Thursday, January 1, 2009

KISAH SEORANG RASHID YANG JAHIL

Banyak pihak yang tidak percaya Tan Sri Rashid, bekas Pengerusi SPR berani menyaman pemimpin pembangkang yang didakwa memfitnahnya. Ini kerana sebarang perbicaran bukan sahaja akan mendedahkan kepada umum segala kepincangan SPR, tetapi juga kerajaan.

Hari ini seorang pemimpin kanan Pemuda PAS, Abdullah Abdul Karim menempelak Rashid sebagai "jahil undang-undang" apabila bercadang menyaman dan seterusnya berharap dapat melucutkan kerusi Parlimen ahli-ahli Parlimen pembangkang berkenaan. Menurut Abdullah saman sivil Rashid jika berjayapun tidak akan menyebabkan tergugurnya kerusi Parlimen seseorang ahli Parlimen. Ini kerana keanggotaan seseorang ahli Parlimen hanya akan gugur jika dia disabitkan dengan kesalahan kes-kes jenayah.



Itulah Rashid, orang lama yang ingat dia sahaja betul selama ini. Semua teguran pembangkang dianggapnya sampah, tanpa menyedari dia sendiri telah menjadikan SPR sebagai sampah yang sangat busuk di mata rakyat. Selama ini ramai yang nampak kejahilan Rashid ketika menguruskan pilihanraya, tetapi orang tua itu tidak pernah nampak kejahilan dirinya sendiri. Malah bila mahkamah membuat beberapa keputusan yang tidak memihak SPR, Rashid masih cuba berdolak-dalik dan menegak benang basah. Diharap Pengerusi SPR yang baru akan bertindak lebih matang dari Rashid atau sekurang-kurangnya tidak mendedahkan ketidak cerdikannya kepada umum seperti tindakan-tindakan Rashid sebelum ini.



Baca petikan siaran Harakhdaily di bawah ini mengenai kejahilan Rashid untuk berita selanjutnya:



Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul karim menyifatkan kenyataan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman untuk menyaman dan melucutkan kerusi parlimen anggota pembangkang sebagai kenyataan 'mengarut'.


Katanya, Rashid bercakap seperti orang jahil undang-undang dan perlembagaan Persekutuan.

Jelas Abdullah, perkara 48(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyenaraikan sebab-sebab seorang anggota perlimen boleh dilucutkan kerusinya, antaranya disebabkan oleh gila atau disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara atau denda tidak melebihi RM2,000 jika tidak mendapatkan keampunan dan sebagainya.

"Ia berbeza dengan kenyataan Rashid kononya ada ahli parlimen pembangkang akan digugurkan kerusinya jika disabit dengan kesalahan memfitnahnya," ujar Abdullah yang juga seorang peguam.

Menurut Abdullah sekalipun Rashid menang saman sivil dengan jumlah jutaan ringgit sekalipun ia tidak akan menjejaskan kerusi anggota parlimen berkenaan kerana kesalahan yang memboleh kerusi sesaorang anggota parlimen itu digugurkan adalah bersabit kes jenayah, ia tidak termasuk dalam kes saman sivil atau saman malu yang sebutkan bekas pengerusi SPR itu.

"Kenyataan Rashid itu mendedahkan kejahilanya, bagaimanapun kita hormatlah hak beliau untuk membuat saman sivil itu, itu haknya, ujar Abdullah ketika ditemui di pejabatnya.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.