Friday, January 9, 2009

Khir Toyo : Nampak Cakap Macam Tak Confident Aje....

Ketika pemimpin-pemimpin BN termasuk Pak Lah, Najib dan Ahmad Said bercakap penuh yakin dapat menguasai semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu, tetapi Khir Toyo bercakap dalam bahasa yang lebih berlapik atau nampak seperti kurang yakin dengan kemenangan BN. Lihatlah antara intipati catatan terbaru beliau dalam blognya:

i) Kedudukan kemenangan BN-PAS masih 50-50. Keadaan boleh berubah di saat akhir sebelum hari pengundian bergantung kepada keupayaan jentera masing-masing meraih sokongan.

ii) Cabaran terbesar BN ialah untuk menerangkan isu-isu tempatan dan negeri dan memadamkan beberapa persepsi sebahagian pengundi terhadap calonnya Datuk Wan Ahmad Farid. Perepsi masyarakat ialah calon BN "sombong", "kedekut", "bersalam tidak ikhlas", "tidak berjiwa rakyat" dan bermacam-macam lagi. Malangnya ada pengundi dan penyokong BN sendiri mudah mempercayai cakap-cakap sedemikian.

iii) Calon Pas menikmati imej yang baik kerana sikap dan sifat budiman (gentleman) jentera kempen BN yang lebih banyak menerangkan isu-isu polisi kerajaan, pembangunan dan merayu undi.

iv) Banyak ketidakpuasan hati penduduk yang ditemui terhadap beberapa projek pembangunan kerajaan persekutuan di Terengganu.

v) Wan Farid mempunyai kelemahan kerana kurang pandai bergaul dengan semua orang dan kelihatan seperti sombong.

Bila terbaca coretan Khir itu teringat pula ungkapan Mahathir mengenai Wan Farid: pemilihan Wan Farid sesuatu yang sangat teruk!

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

perunding said...

sebab tu saya kata mereka dah kendur.
nak cover line.
malu.
ni tengah tulis something.
inshaalah.

Anonymous said...

BN ada senjata sulit untuk menang! Wang! Wang! Wang! Manusia boleh jadi hantu kerana wang! Tapi ingat ! Di Kuala Terengganu ni jangan sampai pemimpin UMNO balik kena rasuk hantu, meracau tak tentu pasal kerana kehabisan wang! Undi tak dapat juga! Yang menang mereka yang berjuang untuk rakyat. Bukan mudah berjuang untuk rakyat. Kalau menyanyi karoeke budak kecil pun boleh!! Cittt !!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.