Friday, January 30, 2009

Awat Perut Putera UMNO Boroi Sangat?

SEBAHAGIAN daripada anggota Pemuda dan Putera Umno yang mengadakan demonstrasi membantah peranan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di pekarangan Menara Dato Onn kira-kira 8.20 malam tadi. - foto The Star

Dalam blog saya semalam, saya ada membuat komen tentang demonstrasi Pemuda dan Putera UMNO di pekarangan Menara Dato Onn, PWTC yang dibuat kira-kira jam 8.20 malam tadi. Mereka mengadakan demonstrasi membantah tindakan Lembaga Disiplin UMNO dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang.

Kumpulan itu berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn dengan membawa sepanduk tertera mesej antaranya "Lembaga disiplin UMNO sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli UMNO" dan "Kami menolak, SPRM boleh blah".

Ketika menulis dalam blog saya mengenai berita itu semalam, saya belum melihat gambar Putra dan Pemuda UMNO yang berdemonstrasi itu. Pagi ini baru saya berpeluang melihat mereka memperagakan aksi 'demonstrasi bukan budaya kita itu' di dalam mStar. Tergelak saya berdekah-dekah melihat wajah-wajah obesiti Putera dan Pemuda yang tersiar dalam mStar itu. Hati saya berkata: Waah...besar dan boroinya perut depa, apa yang depa makan hari-hari, beras cap gajahkah?

Patutlah mereka marah kepada Tengku Ahmad Rithaudeen (TAR) yang syorkan sayap parti itu dibubarkan kerana didakwa turut terlibat dalam politik wang. Patutlah mereka marah kepada SPRM yang menangkap ketua-ketua mereka. Patutlah mereka bawa sepanduk bertulis 'jangan ambil hak ahli UMNO'. 'Hak' apa yang mereka maksudkan dalam sepanduk itu - hak untuk bermain politik wang, 'hak' untuk hulur dan terima duit yang tidak halal, 'hak' untuk berasuah, 'hak' untuk memboncetkan perut dengan wang suapan hingga menyebabkan perut menjadi semakin gendut dan boroi?

Melihat kepada perut gendut dan boroi mereka itu, fahamlah kita mengapa mereka berdemonstrasi, mengapa mereka marah sangat kepada TAR dan SPRM. Rupa-rupanya ia berkaitan dengan wang, rupa-rupanya ia berkaitan dengan makanan, rupa-rupanya ia berkaitan dengan lemak di badan, rupa-rupanya ia berkaitan dengan isi perut....

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

pembunuhiblis said...

Memang obesiti dan 'perut besar' sudah jadi identiti Putera UMNO. Kalu tak caya tengoklah komandernya Datuk Azeez tu, muda lagi tapi pakai seluar saiz 45. Kalu boss perut boroi, anak-anak buah pasti berlumba-lumba nak membuncitkan perut! Rezeki ada di mana-mana, jangan halang kami memboroikan perut....

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.