Thursday, December 31, 2009

Aduhai....Harga Roti dan Lain-Lain Dah Mula Naik!!!


Baru kira-kira tiga jam tadi saya ada sebut dalam blog ini, kenaikan harga gula membawa kesan berganda kepada barangan lain. Belum lagi habis  rakyat berterima kasih dengan hadiah kenaikan harga gula sempena tahun baru 2010 dari kerajaan 1Malaysia itu, kini satu lagi pengumuman menyusul: berkuatkuasa 12.01 pagi (45 minit lagi), harga roti putih pula dinaikkan ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan.

Harga roti biasa akan dinaikkan 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.


Bila bangun pagi esok, pergilah kedai runcit, mini market dan kedai makan. Belek-beleklah, apa lagi barang yang naik. Anda pasti terkejut, gula punya pasal, semua yang lain naik dengan begitu cepat! 

Barang Naik oh Barang Naik....BN oh  BN....


~ pendikar gunung kriang

Berita Buruk: Jom Serbu Kedai Sekarang Juga!!!


Nampaknya ini antara hadiah Tahun Baru PM  paling manis untuk rakyat 1Malaysia: harga runcit gula bakal dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini! Kononnya kenaikan harga gula ini tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia. Ladang gula dekat Chuping pula entah apa jadi, tidak dapat membeklkan gula secukupnya, kononnyalah....


Satu segi kenaikan harga gula ada hikmahnya. Ia dapat mengurangkan penggunaan gula yang membawa pelbagai penyakit itu. Yang tidak seronoknya, ia membei kesan berganda kepada kenikan harga barangan lain lepas ini, kerana peniaga akan berkata semua barangan menggunakan gula. Lalu bukan saja teh tarik yang naik harga, tapi semua jenis kuih juga naik harga, nasi lemak naik harga, lauk pauk di kedai makan naik harga, nasi dan mi goreng naik harga, semuanya naik harga atas alasan perlu menggunakan gula, walau cuma secubit kecil yang digunakan.


Apapun, tahniah kepada Kerajaan Malaysia. Ia hadiah tahun baru 2010 yang paling manis untuk sekilo gula yang memang manis untuk rakyat 1Malaysia.


Kepada pengguna, jom kita serbu ke kedai sekarang juga untuk mendapatkan gula sebelum harganya naik tengah malam ini!


~ pendikar gunung kriang

Gerhana Bulan Awal 2010: Petanda Parti Bulan Musnah?





Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku esok - Jumaat 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431 Hijriah,  bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan JAKIM hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi.

Saya bukan tukang tilik apa lagi mempercayai khurafat yang boleh menyebabkan akidah saya tergelincir. Tapi secara kebetulan tahun 2010 disambut oleh parti Pas dengan pelbagai kenangan tidak manis sepanjang tahun 2009. Seolah-olah sedikit demi sedikit sepanjang 2009, gerhana bulan sudah melanda parti bulan (Pas). 

Sebenarnya 2009 dimulai dengan sinar cemerlang untuk Pas apabila memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 dengan majoriti lumayan yang sekaligus merampas kerusi itu dari tangan BN. Ia kemudian disusuli dengan kemenangan Pas untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti beberapa bulan kemudian, semuanya dengan majoriti yang amat lumayan.


Tapi lepas itu Pas mengalami ujian demi ujian dari Allah. Bermula dengan isu kerajaan perpaduan, perang dingin antara dua puak dalam parti sehingga timbul cabar mencabar untuk letak jawatan, kemenangan tipis dalam PRK Manek Urai, kekalahan dalam PRK Teluk Kemang, isu amalan kronisme dalam kepimpinan tertinggi Pas dan terbaru pengunduran dua personaliti penting di pejabat Menteri Besar Kelantan. Walaupun pihak-pihak yang didakwa bertelagah enggan mengaku mereka bertelagah, namun masih ramai yang percaya jika tiada angin mustahil pokok bergoyang. Walaupun memang benar media arus perdana memainkan peranan  untuk membesar-besarkan ribut kecil dalam cawan, tapi ramai berpendapat ribut dalam cawan atau ribut dalam tangki besar adalah tetap ribut juga yang tidak boleh dipandang ringan.

Oleh itu apabila 1 Januari 2010 - permulaan tahun baru - disambut oleh gerhana bulan, parti bulan (Pas) perlu melihatnya dari sudut positif. Pemimpin-pemimpin parti bulan perlu melakukan banyak kerja supaya tiada gerhana bulan lagi yang melanda Pas. Gerhana bulan yang berlaku di Malaysia pada awal pagi 1 Januari 2010 nanti hanya gerhana separa bukan gerhana penuh di mana bulan hilang terus di ufuk langit. Bayangkan jika gerhana bulan penuh melanda parti bulan pada 2010, alamatnya Pas mungkin akan berpecah menjadi parti serpihan, pakatan pembangkang di bawah PR akan musnah dan mungkin gulung tikar dan BN akan tertawa besar sambil membayangkan kabinet baru yang akan ditubuhkan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh PR. Dan jika itu berlaku....pemenang PRU ke-13 sudah boleh dijangka!


Justeru selain bersolat sunat gerhana pada 1 Januari 2010, kepimpinan Pas perlu merenung kembali antara kepentingan diri sendiri, kepentingan keluarga, kepentingan parti dan kepentingan rakyat terbanyak yang masih mengharapkan perubahan pucuk pimpinan di peringkat federal dalam PRU ke-13 menjadi kenyataan.


Kepada kepimpinan Pas, jangan biarkan gerhana bulan esok 1 Januari 2010 menjadi petanda gerhana penuh yang memusnahkan parti bulan pada 2010 ini!!


~ pendikar gunung kriang

Wednesday, December 30, 2009

Tinjauan: Elizabeth Wong Lapan Kali Lebih Popular Dari Najib

Exco kerajaan Selangor, yang dilanda kontroversi foto bogel awal tahun ini, menduduki tangga teratas kategori 'pencetus berita' dalam kumpulan data enjin carian tersohor Google bagi 2009.

Elizabeth Wong, wakil rakyat PKR bagi Bukit Lanjan, mengatasi kontroversi bekas model remaja Manohara Odelia Pinot, menantu Sultan Kelantan yang menghadapi masalah keluarga dengan suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Senarai itu, yang dihasilkan daripada jumlah carian di Internet menggunakan Google, diikuti personaliti TV3 Zakiah Anas sebelum mantan menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Shukarnor meletakkan model sambilan itu di tangga kelima, di atas aktres jelita Fasha Sanda.

Sementara ahli parlimen PAS Khalid Samad lebih dicari pengguna Internet, di tangga ketujuh, berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kesembilan).


(Sumber: Malaysiakini)

Gempar...Raja Petra Dah Kena Tahan Di Ireland


Saya terbaca dalam satu blog (maaf, saya tidak minat mempromosikan blog ultra-BN yang suka maki seranah orang keterlaluan itu), bahawa Raja Petra Kamarudin (RPK) sudah berjaya ditahan Interpol di Ireland. Periwayat cerita itu menyatakan dia mendapat berita itu dari sumber News of the World UK.

Bagi memeriksa kesahihan berita itu, saya pun merangkak-rangkak mencari sumber asal dari News of the World. Sampai naik berbinar mata mencari, malangnya tidak jumpa pun berita itu. Haai...bukan 1 April pun depa nak buat lawak bangang?


Tapi kepada sahabat-sahabat jika ada maklumat yang boleh mengesahkan berita itu tolong sebarkan. Atau jika yang matanya masih muda dan tak pakai kaca mata seperti saya, tolong selak-selak sekali lagi News of the World, kot-kot jumpa. Bukan apa, jika benar-benar mamat tu kena tangkap Interpol, mana tahu kot-kot ada yang nak anjurkan derma kilat membantu RPK  yang tak ada kerja tetap tu.



Jika itu cuma berita palsu, tak apalah. Saya pun sendiri yakin RPK ini bukan sebarangan orang. Dia ini jenis licik dan licin macam belut, bukan senang nak dapatkan dia.

http://pendikargunung.blogspt.com/

~ pendikar gunung kriang

Tuesday, December 29, 2009

Mereka Atau Tan Sri Yang Sebenarnya Lapar?


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama dikatakan menyelar tindakan golongan tertentu yang bertindak untuk menghasut rakyat agar membenci kerajaan.

"Sejak akhir-akhir ini, muncul golongan tertentu yang  lapar dan dahaga untuk mendapat kuasa memekik sana sini menghasut rakyat.

