Saturday, January 17, 2009

Janganlah Gitu....Tumbuk Menumbuk Bukan Budaya Kita, Ia Budaya Melayu!!


Dalam berita TV jam 1.30 tadi kabarnya PRK Kuala Terengganu berjalan dengan begitu lancar. Wartawan TV kata begitu, Pengurus Pilihanraya P036 pun kata begitu juga - semuanya berjalan lancar. Tapi laporan dari Malaysiakini lain pula bunyinya. Rupa-rupanya ada juga sedikit ketegangan. Mengapa nie?

Janganlah gaduh-gaduh. Marilah kita suburkan demokrasi di negara ini tanpa mengikuti budaya negara-negara kelas 4 atau kelas 44 dunia. Tumbuk-menumbuk bukan budaya kita, ia budaya Melayu, budaya Melayu zaman Hang Tuah, Hang Jebat dan Taming Sari dulu. La ni zaman cyber, gaduh depan komputer dah cukup le.


Entah ada ke tidak yang patah gigi atau pecah dahi masa bertumbuk tadi tu tidak tahulah....


Ikuti berita yang dipetik dari Malaysiakini:-


Satu pergaduhan kecil berlaku antara beberapa penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi. Pergaduhan yang berlaku pada kira-kira 12.15 tengahari tadi berpunca daripada perbuatan ejek mengejek antara kedua belah pihak di situ.
Penyokong Umno itu dikatakan berada di pejabat Umno Kuala Terengganu yang terletak di sebelah sekolah tersebut, kata sumber Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI)- sebuah NGO yang memantau pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini. Manakala penyokong PAS dan PKR pula, katanya, sedang berkempen tidak jauh dari situ. Keadaan itu menyebabkan suasana menjadi tegang dan akhirnya berlaku tumbuk bertumbuk.

Pergaduhan tersebut berlaku selama kira-kira lima minit, sebelum ianya dileraikan oleh beberapa anggota polis yang bertugas di situ.
Menurut sumber itu lagi, tiada ada tangkapan dibuat dan difahamkan ia kemudiannya dilselesaikan secara rundingan antara pihak yang terbabit.

Difahamkan, penyokong Umno dan Pakatan yang terbabit itu, bukan dari Terengganu. Sebaliknya, mereka datang dari negeri lain untuk membantu kempen parti masing-masing dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.