Thursday, January 1, 2009

BUKAN MUSTFA ALI, BUKAN SYED AZMAN, TETAPI WAHID ENDOT

Teka teki yang begitu lama menjadi misteri pengundi Kuala Terengganu akhirnya terjawab apabila PAS mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wakaf Mempelam selama empat penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada awal bulan ini. Beliau merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.

Sebelum ini nama yang disebut-sebut mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon PAS ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad

Pemilihan Abdul Wahid Endot pasti mengejutkan banyak pihak. Siapa Abdul Wahid Endot? Bagi orang luar Terengganu pasti tidak ramai yang mengenali beliau. Nama beliau tidak sepopular Datuk Mustafa Ali mahu pun Dr Syed Azman. Namun kepimpinan PAS pasti ada jawapan tersendiri mengapa beliau dipilih dan mengapa beliau digalaskan harapan tinggi untuk merampas kerusi panas itu dari BN.

-pendekar gunung kriang

1 comment:

perunding said...

Alhamdulillah.
Calon yang tepat.
Doakan kemenangan.
Usahakan bersungguh.Inshaallah.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.