Tuesday, January 13, 2009

Dahsyatnya Depa....Gaza Di Hentam, Harakahdaily dan Tranungkite Digodam!!


Ketika zionis Israel mengasak dan menghentam hebat Gaza, di negara kita hacker upahan yang mentalitinya dua kali lima dengan zionis telah menggodam beberapa laman blog yang tidak memihak kepada kerajaan. Hujung minggu lalu Harakahdaily diganggu hingga tergendala hampir separuh hari. Hari ini gangguan yang sama kepada Harakahdaily berulang lagi untuk kali kedua. Dan yang lebih malang, satu lagi sumber informasi internet -Tranungkite- yang mendapat sambutan hebat dan peningkatan pembaca mendadak menjelang hari mengundi PRK Kuala Terengganu turut menerima nasib sama seperti Harakahdaily: tergendala yang dikatakan akibat digodam! Dan kini kedua-dua laman popular itu masih tergendala dan hingga malam ini belum dapat dipulihkan lagi.


Tidak syak lagi penggodaman terhadap Harakahdaily dan Tranungkite ini merupakan satu agenda terancang untuk memadam berita-berita dari sumber internet alternatif yang mempunyai pembaca yang tinggi. Kebetulan ketika PRK Kuala Terengganu hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum hari pengundian, Harakahdaily dan Tranungkite muncul antara 2 sumber informasi yang paling popular masa kini. Kebanyakan berita yang disiarkan dalam kedua-dua sumber internet ini tidak memihak kepada parti yang paling berkuasa itu dan itulah barangkali punca mengapa ianya digodam.

Kita tidak tahu siapa penggodam yang melakukan kerja terkutuk itu dan dia bekerja dengan siapa. Tetapi apabila penggodaman itu dibuat menjelang PRK Kuala Terengganu, rasa-rasanya kita boleh meneka dengan tepat siapa mastermind di sebalik kerja durjana itu. Cuma nasihat kita kepada sang penggodam dan mastermindnya itu, tolonglah beri sedikit ruang untuk demokrasi bernafas di negara ini. Sudahlah akhbar arus perdana di bawah telapak kaki mereka, TV kerajaan dan TV swasta pun di bawah telunjuk mereka, adakah itu masih tidak cukup lagi? Tidak cukup lagikah akhbar dan TV dikawal mereka hingga sumber berita internet di alam maya pun hendak dikawal juga?

Cukuplah wahai tuan hacker yang budiman, cukuplah wahai tuan mastermind yang bijaksana, cukuplah dengan segalanya. Janganlah digodam lagi sumber berita alternatif kerana disitulah saja tempat kami rakyat marhaen boleh luahkan suara kami. Berilah peluang kepada rakyat membuat pilihan sendiri tanpa paksaan. Janganlah paksa mereka memilih sesuatu yang mereka tidak suka. Janganlah membolot semuanya untuk kamu. Berilah sedikit ruang kepada orang lain untuk bersuara. Berilah sedikit ruang untuk demokrasi bernafas di negara ini.

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

perunding said...

They plot,and Allah is the best Plotter.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.