Tuesday, January 6, 2009

Calon AKIM Bakal Dikenakan Tindakan Kerana Menyokong PAS

bHarian Online melaporkan calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Harun Mohamad, yang menarik diri pada saat akhir sebelum mengemukakan kertas pencalonan bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bakal berdepan dengan tindakan disiplin. Presiden AKIM, Hanafi Hamat, berkata Harun juga sudah mengkhianati parti kerana menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu.

“Harun sudah menghampakan harapan Akim apabila menarik diri tetapi lebih mengecewakan apabila menyokong pula PAS!!,” katanya.

Sesuatu yang Hanafi terlupa ialah apabila Allah hendak menurunkan cahaya hidayah kepada seeorang, Dia akan melakukannya tanpa bertangguh. Begitulah juga dengan Harun yang menyatakan selepas solat subuh pagi tadi beliau tiba-tiba merasakan perlu untuk menarik diri dari menyertai pilihanraya ini dan seterusnya menyokong calon PAS. Begitulah apabila cahaya hidayah sudah bersinar....

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.