Tuesday, January 6, 2009

Kuala Terengganu Sudah BertukarJadi Zon Perang?


Rakan-rakan dari Kuala Terengganu memberitahu parlimen Kuala Terengganu mulai hari ini sudah bertukar menjadi seperti zon perang. Polis berada dimana-mana. Bila sudah terlampau ramai polis, bukan macam hendak jaga keselamatan lagi, tetapi seperti hendak mengancam keselamatan pula. Ya lah 6,000 orang polis, lebih 6,000 senjata api, entah berapa ratus ribu pula kelongsong peluru berada di sana.


Kerajaan telah membuktikan di Kuala Terengganu hari ini bahawa dakwaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sedikit masa dahulu bahawa Malaysia kini seperti negara polis ternyata benar. Yang paling seronok tentunya penjenayah, pencuri, penyamun dan perompak. Tenaga polis banyak tertumpu di Kuala Terengganu, penjenyah di tempat lain bolehlah kerja overtime geledah sana, geledah sini. Peluang bukan selalu datang, rezeki menggolek bagi mereka. Oleh itu, awas dan sentiasa berhati-hati!!

Oleh : pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.