Thursday, January 15, 2009

Ayuh.. Wan Farid, Buktikan Kejantananmu Malam ini!!

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)) akan menganjurkan satu Majlis Debat Perdana bertajuk 'Royalti: Antara Hak dan Maruah Rakyat Terengganu' yang akan diadakan pada hari ini 15 Januari 2009 (Khamis) jam 8.00 malam bertempat di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai.

Antara ahli panel yang telah dijemput hadir oleh MAMPAT ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Pengerusi Debat Perdana itu ialah Dekan Universiti Malaya, Profesor Dato' Paduka Dr Muhammad Bakar. Semua yang terbabit dalam debat itu telah menyatakan persetujuan untuk hadir kecuali Wan Farid yang belum mengesahkannya.

Walaupun Wan Farid pernah menyatakan tidak akan menghadiri debat itu, tapi diharap beliau akan mempertimbangkannya semula. Jika beliau tidak hadir malam ini, ia hanya akan membenarkan andaian orang ramai bahawa beliau sememangnya sombong - dijemput dengan hormat pun masih enggan hadir. Debat malam ini bukan untuk menunjukkan siapa pandai berhujah dan siapa yang tidak pandai berhujah, tetapi untuk mencari sebuah kebenaran yang kadang-kadang tersembunyi di balik cakap-cakap kosong manusia bergelar politikus.

Jika rayuan ini boleh didengari, saya ingin berkata kepada Wan Farid:

Wan Farid, hadirlah malam ini. Buktikan kepada pengundi Kuala Terengganu anda bukan jenis penyombong. Buktikan kepada pengundi Kuala Terengganu anda bukan jenis pengecut. Hadirlah malam ini sebagai panglima yang mengaum seperti harimau, bersilat seperti jantan!!

Oleh: pendikar gunung kriang


No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.