Taib, yang juga Pengerusi BN Negeri, seterusnya berkata ahli politik pembangkang membuat janji-janji kosong dan mendakwa mereka boleh melakukan keajaiban bagi menggembirakan rakyat dan pengundi yang sebenarnya adalah palsu.

Saya cuma nak tanya Tan Sri, siapa yang sebenarnya lapar dan dahagakan kuasa sehingga sudah berkuasa berpuluh tahun tapi tak pernah puas dan kenyang? Tan Sri sudah menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 26 tahun, tapi Tan Sri nampak masih tidak hilang dahaga dan lapar untuk terus berkuasa puluhan tahun lagi. Tan Sri berkata parti pembangkang yang belum berkuasa di Sarawak seperti orang lapar dan dahaga, tapi mengapa Tan Sri yang sudah 26 tahun menghirup kekayaan Sarawak masih rasa tidak kenyang-kenyang?

Tan Sri Taib juga berkata ahli-ahli politik pembangkang menabur janji kosong, tapi mana Tan Sri tahu mereka berjanji kosong sedangkan mereka tidak pernah diberi kuasa untuk menunaikan janji mereka? Jika Tan Sri hendak lihat janji mereka kosong atau tidak, BN janganlah bertanding dalam pilihnraya Sarawak akan datang dan beri peluang PR memerintah selama 5 tahun. Lepas itu (jika Tan Sri masih hidup),Tan Sri boleh buat penilaian sama ada mereka bercakap kosong atau cakap berisi!

http://pendikargunung.blogspot.com/

~ pendikar gunung kriang

Teori Hati Busuk Mantan PM-PM Malaysia

PM PM PM PM


Ada orang menyatakan ia teori. Ada yang memanggilnya sebagai andaian. Tapi bila teori sudah diadun dengan cara meyakinkan ia boleh bertukar menjadi satu kepercayaan.


Begitulah juga dengan teori bahawa mantan Perdana Menteri Malaysia semuanya busuk hati selepas tidak lagi memegang kuasa dan sentiasa berniat untuk menjatuhkan orang yang dilantik menggantikannya telah menjadi seperti satu kepercayaan atau sekurang-kurangnya satu tradisi. Ia bermula dengan Tunku Abdul Rahman yang dikatakan secara diam-diam cuba memburukkan imej Tun Razak yang menggantikannya. Apabila Mahathir menggantikan Hussein Onn, Tunku dan Hussein Onn melakukan banyak perkara untuk memburukkan imej Mahathir yang dilihat ramai orang sebagai usaha menjatuhkan Mahathir.


Bila Pak Lah menggantikan Mahathir, mantan Perdana Menteri itu tidak habis-habis menyerang Pak Lah dari segenap penjuru, hingga kemuncaknya Mahathir mengisytiharkan dirinya keluar Umno.

Bila Najib menggantikan Pak Lah, ramai yang berkata Pak Lah tidak akan busuk hati dan sanggup menjatuhkan Najib yang diberi kepercayaan menggantikannya. Jadi teori PM Malaysia yang rata-ratanya busuk hati itu   hanya berlegar sekitar Tunku hingga Mahathir menjadi PM saja. Pak Lah dikatakan tidak termasuk dalam golongan PM busuk hati kerana dia adalah nice man.


Tapi kini beberapa blog Umno pro-Mahathir mengembalikan semula teori ini yang menyatakan Pak Lah mewarisi tradisi busuk hati mantan-mantan PM sebelum ini. Blog-blog itu berkata Pak Lah  sengaja mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan  dari Najib beberapa bulan sebelum berundur untuk memeriksa rekod buruk Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan. Dan rekod-rekod buruk Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan itu dibekalkan kepada menantunya Khairy untuk dijadikan senjata menjatuhkan Najib dan mengangkat naik Khairy. Tapi Khairy dikatakan tidak berseorangan dalam usaha menjatuhkan Najib. Dia berpakat dengan Zahid Hamidi yang kini menjadi Menteri Pertahanan dan mantan mentor Zahid, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Najib jatuh.


Isu enjin jet tempur yang hilang yang sedang panas kini kata blog-blog pro-Mahathir itu adalah antara percubaan awal tiga pihak Khairy-Zahid-Anwar untuk mencalarkan imej Najib dan menjatuhkannya. Pak Lah membekalkan maklumat enjin jet hilang itu kepada Khairy, Khairy pula menyalurkannya kepad Zahid dan Anwar untuk disensasikan.



Saya kadang-kadang hendak ketawa dengan teori mantan PM busuk hati ini. Tapi kadang-kadang boleh percaya juga, kerana bukankah semua PM kita asalnya orang Umno dan Umno itu sendiri seperti pernah diucapkan oleh Mat Sabu adalah parti busuk, sebusuk tong najis? Dan oleh itu sesiapa saja yang pernah berenang dan tertelan air dalam tong busuk UMNO tidak kira namanya Tunku, Tun Razak, Hussein Onn, Mahathir, Pak Lah, Anwar, Zahid dan Khairy akan terkena tempias busuknya.


Cuma Tunku, Hussein Onn dan Anwar lebih bernasib baik kerana sempat keluar dari tong busuk Umno dan membersihkan kekotoran di badan mereka. Yan lain-lain itu sungguh kasihan kerana masih meneguk air busuk dalam tong najis itu....




~ pendikar gunung kriang

Apa Salahnya Sultan Kelantan Kahwin Lagi?

Sultan of Kelantan


Lazimnya hanya berita besar dan sensasi yang menjadi berita di muka depan akhbar. Berita status 'biasa-biasa' umumnya hanya terperosok di dalam. Ia betul dari segi strategi pemasaran kerana orang akan menjeling yang luar dulu sebelum menyelinap ke dalam.


Antara yang selalu jadi berita besar dan diletakkan di muka depan akhbar ialah berita mengenai pengumuman penting PM dan menteri, cerita politik, kisah tragedi ngeri dan kisah pelik yang kurang masuk akal. Jarang sekali cerita orang kahwin diletakkan di muka depan. Cerita artis yang popular kahwin pun seringkali diletakkan di halaman hiburan saja. 

Kalau menteri kahwin (kahwin lebih dari satu) bukan saja beritanya tiada di muka depan akhbar, tapi di muka belakang, muka dalam, muka tengah dan muka tepi pun beritanya tidak ada, walau satu dunia telah dihebahkan perkahwinan keduanya itu. Seperti ia sengaja disembunyikan, pada hal bukan satu kesalahan bagi menteri kahwin dua, tiga atau empat, kecuali dia tidak mampu.



Tapi tup-tup berita Sultan Kelantan mempunyai isteri nombor dua menjadi berita penting beberapa akhbar. Malay Mail mendedahkannya kelmarin dan hari ini Kosmo mengulang tayang berita yang sama. Wanita bernama Suhana Ahmad yang berusia 30 tahun itu dikatakan seringkali kelihatan melawat baginda di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.


Tidak apalah jika berita Sultan Kelantan itu disiarkan sekadar satu pemberitahuan kepada rakyat. Tapi anehnya mengapa bila ramai menteri yang kahwin lebih dari satu tidak disiarkan di muka depan? Apakah berita baik itu tidak layak diletakkan status sebagai satu pemberitahuan kepada rakyat? Atau berita Sultan Kelantan ada isteri kedua disensasikan untuk memburukkan imej istana Kelantan yang sebelum ini pun sudah kecoh dengan berita isteri Tengku Temenggung lari  balik ke Indonesia dan  berita pertelagahan Tengku Temenggung dengan kekandanya?


Bagi saya berita Sultan Kelantan berkahwin dua bukan berita besar. Malah jika baginda berkahwin tiga dan empat juga bukan berita besar kerana selagi mampu, ia tidak salahnya dari hukum agama. Ia cuma menjadi berita besar jika baginda berkahwin lima!


Tapi jika berita itu sengaja dibesar-besarkan, lainlah....


~ pendikar gunung kriang

Monday, December 28, 2009

Datuk Abu Kassim SPRM Akan Siasat Rosmah dan Nazim 3 Hari Lagi?

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, sebaik saja mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM  secara rasmi pada 1 Januari 2010, saya akan mengambil beberapa langkah drastik bagi meningkatkan kembali imej badan ini agar ia benar-benar diyakini kreadebilitinya oleh rakyat. Pada hari ini, 1  Januari 2010, saya secara rasminya dilantik sbagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.  Justeru, sebagai menunaikan janji saya itu, maka saya, Datuk Abu Kassim Mohamed bertekad untuk memulakan siasatan terhadap beberapa kes rasuah berprofil tinggi negara ini. Ini termasuk siasatan terhadap Dato' Mohammad Nazim Razak seperti dalam dakwaan penyiasat bebas, P Balasubramaniam mengenai pembabitan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kes dakwaan  individu yang tidak dikenal pasti yang telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri Perdana Menteri berada di Dubai, Ogos 2008 dan kes kehilangan dua enjit pesawat tempur negara ini."

