Thursday, January 8, 2009

Laporan Polis Atas Kehilangan Khairy?

Dalam Pilihanraya Umum Ke-12 dahulu hampir setiap hari keluar gambar berita dan aksi terlampau Khairy Jamaludin di kaca TV kita. Begitu juga dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, cerita dan aksi berlebihannya sering mewarnai berita TV. Hari ini masuk hari ketiga kempen, tidak pula terdengar cerita mengenai Khairy. Kabarnya di Kuala Terengganu sendiri ramai yang tercari-cari di mana kelibat mamat gedebe ini. Ke mana Khairy menghilang diri? Benarkah beliau telah dinasihatkan supaya jangan lagi muncul sebagai badut gedebe yang boleh menjejaskan undi BN?

Semua orang tahu, semua pengundi Kuala Terengganu tahu Wan Farid adalah calon pilihan Khairy. Sepatutnya Khairy ada bersama Wan Farid untuk berceramah atau sekurang-kurangnya beri sokongan moral. Tetapi mengapa batang hidungnya tidak lagi muncul di TV? Penyokong-penyokong PR mungkin sangat-sangat merindui aksi menantu Pak Lah seorang ini. Kehadirannya di Kuala Terengganu, kelancangan mulutnya dan kegedebeannya adalah satu aset sangat berharga bagi mencerahkan peluang PAS merampas kerusi Kuala Terengganu dari BN.

Tapi kini Khairy kabarnya belum dapat dikesan berada di mana. Mungkin pemimpin tertinggi UMNO yang sekarang sedang berkampung di Kuala Terengganu tahu Khairy berada di mana, kerana ramai yang sangat-sangat merindui aksi terlampaunya. Walaupun ramai yang membenci aksinya, tapi ia bagai benci orang bercinta: benci tapi rindu.

Kemunculan Khairy secara aktif di Kuala Terengganu sangat dirindui. Aksi terlampaunya dapat menghidup dan memeriahkan lagi bahang kempen pilihanraya seperti ketika pilihanraya umum ke-12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh dahulu. Ke mana Khairy menghilang? Jika seminggu lagi Khairy tidak juga muncul, mungkin kita perlu buat laporan polis atas kehilangannya. Kehadiran dan kegedebeannya sangat dirindui.

Oleh : pendikar gunung kriang

1 comment:

perunding said...

macam mana kita nak join blogers PR berpakat tumpu posting terancang bersama.
refer rocky bru posting.
contoh semalam bloger pr tumpu topik pengundi cina.
hari ni apa?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.