Wednesday, January 28, 2009

Ayuh PKR, PAS, DAP....Jom Cetak Borang Keahlian Banyak-Banyak!!

Jika saranan Tengku Ahmad Rithaudeen diterima oleh UMNO, maka tidak lama lagi sayap parti Putra dan Putrinya bakal dibubarkan. Kepada mereka yang berusia belasan tahun atau awal dua puluhan, meminati politik dan kini menjadi ahli Putra dan Putri UMNO, bersiap sedialah mulai sekarang. Bersiap sedialah sebelum Putra dan Putri dibubarkan. Jangan kecewa, kerana masih ada parti di luar sana yang mendambakan khidmat anda. Anda boleh masuk menjadi ahli PAS, PKR atau DAP. Kemasukan anda pasti dialu-alukan. Cuma bila masuk PAS, PKR atau DAP perlulah sesuaikan sikit perangai dengan budaya parti yang bakal anda masuki. Perangai gedik yang selama ini menjadi identiti Putri misalnya perlu ditinggalkan dalam Bilik Gerakan UMNO. Begitu juga perangai samseng ala-Mat Rempit Putra juga perlu disangkut atas tembok rumah besar Ketua Bahagian UMNO. Janganlah bawa perangai tu bersama. Berdirilah sebagai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, kehadiran anda dalam PAS, PKR dan DAP pasti dialu-alukan.

Kepada PAS, PKR dan DAP, cetaklah borang banyak-banyak untuk adik-adik kita yang hendak masuk parti anda. Jika borang dah habis, fotostat pun boleh. Yang penting jangan kecewakan harapan adik-adik kita tuuu. Dengan berlapang dada, terimalah mereka.

Oleh pendikar gunung kriang.

1 comment:

Anonymous said...

Saudara PGK,
Ya setuju sangat kalau PR seger membuat persediaan buat menerima permohonan ahli baru yang mungkin menggemparkan bapak2 Unmo kerana putra dan putrinya berduyun2 nak masuk PR.
Kiranya ia benar2 berlaku selepas diisi borang memohon keahlian sebelom diluluskan sebagai ahli mereka semua hendak lah dicuci otaknya,diberi motivasi oleh pakar2 dalam PR supaya tidak terbawa2 budaya dan cara berfikir Umno kedalam PR.Jika ini tidak dilakukan kemungkinan virus dalam Umno akan membiak dalam PR.Mencegah diperingkat awal adalah lebih baik sebelum merebak menjadi penyakit.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.