Apakah Datuk Abu Kassim Mohammed  akan mengeluarkan kenyataan seberani itu sebaik sahaja mengambil alih jawatan rasmi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010 yang tinggal hanya 3 hari saja lagi ini? 

Jom kita tunggu  kenyataan sulung Datuk Abu Kassim. Jom kita teka sama ada beliau dianugerahkan keberanian untuk melakukan sesuatu yang boleh menjadikan SPRM sebagai badan yang benar-benar telus dalam proses siasatannya.


http://pendikargunung.blogspot.com/


~ pendikar gunung kriang

Sepatutnya Drama Lawak Umno Itu Diarahkan Oleh Mr Bean atau Senario!!!

Ramai yang tak percaya 50 peserta  yang berdemonstrasi di  pekarangan pejabat perhubungan Pas Shah Alam Alam kelmarin adalah pengikut Pas. Kenapa tak percaya? Mana nak percaya penampilan mereka tidak seperti orang Pas dan sepanduk yang mereka bawa juga tidak melambangkan  mereka pengikut Pas. Yang lebih melucukan kebanyakan mereka cuba menutup wajah dari dikenali dengan sepanduk yang dibawa. Pengikut Pas biasanya berani dan berterus terang. Tapi mereka ini bagai perogol bersiri yang menutup muka di pekarangan mahkamah kerana takut dikenali.

k

Justeru ramai yang yakin ini semua kerja orang Umno yang telah sedaya upaya membuat pelbagai kerja gila untuk merampas kembali tampuk kuasa Selangor sejak lepas PRU ke-12 lagi. Mereka tak akan berpuashati dan akan terus berusaha dengan apa cara selagi BN tidak memerintah Selangor.


Malangnya  demonstrasi kelmarin tidak diatur dengan begitu baik dan rapi, hingga usaha menyamar menjadi orang Pas mudah dihidu oleh sesiapa sahaja - hatta budak tadika pun pasti tahu bahawa pendemonstasi itu bukan orang Pas. Mungkin penyelaras demonstrasi itu tidak rajin buat kerja rumah sehingga drama yang mereka cuba pentaskan itu nampak sangat tak realistik. Sepatutnya untuk kelihatan benar-benar seperti demonstrasi Pas, skrip drama itu perlu diolah dengan teliti. Sepatutnya Umno yang banyak duit itu boleh meminta nasihat pelawak-pelawak tersohor dunia seperti Eddie Murphy dan Mr Bean untuk membantu mereka menulis skrip dan mengarah drama demontrasi itu agar nampak lebih real. Atau kalau nak jimatkan duit, mereka boleh minta bantuan tekniikal dari pelawak kita seperti Kumpulan Senario atau Nabil supaya lawak mereka kelmarin lebih berpijak di bumi nyata.


Sekarang apa dah jadi, kerana pengarahan drama lawak demontrasi yang  langsung  tak realistik itu, peminat politik tanah air mentertawakan Umno. Mungkin Umno menafikan drama lawak itu bukan hasil skrip mereka, tapi itulah yang pengamat politik nampak.

http://pendikargunung.blogspot.com/

~ pendikar gunung kriang

Sunday, December 27, 2009

Antara Tidur Pak Lah, Tidur Najib dan Tidur Drebar Bas Sani


Semuanya gara-gara tertidur!  Pak Lah tertidur menyebabkan ekonomi negara kacau bilau, pengurusan kerajaan lemah serta dipersenda dunia dan akhirnya BN tewas teruk dalam PRU ke-12 dulu. Kini Najib yang menjadi PM walaupun belum dilaporkan tertidur dalam mesyuarat, tapi polisi pemerintahannya juga macam dipimpin oleh orang tidur...orang mamai...Lihat saja proses pemulihan ekonomi yang sangat perlahan itu, lihat saja indeks jenayah dan rasuah yang kian bertambah, lihat saja bagaimana bininya Rosmah berlagak macam Rasputin ketika pemerintahan Czar Russia, lihat saja kehilangan pendapatan RM56 bilion wang Petronas, lihat saja telatah Ahli Parlimen BN yang ponteng Dewan Rakyat, lihat saja enjin jet tempur pun yang hilang. Bukti sebuah tidur yang sungguh nyenyak sehingga khazanah negara terlupus dengan begitu mudah!!

Apabila pemimpin negara pun sering tertidur, apa nak hairannya jika rakyat juga ramai yang tidur, bukan saja tidur di rumah waktu malam, tapi juga tidur ketika bertugas. Dan semalam negara dikejutkan dengan satu lagi berita tidur - pemandu bas ekspres dua tingkat Sani Express tertidur seketika sehingga mengakibatkan nahas yang mengorbankan nyawa 10 penumpang. Pemandu itu, Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 38, menjadi orang yang paling dibenci semalam dan selama beberapa bulan atau tahun lagi sehingga kes perbicaraanya selesai, semuanya gara-gara tertidurnya itu,

Cuma yang membezakan antara Mohd Kamil dengan Mohd Najib dan Pak Lah ialah Mohd Kamil berterus terang mengaku dia tertidur sedang dua orang lagi itu tidak pernah mengaku. Mungkin Mohd Kamil berani mengaku tertidur kerana ia orang kecil yang tidak banyak kepentingan, sedang dua orang lagi itu tidak berani mengaku mereka tertidur kerana ia telah menyebabkan begitu banyak kemusnhan terhadap negera dan rakyat.

Dan satu lagi bezanya, Mohd Kamil mungkin tidak berapa lama tagi terpaksa meringkuk dalam penjara kerana telah .menyebabkan kematian 10 penumpang dan kesengsaraan kepada 10 keluarga penumpang berkenaan, manakala Mohd Najib dan Pak Lah yang telah menimbulkan kesengsaraan kepada 27 juta rakyat Malaysia  akan terus hidup dalam dunia penuh kebahagian dan kemewahan.


~ pendikar gunung kriang

Saturday, December 26, 2009

Good Job, Umno!!!



Sosek-sosek dari Selangor menyatakan satu perhimpunan besar akan diadakan esok di Pejabat Perhubungan Pas Selangor mendesak parti itu keluar dari Kerajaan Negeri PR Selangor. Ramai anggota Pas yang sudah menerima  SMS itu yang seolah-olah datangnya dari pihak atasan Pas Selangor.

Malangnya setelah siasatan dibuat, didapati SMS itu berasal dari sumber Umno. Jadi Umno yang cuba menggerakkan penyokong-penyokong Pas untuk menentang PR.

Wow....tidak sangka dalam Umno pun ada orang sepintar dan sejahanam itu, selepas partinya nampak tidak kuat lagi, mereka berusaha menjadikan parti lain juga tidak kuat seperti mereka.

Tahniah atas kebangangan dan ketololanmu, Umno. Good job, Umno!!

~ pendikar gunung kriang

Sah, Datuk Arshad Dihukum Najib Kerana Enggan Jilat Zionis

Akhirnya Kerajaan Malaysia yang pro-Amerika ini menemui jalan terbaik bagaimana hendak menghukum pegawai Kementerian Luar yang enggan menyokong penjajah Amerika. Hari ini, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan bahawa Duta Malaysia ke Austria, Datuk Arshad Hussain tidak akan menyambung tugasnya sebagai wakil tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna.

Kesilapan besar Datuk Arshad ialah kegagalan duta tersebut mematuhi arahan Kerajaan Malaysia supaya menyokong usul yang dibawa ke Lembaga Governor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 27hb November 2009 bagi mengutuk program tenaga nuklear Iran. Sebaliknya Datuk Arshad bersama perwakilan Venuezela dan Cuba menentang usul yang dibawa Amerika itu. 

Kepada Datuk Arshad, tahniah kerana keberanian anda menolak keangkuhan Amerika  serta regim zionis Israel dan enggan tunduk kepada dasar pengecut negara yang dipimpin Najib. Kepada Datuk Anifah dan Datuk Seri Najib, cubalah belajar-belajar dari Datuk Arshad bagaimana untuk jadi jantan dan bukan pak turut kepada regim imperialis Amerika dan zionis Israel!

~ pendikar gunung kriang

MP BN dan PR Juga Bertanggung Jawab Terhadap Kematian Itu!!




