Friday, January 9, 2009

Ketika Isreel Mengganyang Gaza Di Selatan, Sempadan Utara Mereka DiHentam Hizbollah!


Nampaknya medan perang Arab-Israel kini semakin terbuka. Jika sebelumnya ia hanya bertumpu di selatan dengan Israel mengganyang Gaza sesuka hati tanpa belas kasihan, kini sempadan utara mereka pula diserang. Dan penyerang mereka yang menamakan diri sebagai Parti Allah (Hizbollah) itu mempunyai organisasi yang lebih tersusun berbanding Hamas. Mereka bukan sahaja diperlengkapkan dengan senjata yang lebih baik daripada Hamas tetapi mempunyi sumber kewangan yang amat kukuh dan jaringan sosial yang kuat dengan masyarakat setempat termasuk kelompok Kristian.


Apabila Hizbollah mula membuka medan perang di utara, bermakna Israel terpaksa melalui peperangan fasa II pula. Peperangan fasa I hanya menyaksikan keangkuhan Israel menyerang Gaza tanpa mendapat tentangan yang seimbang. Tapi kini Hizbollah sudah mula melepaskan mortar dan roketnya menghujani wilayah utara Israel. Peperangan fasa II telah bermula. Israel terpaksa menghadapi Hamas di selatan dan Hizbollah di utara.

Israel tentu tidak dapat melupakan peperangan dengan Hizbollah pada tahun 2006 dahulu. Peperangan yang mereka mulakan dengan penuh keangkuhan dan keyakinan Hizbollah dapat ditewaskan dalam masa seminggu sahaja. Tetapi sehingga lebih sebulan tanpa kemenangan mutlak di Lebanon dan setiap hari rakyat Israel hanya melihat mayat-mayat tenteranya yang tewas dibawa pulang ke Tel Aviv penuh kehinaan, akhirnya kerajaan Yahudi itu terpaksa akur kepada desakan rakyatnya untuk berundur dari Lebanon.

Pemimpin Hizbollah, Sayyid Hassan Nasrullah pernah berkata bahawa jika Israel menyerang Lebanon sekali lagi, maka peta Asia Barat akan berubah secara total kini seperti di depan mata. Israel telah mula menyerang Lebanon pula! Tetapi yang mereka hadapi bukanlah Hamas yang dilengkapi persenjataan yang serba sederhana, tetapi Hizbollah yang pernah menewaskan mereka dahulu.

Semoga Allah melindungi penduduk Gaza dan pemimpin-pemimpin Hamas dari terus ditimpa sengsara. Juga semoga Allah memperkuatkan semangat pejuang-pejuang Hizbollah yang bakal mempertaruhkan nyawa mereka bagi membantu saudara-saudara seagamanya di Gaza. Pejuang Hizbollah telah membuktikan sebelum ini bahawa jeritan di jalanraya tidak akan dapat meruntuhkan kedegilan Tel Aviv dan kutukan berganda tidak akan dapat memekakkan telinga satu kaum bergelar Yahudi. Hanya bedilan mortar yang dapat menggetarkan kedegilan Israel dan asakan roket sahaja yang mampu menyebabkan orang-orang Yahudi seperti tikus berlari-lari ketakutan mencari perlindungan di kubu bawah tanah. Semoga Allah selamatkan pejuang Hizbollah - satu-satunya pejuang yang pernah mengajar Israel erti malu sebuah ketewasan.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.