Saturday, January 3, 2009

ADUH....BANYAKNYA SYARAT UNTUK SEMAK PERJANJIAN KONSESI LEBUHRAYA!!

Khabarnya dokumen perjanjian konsesi lebuh raya, yang menjadi polemik lebih satu dekad lalu itu mula dipamerkan kepada orang ramai mulai kelmarin. Perjanjian yang dipamerkan melibatkan laluan lebuh raya Lebuh Raya Damansara-Puchong, Guthrie, Sprint, Besraya, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpurm SMART, NNKSB, Metramac, KESAS, Grand Saga, Pintas Selat Klang Baru, NPE, MTD, Jambatan Pulau Pinang, SILK dan BORR.

Jika anda berminat untuk melihat perjanjian konsesi itu, anda perlu perhatikan fakta ini dulu:

i) Perjanjian konsesi melibatkan 16 syarikat ini hanya boleh disemak di Bilik Bacaan, Perpustakaan Kementerian Kerja Raya di Tingkat 6, Blok B, Kompleks Kerja Raya di ibu negara. Jadi jika anda orang dari wilayah utara seperti saya perlulah ke Kuala Lumpur sama ada dengan menggunakan kenderaan sendiri dengan kos yang agak tinggi atau menggunakan kenderaan awam yang tidak cekap dan tidak diyakini keselamatannya itu.

ii) Anda hanya boleh baca perjanjian tetapi tidak dibenarkan untuk membuat sebarang salinan buat masa sekarang kerana dokumen itu masih diklasfikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

iii) Semakan boleh dibuat antara jam 9 pagi hingga 5 petang kecuali pada waktu rehat, dari hari Isnin hingga Jumaat.

iv) Masa yang diperuntukkan untuk satu semakan adalah tidak melebihi dua jam.

v) Sekiranya, seseorang pemohon ingin menyemak perjanjian konsesi yang lain atau memerlukan tambahan masa, mereka perlu mengisi borang permohonan yang baru dan mengikut giliran.

Aduuh...banyaknya syarat...Tetapi tak apalah, sekurang-kurangnya kita diberi peluang meneliti perjanjian yang selama ini diselubungi misteri itu. Cuma diharap Kementerian Kerja Raya dapat menimbangkan agar salinan perjanjian itu diedarkan juga ke pejabat-pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri masing-masing. Dengan itu tidak payahlah lagi seseorang yang berada di luar Kuala Lumpur yang ingin melihat perjanjian itu membuang waktu dan wang yang banyak untuk belanja petrol dan tol untuk ke ibu negara. Mereka dengan itu hanya perlu ke pejabat JKR negeri masing-masing yang secara tidak langsung dapat mengelakkan kesesakan di perpustakaan Kementerian Kerjaraya Kuala Lumpur.

Oleh : pendikar gunung kriang

1 comment:

perunding said...

kalau dapat masuk blog
bagi rakyat faham

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.