Tuesday, January 13, 2009

Awat Hang Nie Ezam...Lembam Sangat!!

Semalam, Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sampai seminggu selepas dipecat. Malah Ezam turut mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan BN.

Tergelak saya bila terbaca komen Anwar mengenai pendedahan Ezam ini di dalam Malaysiakini. Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata isu yang dibangkitkan Ezam itu sudah lama dan tiada kaitan dengan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

"Dia cakap mengenai isu bila, 1998? Sekarang sudah 2009, dia tunggu 11 tahun untuk fikir!" kata Anwar.

Kesian Ezam. Mengapa Ezam mengambil masa hingga 11 tahun hendak mengingatkan tarikh dia melihat kotak itu? Nak kata dia koma dalam tempoh itu tidak juga sebab dia sentiasa lari ke sana, lari ke sini dalam tempoh itu. Atau mungkin Ezam yang cakap berapi itu ada masalah mental - masalah lembam melampau hingga mengambil masa 11 tahun untuk mengingatinya? Jadi bagaimana kita hendak percaya dengan keseluruhan percakapan orang lembam itu selepas ini? Entahlah.

Apapun, kesian Ezam si-lembam tu. Patut le pun ceramahnya gagal mendapat perhatian, rupanya orang Kuala Terengganu yang pintar-pintar ni sudah tahu dia ni si-lembam yang tidak boleh dipercayai cakapnya! Kesian Ezam...bukan salah ibu mengandung....

-pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.