul Rahman beliau meninggal didalam satu kemalangan jalanraya ketika berumur 65 tahun. Tan Sri Dr Yahya Awang, Datuk Dr Razali Wathooth, Allahyarham Dr Razali Hashim, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub dan ramai lagi saya yakini, maaf saya tidak dapat mengingati mereka semua. Untuk pribadi saya sendiri saya rasa ianya wujud IJN ini ketika itu Timbalan Menteri Kesihatan adalah YB Datuk Dr Sulaiman Daud. Diantara nama-nama besar yang menjawat jawatan Pengerusi IJN yang mampu saya mengingatkan adalah YB Tan Sri Datuk Dr Abdul Hamid Pakwan Teh Presiden DN sekarang dan Tan Sri Mohamad Khatib Abdul Hamid.

Mengikut rekod yang dicatatkan sehingga Jun 2005 besarnya jasa ditabur oleh IJN ini dengan menjalankan pemereksaan kepada seramai 1,119,544 pesakit luar. Merawat sejumlah 125,748 pesakit jantung di wad-wad IJN. Menyempurna dan melakukan surgeri kepada 33,469 pesakit dan melakukan pemindahan jantung kepada pesakit seramai 17 pesakit. Diatas jasa-jasa besar IJN menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat negara dan kepada negara bangsa. Diatas apaapa kong kalikong, diatas apa-apa muslihat dan agenda tersembunyi DS Najib berhajat dan berhasrat untuk menjual INJ ini??????????

Diantara tokoh utama negarawan negaran yang mendapat rawatan di IJN ini adalah mantan YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri, YAB TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Negeri Kelantan, Profesor Datuk Dr Haron Din dan ramai lagi kalau mau ditulis disini, cukup sekadar nama yang dinyatakan ini.

Gelabah Merasa Salah.

Gelojohnya Menteri Kewangan negara kita ini, untuk menjual IJN terlupa ia akan partinya UMNO akan menghadapi PRK P. 36 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 Sabtu ini. Manakala hari penamaan calunnya akan disempurnakan pada 6 Januari 2009 Selasa. Pengumuman menjual IJN kepada Sime Darby ini seolah-olah ia memberi bola tanggung kepada PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat untuk dijadikan diantara tajuk utama yang penting diratip untuk sajian intipati PRK Kuala Terengganu. Inilah yang dikatakan pertolongan 'Allah yang awal diterima oleh PAS untuk didedahkan kepengetahuan rakyat khususnya pengundi sejumlah 80,229 di kawasan parlimen Kuala Terengganu.

Demi untuk menghadapi PRK P. 36 Kuala Terengganu, terpaksa mesyurat kabinet hari terakhir membuat keputusan mengejut menangguhkan penjualan IJN ini kepada SIME DARBY. Ingatlah kenyataan tersebut adalah penangguhan untuk menjual sementara waktu sahaja. Saya yakin dan semua rakyat negara khususnya rakyat dan pengundi sejumlah 80,229 orang di PRK P. 36 Kuala Terengganu, bahawa sebaik selepas 17 Januari 2009 sebaik-baik selesai PRK tersebut, sekiranya calun UMNO/BN menang, barang tentu dan barang pasti IJN ini akan diteruskan menjualnya kepada SIME DARBY.

Justeru, rakyat marhean diseluruh negara bersedia mulai sekarang, now!!!! Bangun bersama-sama dengan pemimpin rakyat bersatu diatas satu tekad perjuangan iaitu bertindak mengikut saloran undang-undang negara dan citarasa rakyat dan pemimpin rakyat menerjah dan melaksanakan jalan terbaik agar issu menjual IJN ini kepada Sime Darby hendaklah segera dibatalkan sekarang oleh kerajaan BN/UMNO khusus dan khasnya DS Najib Menteri Kewangan merangkap TPM. Kes serta isu penjualan IJN ini wajarlah diperdebat dan diperbincangkan segera dan utaman di Parlimen yang sedang bersidang di dewan Negara dan dewan Rakyat sekarang.

Sanggah Dan Canggah.

Disamping penipuan dan salah belanja wang royalti rakyat dan Kerajaan Terengganu oleh Kerajaan Pusat, sanggup mengkhianati wang royalti rakyat Terengganu ini yang khusus untuk rakyat dan Kerajaan Terengganu menikmatinya. Tetapi sebahagian wang-wang rotalti itu dirampok dan dirompak oleh lanun dan penyamun di perengkat pusat dipindah untuk Kerajaan Pusat - UMNO/BN membiayai dana projek janji mereka ke negeri-negeri yang lain. Tanpa mereka Kerajaan Pusat UMNO/BN berasa berdosa disisi 'Allah dan bersalah besar dihadapan rakyat negeri Terengganu.

Diatas penyelewengan dan rakusnya kerajaan Pusat UMNO/Bn merompak pitih royalti rakyat dan Kerajaan Terengganu, maka disini sewajarnya pengundi sejumlah 80,229 pengundi ini pada 17 Januari 2009 hari Sabtu bermula 8.00 pagi sehinggalah jam 5.30 petang tolaklah calun UMNO/BN, jangan sekali-kali memberi pangkah undi kepada calun UMNO/BN untuk mereka meneruskan pengkhianatan keatas rakyat dan Kerajaan Terengganu.

Dalam PRK - P. 36 Kuala Terengganu inilah wajar sekali pengundi sekelian menunjukkan dengan jelas bantahan dan penolakkan TOTAL PARTI UMNO YANG MENGAMAL DAN MENGHALALKAN RASUAH DALAM SEMUA BENTUK dapat mempertahankan kerusi ini. Ianya lebih berharga dan mulia sekiarnya rakyat dan pengundi Kuala Terengganu yang amat saya hurmati memberi undi dan pangkah keramat budiman taulan semua kepada calun PAKATAN RAKYAT DARI PAS, TAK KIRALAH SIAPA PUN CALUNNYA.

Jangan bersubahat dengan rasuah UMNO/BN dengan ditunjukkan dihari mengundi pada 17 Januri 2009 Sabtu nanti.

(Sumber : KedahLanie)