Thursday, January 8, 2009

Apabila Ahmad Said Tidak Berpuashati Dengan Prestasi Wan Farid....

Pengerusi BN Terengganu dilaporkan oleh Malaysiakini belum berpuas hati dengan prestasi calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang didakwa kelihatan elitis dan tidak mudah mesra sewaktu cuba mendekati pengundi.

"Kalau kata puas hati, payahlah, bagaimana hendak kata berpuas hati, benda (perkembangan) yang kita tidak tahu. Kita pertingkatkan dari semasa ke semasa," kata Datuk Ahmad Said hari ini selepas melawat bilik media pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

"Kalau anda hendak kita berpuas hati semua sekali, anda buat robot (sebagai calon) pun tidak menjadi. Mana ada seseorang yang sempurna?

Betul kata Ahmad Said tu, mana ada manusia yang sempurna di dunia ini? Pak Lah dan Najib orang yang paling berkuasa di Malaysia itupun tidak sempurna, apa lagilah kita ini.

Cuma kita apabila berdepan dengan pilihan antara 2 atau 3 yang bukan sempurna, kita perlulah juga buat pilihan, biarpun kedua-dua atau ketiga-tiganya bukan sempurna . Ketika kita perlu memilih antara yang tidak sempurna dengan yang kurang sempurna, biarlah kita pilih yang kurang sempurna. Yang kurang sempurna akan cuba berusaha sebaik mungkin dengan izinNya untuk menjadi lebih sempurna. Tetapi yang tidak sempurna lazimnya akan kekal dengan ketidak sempurnaannya itu hingga suatu ketika tidak terduga, lalu Allah membuka pintu hatinya...

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.