Thursday, January 22, 2009

Kisah Zahid Lagi.....PAS Kesal Zahid Tidak Mengiktiraf Kuasa Sultan Perak


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan sahaja tidak mengiktiraf jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Perak seperti yang diakuinya sendiri, tetapi beliau juga tidak mengiktiraf kuasa Sultan Perak apabila mengarahkan semua ketua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan di Perak dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran Kerajaan Negeri Perak berkuat kuasa serta-merta. Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh menyatakan demikian seperti yang dipetik oleh Harakahdaily.







Beliau menyatakan PAS melihat ucapan Zahid itu cuba mempertikaikan keputusan Sultan yang bersetuju melantik Menteri Besar dan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Apabila Zahid tidak mengiktiraf jentera pentadbiran negeri termasuk Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan JKKK ia adalah satu penghinaan kepada rakyat Perak yang memilih kerajaan PR dan juga penghinaan kepada Sultan yang melantik kerajaan PR.

Beliau mendakwa tindakan Zahid itu merupakan salah satu usaha jahat dan balas dendam BN yang merugikan perkembangan negeri ini.

Komen pendikar gunung kriang: Apakah Zahid peduli jika beliau dikatakan tidak mengiktiraf malah menghina Sultan? Zahid mungkin tidak peduli apa orang lain kata, dia mungkin hanya peduli jika yang bercakap itu ialah bossnya iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana dia menganggap hanya arahan mereka sahaja yang patut dipatuhi. Dan setakat ini nampaknya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri belum mengulas kenyataan Zahid mengenai larangan pegawai jabatan dan agensi Persekutuan dari menghadiri mesyuarat di peringkat negeri Perak. Walaupun Timbalan Perdana Menteri dua hari lepas meminta pemimpin UMNO bersikap mesra rakyat, tetapi beliau belum memberi komen mengenai kenyataan Zahid yang tidak mesra rakyat itu.

Apabila Timbalan Perdana Menteri nampaknya masih diam mengenai kenyataan Zahid ini menampakkan seolah-olah beliau bersetuju dengan kenyataan Zahid, sesuai dengan budaya Melayu yang menyatakan diam adalah tanda setuju. Sekarang nampak seolah-olah Timbalan Perdana Menteri setuju pemimpin UMNO tidak perlu mesra rakyat walaupun 2 hari lepas beliau berkata sebaliknya. Jika sebenarnya begitu, maka teguran beliau 2 hari lepas boleh dianggap seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja.....

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.