Tuesday, December 30, 2008

SAMA ADA EZAM BERCAKAP BENAR ATAU TIDAK MENGENAI 6 KOTAK BUKTI RASUAH BN, IA TETAP MERUGIKAN BN!

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor - yang terkenal dengan “enam kotak dokumen rasuah” melibatkan pimpinan Umno dan BN - mendakwa bukti-bukti itu tidak ada dengan beliau, sebaliknya berada di tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau ada pada saya, sudah tentu saya tunjukkan. Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Lawak betul Ezam ni. Kira-kira 10 tahun dulu beliau kerapkali buat 'road-show' seluruh Malaysia menyatakan beliau memiliki 6 kotak bukti rasuah dan penyelewengan pemimpin BN. Beliau bercakap dengan penuh semangat dan penuh keyakinan kotak misteri itu ada dengannya. Tidak pula dinyatakannya ketika itu ia ada dengan Datuk Seri Anwar yang semasa itu sedang merengkok di penjara Sungai Buluh.

Kini dia mengakui kotak itu ada dengan Anwar pula. Hanya Anwar saja yang dapat mengesahkan sama ada dakwaan Ezam itu betul atau tidak. Jika ianya betul, sahlah kotak itu memang wujud dan bukti adanya rasuah peringkat tertinggi kepimpinan BN itu juga memang wujud. Cuma ramai yang akan tertanya-tanya di mana Anwar yang ketika itu sedang merengkok di penjara menyembunyikan bukti-bukti itu? Adakah ia disembunyikan di dalam selnya atau di dalam salah satu stor penjara Sungai Buluh?

Apapun, kenyataan Ezam itu ternyata mengesahkan bahawa 6 kotak bukti rasuah itu memang wujud. Rasuah memang berlaku dan ia tersimpan dalam 6 kotak, bukan satu kotak, bukan 2 kotak. Banyak tu! Yang kita hendak tahu kini ialah apa kata BPR? Jika apa yang Ezam katakan itu benar bahawa memang wujud 6 kotak bukti rasuah pemimpin BN, BPR perlulah siasat. Jika ianya tidak wujud, Ezam boleh dikenakan tindakan kerana membuat kenyataan palsu kepada umum kira-kira 10 tahun lalu.

Sama ada apa yang Ezam katakan itu betul atau tidak, ia pasti menjejaskan nama baik BN. Jika betul ada 6 kotak bukti rasuah itu dengan Anwar seperti mana dakwaan Ezam, bermakna pemimpin BN memang kaki rasuah. Jika tidak benar, bermakna BN mungkin akan kehilangan Ezam yang kini menjadi ayam sabungnya atas dakwaan memberi kenyataan palsu.

-pendekar gunung kriang

2 comments:

perunding said...

usah dirisau,
saya tengok ari tu kat P44,ezam tu kempen dalam markas umno je,apa kesan.
bila dia kata Anwar ada bagi 10billion direct tender kat bumi,tu kan maksudnya anwar bagus.

Untuk ezam,shahrir samad,ahmad shabery(rtm),zahid hamidi,saya secara peribadi menaruh harapan mereka akan ke PR bila masanya.
saya `reserve` diri dari mengomen mereka ni.

inshaallah,saya nak tulis teori berbondong masuk PR.
ni lah keja mat teori.
jangan bosan dgn saya.
salam.

Nonimos said...

99% teori Mat teori mengena

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.