Monday, January 12, 2009

JAHATNYA MINGGUAN MALAYSIA!!!

Saya tidak tahu sama ada ia disengajakan atau tidak. Jika disengajakan, memang Mingguan Malaysia ini akhbar yang mempunyai niat yang sungguh jahat. Jika tidak disengajakan maka wajar pihak penyunting bertanggung jawab atas kesilapan yang dibuat. Saya katakan akhbar Mingguan Malaysia berniat jahat ekoran wawancara bersama Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang tersiar dalam akhbar berkenaan kelmarin di halaman 7.

Wawancara yang disiarkan itu menyebut Wahid sebagai berkata, "Saya kenal Allahyarham Razali (Allayarham Razali Ismail bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu). Allahyarham seorang yang profesional dan mengamalkan rasuah,". Apabila membacanya saya sudah menjangka maksud sebenar penulis ialah Dato' Razali "tidak mengamalkan rasuah".

Tetapi bagaimana terjadi hingga ayat "tidak mengamalkan rasuah" dieja sebagai "mengamalkan rasuah" tidak tahulah. Salah pemberitakah, salah penyuntingkah atau salah ketua pengarang, hanya pengurusan Mingguan Malaysia yang mengetahuinya.


Apabila kesilapan itu berlaku di saat PRK Kuala Terengganu hanya tinggal beberapa hari lagi boleh menyebabkan orang membuat pelbagai persepsi negatif terhadap profesionalisme wartawan kita. Oleh itu bagi menjernihkan suasana yang sememangnya kian tegang menjelang pilihanraya itu, ada baiknya Mingguan Malaysia segera memohon maaf kepada Wahid, kepimpinan PAS dan keluarga Allayarham Dato' Razali. Lain kali jika hendak menulis perkara-perkara yang sensetif perlu banyak berhati-hati. Semakan teliti perlu dibuat sebelum ia diterbitkan. Jangan sampai akhbar Melayu itu berkubur seperti Utusan Melayu versi jawi. Pasaran akhbar adalah mengikut permintaan pembaca. Oleh itu janganlah memperbodohkan pembaca berkali-kali dan berhari-hari kerana ia sangatlah menjemukan!


Oleh : pendikar gunung kriang


No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.