Awal pagi tadi satu tragedi menyayat hati berlaku di km 272.8 lebuhraya PLUS berdekatan tol Ipoh Selatan apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah

Setiap tahun jalanraya kita mengorbankan ribuan nyawa akibat kemalangan sebegitu. Pagi tadi saja 10 orang maut. Itu jumlah yang meninggal. Jumlah yang menanggung kesengsaraan akibat kematian 10 orang itu tidak terhitung. Setiap mereka yang meninggal dunia mempunyai anak, isteri, ibu bapa dan adik beradik yang perlu ditanggung kehidupan. Kini mereka pergi selamanya meninggalkan bersama harapan masa depan keluarga yang hancur musnah dan perlu dibangun semula untuk meneruskan kehidupan.

Salah siapa bila berlaku kemalangan ngeri sebegini? Salah siapa yang menyebabkan wanita menjadi janda, lelaki menjadi duda dan anak hilang ibu bapa tempatnya bergantung harap? Menuding jari sesama agensi- JKR salahkan JPJ, JPJ salahkan Polis, Polis salahkan PLUS; sampai bila masalah ini akan selesai cuma dengan salah menyalah sesama sendiri?


Kita ada pelbagai akta, pelbagai peraturan, tetapi banyak yang ada itu tidak berkesan. Jika akta dan peraturan itu cuma selembar kertas yang gagal berfungsi, apa gunanya?


Kita ada sistem, kita ada jentera pentadbiran, kita ada pegawai kerajaan, kita ada Ahli Parlimen yang perlu bekerjasama membina sebuah negara untuk kesejahteraan rakyat. Tapi ada pegawai kerajaan yang hanya melihat tugasnya sebagai pekerja makan gaji, ada pula yang sibuk mencari populariti menerusi persatuan, ada yang gila mengumpul harta dengan menyisihkan etika dan menghalalkan rasuah. Ahli Parlimen pula ramai yang sibuk berpolitik, sibuk memancing pengikut supaya  nama terus kekal dalam PRU ke-13, sibuk dengan soal-soal peribadi hingga tiada banyak masa untuk meneliti draf pindaan akta dan peraturan, malah tiada masa untuk membahaskannya di Parlimen, hatta hendak hadir di Dewan Rakyat pun payah. Akibatnya akta dan peraturan yang tidak sempurna, carik di sana sini diluluskan Parlimen tanpa perbahasan yang serius. 


Dan yang menjadi mangsa kepada kebobrokan sistem kita itu ialah rakyat dan pengguna. Dan hari ini 10 orang maut akibat kelemahan sistem kita - kelemahan jentera pentadbiran, kelemahan pegawai kerajaan, kelemahan Ahli Parlimen BN dan PR serta kelemahan kita sendiri sebagai rakyat yang tidak berupaya merobah sistem yang ada.


~ pendikar gunung kriang

Friday, December 25, 2009

Window 7 Juga Bermasalah?



  (salon.com)












Artikel ini saya petik dari satu sumber dari negara seberang. Maaf, sebab tidak kecukupan masa untuk mengolah dalam bahasa yang lebih mudah difahami. Ia mengenai perisian Window 7 yang kononnya menghadapi banyak masalah seperti Window Vista juga...

Benarkah Window 7 juga bermasalah? Isteri saya yang sudah menggunakannya selama sebulan berkata tidak. 

Tapi apa pun, cuba renungi dan kongsi pengalaman apa yang Mat Indon ni tulis dalam blognya http://teknologi.vivanews.com/

Dengan semakin banyaknya pengguna yang memasang sistem operasi Windows terbaru di komputernya, permasalahan yang belum pernah diketahui sebelumnya mulai bermunculan.

Meski telah diujicoba oleh 8 juta beta tester, Microsoft belum mampu mereplikasikan seluruh skenario dalam dunia nyata yang mampu menyebabkan gangguan pada Windows 7.

Masalah terbaru yang ditemukan oleh produsen software terbesar tersebut adalah bahwa sistem operasi penerus Windows Vista itu tidak dapat bekerjasama dengan baik dengan harddisk SATA berkapasitas besar.

Microsoft menyebutkan bahwa pengguna mungkin akan mengalami pesan error di Windows 7 saat mereka akan kembali menggunakan komputer mereka setelah ditinggal idle.

“Pesan error muncul saat komputer yang menjalankan Windows 7 atau Windows Server 2008 R2 di harddisk SATA berkapasitas besar, misalnya 1GB,” kata juru bicara Microsoft dalam pernyataannya yang VIVAnews kutip dari Softpedia, 25 Desember 2009.

“Jika Anda menyuruh komputer Anda masuk ke status Sleep atau Hibernate lalu kemudian Anda coba kembali aktifkan, pesan itu akan muncul,” ucap juru bicara Microsoft.

Microsoft telah menemukan sumber masalah itu dan menghadirkan hotfix untuk didownload lewat situs Microsoft Support. Akan tetapi, berhubung perbaikan hanya ditujukan bagi pengguna yang mengalami masalah tersebut. Pengguna yang tidak mendapati masalah, sebaiknya menunggu update resmi dari Microsoft, misalnya dalam bentuk Service Pack 1.

“Saat Anda me-resume komputer, driver harddisk SATA butuh harddisk tersebut untuk siap dalam waktu 10 detik,” kata Microsoft. “Akan tetapi, harddisk SATA berkapasitas lega membutuhkan waktu lebih dari 10 detik. Dalam kasus ini, terjadi operation time out,” jelas Microsoft.

Apa, Juara Ketuanan Melayu Itu Ingat Duit Mak Bapa Dia Ka?

Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong bahawa  Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)  perlu sedar peruntukan yang disalurkan oleh MSN kepada PSM adalah hasil wang rakyat. "Ia bukan duit saya, tapi duit rakyat, jadi MSN perlu belanjakannya ikut keperluan", begitu tegas Zolkples ketika ditanya wartawan mengenai beberapa kritikannya terhadap PSM termasuk presidennya Datuk Ahmad Ismail akhir-akhir ini. Datuk Ahmad Ismail yang juga Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera baru saja dibebaskan baru-baru ini oleh Umno  kerana kelantangannya mengkritik orang bukan Melayu dalam isu ketuanan Melayu.


Zolkples juga dalam kenyataannya mendedahkan beberapa salahlaku pegawai atasan PSM yang sesuka hati mengubah dasar MSN, .."Malah program yang telah dipersetujui bersama MSN telah mereka ubah, walaupun mesyuarat itu dipengerusikan oleh saya, termasuk pergi Pulau Pinang dan Australia (bercuti)", kata Zolkaples.



Teruk betul Ahmad Ismail, juara ketuanan Melayu dan gang-gangnya dalam PSM itu. Dan kelakuan teruk peneraju PSM itu telah membuahkan hasil 'lumayan' apabila Malaysia gagal meraih walaupun satu pingat emas, malah dengan pasukan Laos yang baru saja belajar sepaktakraw itu pun Malaysia boleh tumpas 2-1.

~pendikar gunung kriang

MB Ini Pun Spisis Umno Cap Ayam Juga!!

"Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."

Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.

Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.

Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang.

Seorang bapa kepada seorang pelajar yang menerima hadiah itu terkejut besar dengan ungkapan itu.

Ini kerana, sepanjang kerier beliau sebagai seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah Menteri Besar sebelum ini mengeluarkan ungkapan seterang itu.

"Kalau dia nak minta kita sokong BN pun, dia berlapik sikit...berkias-kias...tetapi MB yang ini terus kepada undilah BN," kata beliau kepada Harakahdaily.

(Sumber: harakahdaily)

Komen PGK: Kelmarin banyak blog pro-PR yang memuji Ahmad Said kerana keberaniannya membawa kes wang ihsan petroleum Terengganu ke mahkamah. Malah ada yang tersangka Ahmad adalah spesis UMNO terakhir yang masih ada sisa-sisa kejantanannya.

Tapi seperti dijangka MB berwajah sembab itu tidak seberani , tidak sejantan dan tidak secerdik dijangka. Seperti kata ramai orang,  ahli UMNO itu tetap juga ahli UMNO juga. Mana boleh dipisahkan lagu dan irama, mana boleh dipisahkan ombak dan pantai dan mana boleh dipisahkan UMNO dan rasuah?

Nampaknya Ahmad Said pun dua kali lima dengan mana-mana MB spisis Umno cap ayam lain juga!!

Thursday, December 24, 2009

Beranikah Juara Ketuanan Melayu Itu Tunaikan Janji??




