Sunday, January 18, 2009

Apa Dah Jadi tranungkite?

Hari ini hari ketiga saya cuba mengakses laman tranungkite yang popular dan jadi semakin popular menjelang PRK Kuala Terengganu itu. Tapi malangnya puas dicuba tidak juga dapat memasuki laman itu.

Beberapa hari lepas tranungkite telah diserang oleh ddos attack 500MBps. DDos Attack menggunakan server luar negara sebagai zombie (yang telah digodam) untuk membebankan laman TKO. Ia satu kerja rumit dan profesional yang bukan mudah untuk dilakukan. Pihak webmaster TKO percaya penggodam dari luar negara ini telah dibayar upah yang tinggi untuk menjahanamkan TKO.

Kini sudah masuk hari ketiga tranungkite gagal diakses. Apa sudah jadi dengan tanungkite? Mungkinkah ia digodam lebih dahsyat sehari sebelum PRK Kuala Terengganu sehingga tercedera teruk? Atau ada masalah teknikal dalaman yang belum berjaya ditangani?

Sesiapa yang ada maklumat mengenainya, harap dapat berkongsi pendapat dan maklumat, terima kasih.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.