Tuesday, January 6, 2009

ALAHAI NAJIB.....SIAPA YANG PALING BANYAK MENCEMARI PILIHANRAYA MALAYSIA - BN ATAU PR?

Bernama hari ini melaporkan Datuk Seri Najib Razak menggesa parti politik yang bertanding dalam pilihanraya kecil (PRK) Kuala Terengganu supaya tidak melakukan kekerasan sehingga mencemarkan perjalanan pilihan raya pada 17 Januari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu mematuhi peraturan dan tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan undang-undang.

"Saya berharap semua pihak, lawan dan juga kita (Barisan Nasional) sendiri tidak melakukan kekerasan yang boleh mencemarkan perjalanan PRK Parlimen Kuala Terengganu", kata Najib. Beliau seterusnya memberi contoh insiden penyokong PKR yang dikatakan telah memukul seorang jurugambar dalam PRK Permatang Pauh pada pertenghan tahun lepas.

Saya sokong apa yang Najib katakan itu supaya jangan ada mana-mana pihak yang mencemari PRK kali ini. Namun berdasarkan rekod pihak manakah yang paling banyak mencemari siri pilihanraya-pilihanraya kita sebelum ini? Najib memberi contoh tentang insiden jurugambar dipukul oleh penyokong PKR dalam PRK Permatang Pauh seperti ingin menyalahkan pembangkang yang selalu menimbulkan kekecohan. Tetapi benarkah begitu? Sehingga kini saya tidak tahu sama ada insiden di Permatang Pauh itu telah atau belum dibicarakan di mahkamah kita. Jika tidak dibicarakan, tentu ada sesuatu yng tidak kena. Tambahan pula pucuk pimpinan PKR juga pernah menafikan pukulan kecil yang tidak meninggalkan calar itu dilakukan oleh petugas parti itu. Mengapa insiden kecil yang mungkin juga telah dibuang kes kerana kekurangan bukti itu dijadikan contoh oleh Timbalan Perdana Menteri untuk menunjukkan bahawa pembangkang mencemari sistem pilihanraya kita?

Cuba lihat contoh-contoh di bawah bagi menilai pihak manakah selama ini yang paling banyak mencemarkan sistem piihanraya negara ini:

i) Dalam PRK Lubuk Merbau, Kedah pada 1986, seorang penyokong PAS bernama Osman Talib, 32 tahun, telah meninggal dunia akibat dipukul oleh samseng-samseng UMNO yang dikenali sebagai 'pasukan tahan lasak'. Najib tentu masih ingat tragedi berdarah itu, kerana ketika itu beliau selaku Ketua Pemuda UMNO sedang berada di Lubuk Merbau.

ii) Dalam PRK Sanggang pada tahun 2000, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yacob telah menunjukkan isyarat lucah di hari penamaan calon, yang memalukan bukan sahaja maruah orang Melayu yang dikatakan bersopan santun itu tetapi juga negara amnya apa lagi ia dilakukan oleh seorang pemimpin tertinggi peringkat negeri.

iii) Pihak mana yang banyak melakukan kekasaran dalam PRK Indera Kayangan Perlis pada tahun 2002 hingga menyebabkan ramai penyokong PKR dan PAS cedera, kenderaan dirosakkan dan sebagainya. Tanyalah Pengarah Pilihanraya Indera Kayangan ketika itu, Saifuddin Nasution betapa ganasnya tentera-tentera elit Shahidan Kassim sehingga PKR dan PAS terpaksa membuat 43 laporan polis mengenai keganasan yang melampaui batas.

iv) Siapa pihak yng memulakan drama membaling botol dalam PRK Ijok pada 2007, jika bukan gerombolan yang diketuai oleh Khairy menantu Pak Lah? Siapa Khairy menantu Pak Lah, dia orang BN atau PR? Jika masih was-was siapa yang memulakan drama baling membaling itu, bukalah rakaman video dan teliti jawapannya.

v) Siapa pihak yang menunjuk isyarat lucah, tepuk punggong sambil bergelek dalam PRK Permatang Pauh pada pertengahan tahun lepas dan kemudian membuat laporan polis apabila punggong lucahnya itu didakwa diraba oleh pihak lain? Jika Datuk Najib sudah lupa pergilah tanya gerombolan wanita dan Puteri UMNO yang pernah terlibat dengan aksi lucah di Permatang Pauh itu.

Banyak lagi sebenarnya contoh-contoh pihak mana yang banyak mencemari imej sistem pilihnraya kita. Contoh-contoh di atas cuma berkisar mengenaai aksi-aksi penyokong parti-parti yng terbabit dalam pilihnraya sahaja. Belum lagi masuk cerita media massa dan elektronik yang berat sebelah, penyalah gunaan harta kerajaan semasa berkempen, penglibatan pegawai kerajaan membantu calon BN, isu pengundi hantu dan isu halangan mendapatkan kelulusan permit polis untuk ceramah di mana jika dikumpulkan semuanya maka semakin terserlahlah bukti pihak mana yang wajar diberi trofi kerana selalu menjadi juara pencemar pilihanraya.

Apapun yang pernah berlaku di masa lalu sama ada pembunuhan, pukul memukul, diraba dan sebagainya, diharap ia tidak diulangi lagi dalam PRK Kuala Terengganu sama ada oleh pihak BN mahupun PR. Kita telah merdeka lebih 50 tahun, oleh itu buktikan minda kita juga telah matang dan merdeka.

Selamat berkempen, selamat mengundi.


Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.