Dato Ahmad Ismail yang baru dibebaskan Umno kerana keceluparannya menghina kaum bukan Melayu tidak perlu diperkenalkan. Ketua Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang itu terkenal kerana cuba menjuarai isu 'ketuanan Melayu', walaupun dia sendiri berketurunan India Muslim. Lelaki gempal ini juga adalah Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia.

Masih ingat apa janji Ahmad Ismail sebelum skuad sepaktakraw negara berlepas ke Vientiane untuk bertanding dalam Sukan SEA dulu? Ahmad dengan suara garang memberitahu, dia berjanji untuk menghadiahkan negara sekurang-kurangnya satu pingat emas. Jika skuad sepaktakraw gagal menggapai emas, dia sanggup meletak jawatan. Itu janji juara ketuanan Melayu itu.


Tapi skuad sepaktakraw hanya berjaya mendapat satu perak dan satu gangsa. Malah dengan pasukan kerdil yang baru belajar main sepaktakraw - Laos - itu pun Malaysia tewas 2-1. Sungguh memalukan!!!


Di mana hendak diletakkan muka apabila janji gagal ditunaikan? Sepaktakraw adalah sukan tradisi Melayu, tapi berlawan dengan budak-budak hingusan Laos itu pun kita kalah!

Dan juara ketuanan Melayu, beranikah hang tunaikan janji untuk letak jawatan?



~ pendikar gunung kriang

Jangan Berdebar dan Relax-Relax Ajelah.....


Pasti pada pagi ini ada yang masih berdebar-debar. Maklumlah, keputusan PMR akan diketahui sebentar lagi. Pasti pelbagai ragam ibu bapa dan anak-anak mereka dapat dirakamkan sebentar lagi. Pasti ada yang menangis dan berduka, pasti ada yang ceria dan tersenyum lebar sambil terlompat-lompat, pasti ada yang relax saja. 

Saya pun hendak ke sekolah sebentar lagi untuk merakamkan apa yang boleh dilihat dan dipertontonkan oleh ibu bapa, anak mereka dan diri saya sendiri serta anak saya yang juga akan melihat keputusan peperiksaannya.



Kepada ibu bapa yang anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR, saya ucapkan tahniah! Kepada yang keputusannya 'biasa-biasa aje' dan cukup makan saja, terimalah keputusan itu seadanya. Janganlah melenting kepada anak kerana gagal menggapai impian ibu ayahnya. Tidak mencapai keputusan cemerlang hari ini tidak bermakna kegagalan di masa depan. Masa depan mereka masih jauh. Dan Allah masih mengiringi perjalanan hidup kita.


Kepada ibu bapa yang sedang bersedia untuk ke sekolah atau membiarkan anak mereka mengambil sendiri keputusan PMR, jangan berdebar-debar.  Relax-relax ajelah. Terimalah apa pun keputusan PMR anak anda dengan rasa kesyukuran....


~ pendikar gunung kriang

Wednesday, December 23, 2009

Padan Muka Rakyat Malaysia, Dipersenda dan Diperlekeh Indonesia

Kisah kehilangan enjin pesawat tempur Malaysia bukan saja menjadi isu menarik 1Malaysia, tapi juga negara-negara luar. Banyak akhbar luar negara yang menjadikan ia berita di halaman utama. Maklumlah ia berita sensasi kerana di negara lain bukan mudah untuk melakukan kerja sesukar itu, tapi seperti kata Zahid Hamidi di Malaysia Sarjan cabuk pun mampu buat kerja itu, tahniah!!! 

Saya terbaca ulasan mengenai kehilangan enjin jet itu dalam satu blog negara seberang bertajuk, "Mesin Jet Tempur Malaysia Hilang".  Berita yang disifatkan 'aneh'  tersebut disampaikan dengan gaya penuh lucu oleh si-penulis Indonesia itu dan disambut dengan pelbagai komen yang kebanyakannya mempersendakan pertahanan negara ini: ha...ha...ha....


Baca kandungan blog dari sahabat Indonesia itu selanjutnya.....


Kadang-kadang orang-orang kita sangat mudah  memperlekehkan rakyat negara seberang kerana sebahagiannya percaya Malaysia lebih istimewa dari saudara serumpunnya itu. Tapi dalam kes enjin pesawat ini giliran negara kita pula yang diperlekeh dan dipersendakan oleh rakyat Indonesia. Padan muka Malaysia, padan muka aku, rakyat Malaysia!!!


~ pendikar gunung kriang

Teruknya Kedah, Nak Solat Pun Payah!!!




 Nampak pili saja besar....tapi air tak dak!!!


Selain dari musim kenduri di bulan Disember ini, sekarang ini juga musim kemarau di banyak negeri, termasuk negeri-negeri di utara Semenanjung. Di Kedah misalnya, sudah beberapa minggu ini tiada hujan langsung. Jika pun ada  sesekali hujan,  ia turun sekejap saja, rumput pun tak sempat basah.


Selain dari musim kenduri dan musim kemarau, di Kedah juga kini musim tidak ada air. Tidak ada air bukan setakat di satu dua tempat, tapi di banyak tempat. Dari Sik hingga Kota Setar, dari Baling hingga Pokok Sena, masalah air tetap jadi bualan. Apa lagi, kini musim kenduri, sembang-sembang mengenai masalah air itu sering diperbualkan. Cuma masalah air ini tidak sama mengikut tempatnya. Ada tempat air tidak ada langsung, ada tempat yang air turun setitik setitik...macam kencing orang tua yang menghadapi masalah prostat, ada pula tempat yang air kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada.


Kelmarin kebetulan saya tertonton berita tengahari di RTM 1 mengenai masalah ketiadaan air di Kedah. Siaran berita RTM itu menyiarkan antara lain tentang keluhan rakyat yang sukar mendapat air di Kedah ini. Antara yang diwawancara RTM ialah seorang lelaki warga emas dan seorang wanita, juga warga emas. Yang sedihnya, kedua-duanya menyatakan hendak ambil air sembahyang pun susah kerana tidak ada air. Malah wanita warga emas itu berkata dia tidak dapat solat kerana tidak ada air, manakala si-lelakinya pula berkata dia solat 'ikut dan saja'.


Kalau sudah sampai peringkat tidak boleh solat, ia bukan lagi masalah main-main. Ia masalah yang sangat serius! Cuma yang peliknya, mengapa kejadian tidak boleh solat itu berlaku di negara monsun tropika seperti Malaysia yang taburan hujannya agak tinggi  ini? Di negara-negara Arab yang kering kontang itu, tidak pernah dengar rakyatnya mengeluh sukar hendak bersolat, tapi di negara kita yang tidak pernah putus sumber air asli ini warganya mengeluh tidak dapat solat kerana tiada air!


Kesian pak cik dan mak cik itu kerana tidak dapat solat kerana ketiadaan air. Lebih kesian kerana wartawan yang mewawancara kedua warga tua itu tidak teringat untuk bertanya dua warga emas itu sama ada mereka sedar atau tidak , jika sudah tiada air langsung mereka juga boleh berwuduk menerusi tayamum. Mungkin wartawan itu terlupa menanyakan soalan itu atau dia fikir mencari debu suci bagi mengerjakan tayamum juga sukar diperolehi di Kedah ini?



Apapun, bagi orang luar yang tertonton siaran berita itu mungkin terdetik dibenak mereka: Teruknya Kedah, nak solat pun susah!!!

~ pendikar gunung kriang

Tuesday, December 22, 2009

Jika Sarjan Pun Selicik Itu, Apa Lagi Menterinya!!!





Menteri Pertahanan,  Zahid Hamidi menyatakan tiada pegawai kanan  terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik TUDM). Sebaliknya beliau menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.
"Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat", katanya seperti yang dilaporkan oleh mStar.


Bolehkah kita percaya apa yang Zahid katakan itu? Bagi mereka yang pernah berkhidmat dengan kerajaan, apa lagi pernah berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan, mereka akan tahu betapa sukarnya untuk membawa  peralatan keselamatan keluar dari negara ini, kerana ia perlu melalui prosedur yang amat ketat dan rapi. Hendak membawa sebatang skru  yang tersilap hantar untuk dikembalikan ke syarikat asalpun, bukan main sukar, apa lagi untuk membawa engin yang bernilai RM50 juta!


Jika ia kerja anggota berpangkat Sarjan dan ke bawah yang begitu cekap menembusi sistem keselamatan negara, maka saya angkat topi kepada mereka. Saya angkat topi bukan kerana hendak puji kejayaan mereka membuat kerja jijik, tapi angkat topi kerana kecekapan mereka membuat kerja-kerja yang mungkin memerlukan pelbagai penyamaran untuk membawa peralatan negara sejauh itu.


