Saturday, January 17, 2009

Judi Pilihanraya: Jika Wan Farid Menang Majoriti 1 Undi, Kita Boleh Dapat RM2 Juta!!


Tergelak saya membaca petikan berita dalam Harakahdaily mengenai judi keputusan PRK Kuala Terengganu yang membabitkan pertaruhan hingga RM2 juta. Sila baca laporan selanjutnya yang dipetik dari Harakahdaily:


Jangan terkejut dengan dakwaan ada pemimpin Umno tertentu berjudi dengan mempertaruhkan wang berjumlah RM2 juta jika keputusan berlaku sama ada Calon PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut menang kira-kira 6,000 undi atau jika Wan Farid menang walaupun majoriti 1 undi.

Ia menggambarkan seolah-olah ramai di kalangan pemimpin Umno termasuk pemimpin tertinggi mereka percaya calon BN dalam pilihanraya tersebut akan kalah tidak melebihi 5,000 undi dan jika lebih dari itu mereka bertaruh RM2 juta.

Sementara satu kumpulan lagi bertaruh RM2 juta juga jika Wan Farid menang dengan majoriti walaupun 1 undi. Kumpulan pemimpin Umno tersebut mempunyai sistem kerja mereka sendiri dan tidak terikat dengan bilik gerakan BN dalam pilihanraya kecil ini dan dikatakan mempunyai bilik gerakan sendiri yang dirahsiakan tempatnya.

Sumber itu juga menyebut kedudukan kemenangan calon PAS sehingga hari ini masih ditahap 60 peartus mendahului manakala 40 peratus pula dipelopori oleh calon BN.

Komen pendikar gunung kriang: Ada sesuatu yang sama dalam prinsip percaturan politik dan ilmu judi: untuk menang perlu pandai menipu. Tak pandai tipu sukar menang, pandai tipu mudah menang. Oleh itu bila politik diperjudikan ia memang nampak seperti tidak ada apa-apa. Apabila RM2 juta untuk kemenangan Wan Farid dipertaruhkan (jika benar) bermakna ada yang perlu bekerja keras bagi memenangkan Farid agar lepas pilihanraya dapat menjadi jutawan segera!

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.