Wednesday, January 14, 2009

Alhamdulillah...Tranungkite Beroperasi Semula


Alhamdulillah...akhirnya
laman Tranungkite Online (TKO) dapat beroperasi semula meskipun masih belum pulih sepenuhnya. Mengikut Webmaster laman itu, sebahagian server TKO di Jaring telah diserang oleh ddos attack 500MBps.

DDos Attack menggunakan server luar negara sebagai zombie (yang telah digodam) untuk membebankan laman TKO. Ia satu kerja rumit dan profesional yang bukan mudah untuk dilakukan. Pihak webmaster TKO percaya penggodam dari luar negara ini telah dibayar upah yang tinggi untuk menjahanamkan TKO.


Sebagai langkah berjaga-jaga, pada firewall Admin TKO hanya membenarkan IP-IP ISP Malaysia yang dikenalpasti sahaja untuk akses. Buat sementara semua akses daripada luar Malaysia akan ditutup sehingga PRK Kuala Terengganu selesai.

Pihak webmaster TKO seterusnya meminta semua pelayar blog itu bersabar dan memberi kepercayaan kepada Team IT PAS Pusat untuk menangani masalah ini yang dijangka selesai sepenuhnya selepas PRK Kuala Terengganu kelak.



No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.