Tapi satu hal lagi yang saya fikirkan ialah jika sarjan di Kementerian Pertahanan pun begitu licik dan bijak menipu, apa hal lagi dengan mereka yang berpangkat lebih tinggi, berpangkat Pegawai seperti  leftenan, major, leftenan kolonel, brigadier jeneral, major jeneral dan jeneral? Dan jika sarjanpun  sudah sejahat itu, betapa lagi Jeneral dan Menteri Pertahanannya?


~ pendikar gunung kriang

Rosmah Akui RM600,000 Dipindahkan Ke Dubai



bye...bye....apa yang hanpa katakan tentang pindahan wang ke Dubai tu memang betul!!!


Inilah tips bangang bagi menghentikan soalan yang anda tak suka: jangan jawab soalan itu dan terus hentikan temu bual. Biarkan saja soalan tergantung dan dengan lagak si-bacul, hentikan temu bual. 
Dan taktik itu digunakan sebaiknya oleh Datin Rosmah, isteri Perdana Menteri  apabila beliau enggan menjawab soalan Malaysiakini mengenai isu pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai yang dikemukakan dalam satu sidang media sebentar tadi. Lalu sidang media ditamatkan serta merta.

Taktik bangang itu sering juga digunakan suaminya, Najib. Soalan tidak dijawab, tapi bercakap perkara lain. Lalu, orang yang fed-up tidak tanya apa-apa lagi lepas itu. Titik.


Okeylah, Rosmah, okeylah Najib. Kamu berdua tak mau jawab soalan pun tak apa. Bagi rakyat yang tidak bangang ini, mereka berpegang kepada kata orang tua-tua: berdiam diri tanda bersetuju. Bila kamu berdua enggan menjawab soalan itu menandakan apa yang dikatakan itu kamu setuju ia memang benar berlaku. Dan dalam konteks pemindahan wang RM600,000 ke Dubai yang Rosmah enggan jawab itu,  rakyat boleh membuat andaian ia memang betul, ia memang benar-benar terjadi. Ya, memang betul, sehingga Rosmah boleh membuktikan ia tidak betul. Ya, memang betul, kerana Rosmah enggan menjawab menyatakan ia tak betul.


~ pendikar gunung kriang

Kisah Timbalan Menteri Yang Terpaksa Tembak Menterinya Sendiri



Saya seronok membaca alasan-alasan MP yang tidak hadir  dalam sesi bajet yang hampir memalukan BN minggu lepas. Lalu pelbagai alasan diberi - bercuti, sebab peribadi, ada aktiviti parti yang penting, tidak sihat dan lain-lain. Bukan saja MP PR, MP BN juga sibuk mencari alasan untuk tidak memperlihatkan mereka bertanggung jawab untuk hampir-hampir mencipta sejarah Parlimen yang tersendiri itu.


Dan ini alasan seorang MP dari BN Dato Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengapa beliau tidak hadir:
"Saya hadir 100% di Dewan Rakyat tahun 2009 ini...kehadiran penuh..tak pernah ponteng walau sehari..Alhamdulillah..sukar juga utk hadir 100%..tahun lepas pula saya tak hadir Dewan Rakyat cuma 1 hari iaitu pada hari pengkebumian arwah ayah saya..selepas tahlil mlmnya saya balik & hadir hari berikutnya..pada hari pengundian Isnin lepas, saya hadir Dewan Rakyat dari jam 10pagi hingga 330ptg..selepas itu pergi mtg di BTN Hq sbb hari berikutnya Selasa, PM berjumpa dgn pegawai2 BTN..pada mlm pengundian saya tak hadir sbb uruskan emak yg uzur kerana ptg itu utk kali pertama didapati/diagnose oleh Hospital Ampang Puteri terdapat batu karang dlm pundi hempedu & ketumbuhan dlm hati..ini memeranjatkan kami sekeluarga..masalahnya ialah tiada sms atau telefon nyatakan ada pengundian mlm itu yg saya terima..pada jam 11paginya saya terima sms biasa yg diterima banyak kali pada hari2 sblmnya ttg dewan bersidang hingga 10.30mlm..itu saja, tiada sms yg saya terima ttg pengundian atau mlm itu mlm akhir penggulungan. Menteri..mungkin terlupa/silap teknikal/terlepas pandang utk disms kpd saya..itu cerita sebenar..selalu ada sms/call dibuat jika ada kejadian2 yg difikir penting akan berlaku..tapi tidak saya terima pada mlm itu..jgn kerana 1 mlm itu saya tak hadir, maka dianggap saya tak bertanggung jawab..pada bacaan Bajet kali pertama, ramai MP BN hadir utk standby khuatir ada pengundian..tetapi tiada pengundian mlm itu bila pembangkang dapati ramai MP BN yg hadir..tetapi ketika itu saya dimaklumkan ttg hal kemungkinan pengundian melalui sms..CADANGAN saya ialah agar komunikasi antara peg2 khas/peg2 bertugas kementerian & urusetia tertentu dimantapkan, strategi/masa penggulungan diperbaiki dan kejadian itu dijadikan iktibar yg penting..saya juga telah memaklumkan kpd PM&TPM beberapa cadangan lain utk ditimbangkan..tkasih Ahmad Maslan".
(Petikan kenyataan Ahmad Maslan dari sumber blog pencacai BN)

Nampaknya Ahmad Maslan menyalahkan banyak pihak yang menyebabkan dia tidak hadir. Dia salahkan  Menteri kerana terlupa dan silap teknikal, dia juga salahkan pegawai-pegawai di Kementerian. Yang tidak bersalah hanya tuan punya mulut yang membuat kenyataan itu saja.


Siapa menteri yang dimaksudkan Ahmad Maslan itu? Hal ehwal Parlimen adalah di bawah tanggung jawab Nazri Aziz, Menteri di JPM. Ahmad Maslan ialah Timbalan Menteri di JPM.

Begitulah hidup dan cerita periuk nasi. Minggu lepas Nazri kata dia perlukan pistol untuk menembak kepala MP BN yang tak hadir Parlimen. Tapi kini, untuk selamatkan diri, Timbalan Menteri pula yang terpaksa 'menembak' menterinya sendiri...




~ pendikar gunung kriang

Monday, December 21, 2009

Memang Patut Pun MIC Sokong United Mamak National Organisation (UMNO)




Saya tidak terkejut apabila Pemuda MIC Pulau Pinang hari ini mengambil pendirian menyokong cadangan Umno negeri itu agar pengerusi BN  negeri diambil alih oleh Umno dan bukan lagi  Gerakan, seperti sebelumnya. Jika yang menyokong cadangan Umno itu ialah MCA, saya sangat hairan, kerana MCA  didominasi oleh orang-orang yang pemikirannya lebih kurang dua kali lima saja dengan Gerakan.


Tapi MIC lain daripada Gerakan dan MCA. MIC parti orang India, Gerakan dan MCA  pula parti orang Cina. Antara MIC dan Umno Pulau Pinang pula banyak persamaan. Jika tak percaya lihatlah kebanyakan cawangan dan bahagian Umno Pulau Pinang, terutama di bandar George Town. Lihatlah kulit, hidung dan mata sebahagian dari anggota Umno itu, warna kulit dan bentuk hidung serta mata mereka lebih kurang sama saja dengan anggota MIC. Malah ketika saya di Pulau Pinang dulu, ada cerita tentang mesyuarat cawangan dan bahagian Umno di Pulau Pinang dijalankan dalam Bahasa Tamil dan minit mesyuarat juga dibuat dalam bahasa yang sama. Bukan semua yang begitu, tapi bila ada yang begitu, ia menjadi berita yang menarik.


Oleh itu apabila MIC menyokong Umno dalam isu pengerusi BN Pulau Pinang itu, saya tidak sedikitpun hairan. Apa nak hairannya, jika sebahagian dari ahli Umno Pulau Pinang dan MIC itu adalah berasal dari negara yang sama atau orang Pulau Pinang kata berasal dari satu kapal yang sama?

Sebab itulah juga di Pulau Pinang, Umno itu lebih dikenali sebagai United Mamak National Organisation.




~ pendikar gunung kriang

Seluar Dalam Zahid Kena Seluk Lagi?



