Thursday, January 15, 2009

Ikhlaskah Cara BN Menebus Dosanya Terhadap Allayarham Razali??

Sejak kempen PRK Kuala Terengganu antara isu panas yang selalu dibangkitkan ialah mengenai layanan buruk UMNO kepada bekas wakil rakyat Kuala Terengganu Allayarham Datuk Razali Ismail. Cerita layanan buruk Umno bahagian terhadap Razali meninggalkan kesan negatif terhadap BN, khususnya calonnya Wan Farid yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu. Sana-sini orang sudah bercakap bahawa Umno tidak mengenang jasa Razali. Orang baik dan komited seperti Razali tidak diberikan tempat sewajarnya dalam Umno Bahagian Kuala Terengganu. Beliau tersingkir apabila tewas di tangan abang calon BN, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dalam pemilihan jawatan naib ketua bahagian. Jawatan Ahli Parlimen beserta timbalan menteri yang disandang Razali bagaikan tidak dipeduli dan tidak dihargai langsung oleh Umno bahagian itu apabila beliau tidak juga dipilih menganggotai perwakilan bahagian dan tidak juga dilantik sebagai AJK Bahagian.

Dan kelmarin, BN cuba menebus kembali dosanya terhadap Allayarham Razali dengan mengabadikan nama beliau di dua institusi pendidikan di Kuala Terengganu. Menurut Menteri Pelajaran Datuk Hishammuddin Tun Hussein , dua institusi yang terpilih itu ialah Institut Perguruan Kuala Terengganu (IPKT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar. Katanya, kedua-duanya masing-masing akan dikenali sebagai Institut Perguruan Dato Razali Ismail dan SMK Dato Razali Ismail.

Yang menjadi persoalan ialah apakah yang dilakukan oleh BN itu tepat pada masanya dan dapat mengembalikan sokongan pengikut setia Allayarham Razali dan keluarga mereka yang sebelum ini begitu kecewa dengan layanan buruk UMNO semasa beliau masih hidup? Mampukah UMNO mencuci titik-titik dosa lalunya terhadap allayarham hanya dengan mengabadikankan 2 buah institusi pendidikan di Kuala Terengganu dengan nama beliau? Cukupkah itu, cukupkah? Atau ada cara lain yang lebih praktikal seperti yang menjadi amalan negara Barat - memohon kemaafan kepada keluarga dan pengikutnya secara terbuka?

Kepada pemerhati luar apa yang dilakukan BN yang tergesa-gesa mengumumkan hasrat mengabadikan nama Razali kepada dua institusi tadi nampak seperti tidak ikhlas. Ia seolah-olah menggambarkan suasana terdesak parti itu untuk meraih undi di saat-saat akhir sebelum hari pengundian yang tinggal 2 hari lagi itu.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.