Monday, January 5, 2009

Ketibaan Najib di Kuala Terengganu Disambut Oleh Poster Altantuya

Kabarnya 5 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis awal pagi ini kerana menampal poster wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu di sekitar bandar Kuala Terengganu. Mereka kemudian dibebaskan atas jaminan polis, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di sini petang tadi. Antara mereka yang ditahan polis ialah Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa dan empat lagi ahli skuad sayap negeri ini.

Kesalahan yang mereka lakukan hanya kerana membawa poster Altantuya tanpa sebarang mesej yang kemudiannya ditampal di banyak kawasan yang menjadi laluan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang berada diKuala Terengganu untuk menghadiri siri majlis menjelang hari penamaan calon esok.

Siapa yang mengarahkan tangkapan itu, tidak tahulah. Tak kan Najib yang arahkan pula? Lagipun Najib kata dia tidak kenal Altantuya pun, jadi mengapa polis buang masa menangkap budak-budak muda PKR tu? Yang mereka tampal juga bukan gambar Rosmah yang sedang berkucupan dengan aktor Hindustan yang pernah menggemparkan masyarakat kita dulu itu. Ia cuma gambar Altantuya yang tidak kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau mati di Malaysia ini. Jadi mengapa nampak takut sangat hingga perlu main tangkap-tangkap pula? Lama-lama poster itu jika dibiarkan pun akan gugur juga. Kecualilah jika ada yang terasa pedas melihat gambar model Monggolia itu kerana pernah makan cili bersama Altantuya suatu masa dahulu, tidak tahulah.


Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

azlishukri said...

makin kalut najib ni..

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.