Satu cerita popular di tempat kerja saya ketika Zahid Hamidi dikenakan tahanan ISA di Kamunting pada tahun 1998 dahulu ialah kisah disebalik tirai bagaimana dia begitu cepat dibebaskan. Cerita itu saya dengar pada suatu hari pada bulan Oktober 1998 dikantin Kompleks Kerajaan Jalan Duta yang disampaikan oleh seorang pegawai  dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kebetulan datang untuk minum sebelum menghadiri satu mesyuarat. Kerana cerita ini menarik dan ada unsur lucu, ia jadi begitu popular dengan cepat, berlegar dari mulut ke mulut dengan tokoh tambahnya. Sama ada ia benar-benar berlaku atau cuma penglipurlara, tidak penting ketika itu. Yang penting ramai yang yakin ia benar kerana periwayatnya adalah orang KDN yang menceritakannya kononnya berdasarkan pengakuan pegawai SB yang bertanggung jawab menyoal siasat Zahid.


Kononnya Zahid Hamidi ini adalah jenis orang yang hanya cakap saja berdegar, tapi bila digertak dia mudah terketar-ketar dan terkencing dalam seluar. Maka ketika ditahan di Kamunting, pegawai Cawangan Khas mengambil kesempatan kelemahan peribadi Zahid itu untuk menggertaknya supaya membuat pelbagai pengakuan  kononnya dia tahu dan terlibat dalam banyak aktiviti negatif Anwar Ibrahim. Masa mula disoal siasat,  dikatakan Zahid cuba berkeras dan enggan membuat pengakuan  berdasarkan skrip palsu SB. Tapi senjata terakhir SB yang digunakan dalam soal siasat pada suatu malam  sangat mengesan dan menyakitkan Zahid hingga akhirnya dia membuat pengakuan palsu bahawa dia tahu banyak perkara mengenai aktiviti negatif Anwar, walaupun ia cuma skrip rekaan SB semata-mata.


Apa senjata terakhir SB yang menyebabkan Zahid terkencing dalam seluar  itu? Senjata terakhir SB ialah dengan menyeluk seluar dalam Zahid dan memulas ke kiri dan ke kanan dua buah sulit di dalamnya!!  Pegawai yang meriwayatkan cerita itu menyatakan pegawai SB  tidak perlu tunggu lama kerana seketika kemudian, selepas dua buah sulitnya itu dipulas,  Zahid  menjerit kuat dan dengan muka merah disertai air mata membasahi pipi , Zahid terus menbuat pengakuan palsu mengenai  Anwar. Beberapa hari selepas menendatangani kenyataan palsunya di depan pegawai SB, Zahid dibebaskan. Setelah Zahid dibebaskan, beliau telah membuat kenyataan akhbar di hadapan Dr. Mahathir kononnya Anwarlah yang merancang untuk menjatuhkan Dr. Mahathir.

Zahid merupakan antara orang yang paling cepat dibebaskan: beliau ditahan pada 21 September 1998 dan dibebaskan pada 27 Oktober tahun yang sama - cuma sebulan dan seminggu saja sempat menghirup udara kem Kamunting. Sedang tokoh-tokoh lain yang pernah ditahan di bawah ISA terpaksa menjalani siksaaan mental dan fizikal berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Mereka lewat dibebaskan kerana enggan membuat pengakuan palsu, walaupun seluar dalam mereka juga  mungkin pernah diseluk dan dipulas oleh SB!


Dan kelmarin  Zahid sekali lagi menyerlahkan sifat mudah kecutnya. Sehari sebelum itu, Zahid yang juga Pengerusi Bahagian Umno Pulau Pinang bukan main lantang mempertahankan keputusan Umno negeri itu yang mahu Gerakan menyerahkan jawatan Pengerusi BN Negeri kepada Umno. Tapi kelmarin, Najib berkata jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang akan ditentukan menerusi rundingan komponen BN, Kenyataan Najib tersebut menyebabkan Zahid yang mudah kecut  itu mengubah pendiriannya serta merta. Seperti yang dilaporkan mStar kelmarin, Zahid berkata sama ada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang atau tidak terpulanglah kepada Pengerusi BN (Datuk Najib). Jadi jawatan Pengerusi BN Negeri tidak semestinya diberi kepada Umno, seperti yang Zahid dengan tegas mempertahankannya sehari sebelum itu.



Dalam tempoh sehari saja Zahid sudah boleh berubah pendirian! Tidak tahulah sama ada Zahid mengubah pendirian selepas seluar dalamnya diseluk dan dipulas oleh Najib atau Tsu Koon atau tidak!!

http://pendikargunung.blogspot.com/

~ pendikar gunung kriang



Satu cerita popular di tempat kerja saya ketika Zahid Hamidi dikenakan tahanan ISA di Kamunting pada tahun 1998 dahulu ialah kisah disebalik tirai bagaimana dia begitu cepat dibebaskan. Cerita itu saya dengar pada suatu hari pada bulan Oktober 1998 dikantin Kompleks Kerajaan Jalan Duta yang disampaikan oleh seorang pegawai  dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kebetulan datang untuk minum sebelum menghadiri satu mesyuarat. Kerana cerita ini menarik dan ada unsur lucu, ia jadi begitu popular dengan cepat, berlegar dari mulut ke mulut dengan tokoh tambahnya. Sama ada ia benar-benar berlaku atau cuma penglipurlara, tidak penting ketika itu. Yang penting ramai yang yakin ia benar kerana periwayatnya adalah orang KDN yang menceritakannya kononnya berdasarkan pengakuan pegawai SB yang bertanggung jawab menyoal siasat Zahid.


Kononnya Zahid Hamidi ini adalah jenis orang yang hanya cakap saja berdegar, tapi bila digertak dia mudah terketar-ketar dan terkencing dalam seluar. Maka ketika ditahan di Kamunting, pegawai Cawangan Khas mengambil kesempatan kelemahan peribadi Zahid itu untuk menggertaknya supaya membuat pelbagai pengakuan  kononnya dia tahu dan terlibat dalam banyak aktiviti negatif Anwar Ibrahim. Masa mula disoal siasat,  dikatakan Zahid cuba berkeras dan enggan membuat pengakuan  berdasarkan skrip palsu SB. Tapi senjata terakhir SB yang digunakan dalam soal siasat pada suatu malam  sangat mengesan dan menyakitkan Zahid hingga akhirnya dia membuat pengakuan palsu bahawa dia tahu banyak perkara mengenai aktiviti negatif Anwar, walaupun ia cuma skrip rekaan SB semata-mata.


Apa senjata terakhir SB yang menyebabkan Zahid terkencing dalam seluar  itu? Senjata terakhir SB ialah dengan menyeluk seluar dalam Zahid dan memulas ke kiri dan ke kanan dua buah sulit di dalamnya!!  Pegawai yang meriwayatkan cerita itu menyatakan pegawai SB  tidak perlu tunggu lama kerana seketika kemudian, selepas dua buah sulitnya itu dipulas,  Zahid  menjerit kuat dan dengan muka merah disertai air mata membasahi pipi , Zahid terus menbuat pengakuan palsu mengenai  Anwar. Beberapa hari selepas menendatangani kenyataan palsunya di depan pegawai SB, Zahid dibebaskan. Setelah Zahid dibebaskan, beliau telah membuat kenyataan akhbar di hadapan Dr. Mahathir kononnya Anwarlah yang merancang untuk menjatuhkan Dr. Mahathir.

Zahid merupakan antara orang yang paling cepat dibebaskan: beliau ditahan pada 21 September 1998 dan dibebaskan pada 27 Oktober tahun yang sama - cuma sebulan dan seminggu saja sempat menghirup udara kem Kamunting. Sedang tokoh-tokoh lain yang pernah ditahan di bawah ISA terpaksa menjalani siksaaan mental dan fizikal berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Mereka lewat dibebaskan kerana enggan membuat pengakuan palsu, walaupun seluar dalam mereka juga  mungkin pernah diseluk dan dipulas oleh SB!


Dan kelmarin  Zahid sekali lagi menyerlahkan sifat mudah kecutnya. Sehari sebelum itu, Zahid yang juga Pengerusi Bahagian Umno Pulau Pinang bukan main lantang mempertahankan keputusan Umno negeri itu yang mahu Gerakan menyerahkan jawatan Pengerusi BN Negeri kepada Umno. Tapi kelmarin, Najib berkata jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang akan ditentukan menerusi rundingan komponen BN, Kenyataan Najib tersebut menyebabkan Zahid yang mudah kecut  itu mengubah pendiriannya serta merta. Seperti yang dilaporkan mStar kelmarin, Zahid berkata sama ada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang atau tidak terpulanglah kepada Pengerusi BN (Datuk Najib). Jadi jawatan Pengerusi BN Negeri tidak semestinya diberi kepada Umno, seperti yang Zahid dengan tegas mempertahankannya sehari sebelum itu.



Dalam tempoh sehari saja Zahid sudah boleh berubah pendirian! Tidak tahulah sama ada Zahid mengubah pendirian selepas seluar dalamnya diseluk dan dipulas oleh Najib atau Tsu Koon atau tidak!!

http://pendikargunung.blogspot.com/

~ pendikar gunung kriang

Sunday, December 20, 2009

Di Parlimen Cakap Berdegar-degar, Di Rumah Dengan Bini Terketar-ketar!!!

Kawan saya pernah berkata untuk melihat bagaimana karekter seorang boss lelaki di rumah, lihat bagaimana dia melayan pekerjanya di pejabat/tempat kerja. Mengikut ilmu saikologi, kata kawan itu, boss yang suka melenting dan garang tak menentu di pejabat/tempat kerja adalah jenis boss yang sebenarnya menikus dengan bini di rumah. Tapi jika boss lelaki itu steady saja di pejabat/tempat kerja, dia adalah boss yang dapat menguasai isterinya di rumah.

Dari pengalaman saya yang pernah bekerja dengan ramai boss (lelaki dan perempuan), apa yang rakan saya kata itu hampir boleh dipercayai 100%. Saya punya banyak pengalaman dengan boss-boss lelaki yang garang di luar tapi kecut telur di rumah. Kadang-kadang, kecut telur jenis yang sangat melampau, hingga bila out station pun, bininya tanya macam-macam, seperti kita nie spy nya pula.


Di Parlimen, ramai Ahli Parlimen yang selalu berlagak garang, malah kadang-kadang garang tidak menentu sampai tahap biadap, suka mencarut dan suka mencelah tidak tentu hala bila Ahli Parlimen lain sedang berbahas. Mereka jenis ini bukan saja ada di kerusi kerajaan tapi juga pembangkang.


Salah seorang yang suka buat  kacau dan sering menunjukkan aksi garang tak menentu ialah Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan yang dikatakan baru berkahwin dengan seorang artis montel sexy bernama Zizie Ezzette. Yang menarik tentang perkahwinan mereka ialah Bung cuba menafikannya, walaupun sahabat handai, rakan taulan mengakui perkahwinan itu benar-benar berlangsung  pada malam Rabu lepas.


Secara tak sengaja saya tebaca komen Zizie mengenai perkahwinannya dengan Bung Mokhtar dalam MM sebentar tadi. Tiba-tiba saya rasa kesian dengan Zizie apabila dia menyatakan:


"Saya tak mau orang kata saya gembira dengan berita (pekahwinan) ini, kerana dalam masa yang sama ada hati (maksudnya isteri pertama Bung) yang sedang menangis. Sebab itulah saya tidak boleh buat apa-apa kenyataan. Tanyalah Datuk (Bung) jika mahukan kepastian. Tanyalah Datuk. Kita ini perempuan, tak elok kalau terlalu banyak buat kenyataan. Nanti ada hati yang terguris. Kami (Bung dan Zizie) seang mencari tarikh yang sesuai dan masa yang sesuai sebelum apa-apa pengumuman rasmi dibuat. Dia (Datuk) ada keluarga, ada banyak hati yang perlu dijaga"


Memang betullah tu. Bung perlu banyak menjaga banyak hati. Perlu menjaga hati bini nombor satu, perlu jaga hati bini nombor dua, perlu jaga hati empat anaknya, perlu jaga hati mertua sebelah bini nombor satu dan dua, perlu jaga hati orang kawasannya...

Tapi yang peliknya ketika di Parlimen, Bung bercakap ikut suka hati saja.  Dia tak pernah terfikir hendak jaga hati orang lain. Nak memaki, nak mencarut, nak tunjuk lagak samseng, dia tidak peduli, kecuali bila ada PM dalam Dewan; dia cool sikit. 
Di Parlimen dia garang, seperti tidak takut sesiapa. Tapi dalam isu kahwin bini baru bernama Zizie ini, Bung seperti takutkan sesuatu. Sampai bila Zizie sudah mengesahkan mereka sudah kahwin, tapi Bung masih cuba merahsiakannya. Bung masih takut-takut untuk berterus terang. Takut hantu atau takut bini?


Jadi, memang sah, Bung penakut orangnya. Hendak mengaku buat perkara mulia - membina masjid - pun Bung takut untuk berkata terus terang. 


Seperti kata kawan saya, orang yang berlagak berani di luar sebenarnya sangat penakut bila berada di rumah. Seperti Bung jugalah di Parlimen cakap berdegar, tapi dengan bini tua terketar-ketar.

~ pendikar gunung kriang

Saturday, December 19, 2009

Wajah Hodoh Shahidan Yang Tak Pernah Berubah!!




Kabar dari negeri paling utara - Perlis - menyebut mantan MBnya, Shahidan Kassim meneruskan tradisi ponteng di hari ketiga (hari terakhir) sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis. Tradisi tidak hadir pada hari terakhir sidang DUN  telah dilakukan dan diulanginya sejak tidak lagi jadi MB Perlis. Masa jadi MB dulu, hari terakhir adalah hari istimewa Shahidan, hari dia memuji setinggi langit kerajaan BNnya, Exco-Exco pak turutnya dan seluruh jentera pentadbirannya. Hari terakhir juga, ketika sesi penggulungan, Shahidan akan mengambil peluang untuk membantai  Pas, PKR dan DAP  cukup-cukup.  Jika ada ADUN Pas yang satu dua kerat itu bangun untuk membela Pas, dia biasanya tak bagi jalan, atau dia bagi jalan, tapi kemudian mencantas hujah ADUN Pas dengan gaya yang seringkali sangat biadap dan menyakitkan hati.

Tapi apa nak buat, begitulah lagak lelaki yang bernama Shahidan itu: suka bantai orang, tapi tidak benarkan orang menjawab hujah nya atau melenting besar bila dia kena bantai balik. Walaupun tidak jadi MB lagi kini, tapi Shahidan masih dengan lagak samsengnya di dalam Dewan, bila diberi peluang untuk berucap dia sukar hendak duduk balik, walaupun Speaker berkali-kali meminta ucapan diringkaskan. Intipati ucapan selepas tidak lagi menjadi MB juga sama: bantai orang lain. Cuma lepas tidak jadi MB medan bantainya bukan setakat Pas, PKR dan DAP, tapi juga kerajaan negeri BN Perlis. Dengan kata-kata lain, Shahidan bantai keliling, kecuali dirinya yang kekal maksum!

Dan dalam sidang DUN Perlis dari 15 hingga 17 Disember baru-baru ini, beliau turut bantai semua pihak - Pas, DAP, PKR dan kerajaan negeri BN - di hari kedua sidang Dewan dan kemudian ponteng pada hari terakhir. Kononnya dia terpaksa ponteng kelas kerana terpaksa terbang ke Laos untuk menyaksikan  Sukan SEA. Dalam sidang-sidang DUN sebelum ini juga Shahidan ponteng pada hari terakhir dengan pelbagai alasan seperti perlu menghadiri mesyuarat penting atau sebab-sebab kesihatan.


Mengapa Shahidan selalu ponteng pada hari ketiga (hari terakhir) sidang? Pegawai-pegawai kerajaan sudah lali benar dengan kelakuan Shahidan yang gemar ponteng sidang di hari terakhir itu, seperti mereka sudah lali dengan kelakuan Shahidan yang jika mempengerusikan mesyuarat, pasti akan tiba lewat lebih dari satu jam. Andaian yang paling popular di kalangan pegawai-pegawai kerajaan ialah Shahidan takut menghadapi Menteri Besar, Mat Isa Sabu dan Exco-Exconya ketika mereka menggulung perbahasan di hari terakhir. Mat Isa dan barisan Exconya pasti akan mengambil peluang ketika menggulung perbahasan dengan menjawab balik segala kritikan Shahidan menerusi terjahan keras yang dua kali lima dengan gaya Shahidan. Sebagai seorang wakil rakyat yang hanya berani mengkritik tapi takut dikritik, Shahidan mengambil  pendekatan selamat: ponteng di hari terakhir!

Mujur juga Speaker DUN Perlis, Dato' Yazid Mat adalah orang kuat Shahidan ketika  Shahidan jadi MB dulu dan semua alasan Shahidan mengapa dia perlu ponteng sidang diterima baik oleh beliau. Jika Yazid Mat  ini jenis strict pada peraturan sidang macam Speaker DUN Kedah, silap haribulan satu pilihanraya baru perlu diadakan di Tambun Tulang kerana wakil rakyatnya gemar ponteng sidang!



~ pendikar gunung kriang