Monday, January 12, 2009

Maaf, Kelmarin Saya Bercuti Demi Streamyx!

Kelmarin adalah Ahad yang indah. Cuaca di tempat saya cerah dari pagi hingga malam. Saya bercadang nak duduk sahaja di rumah melayan isteri buat kerja-kerja rumah yang tidak dapat selesai di hari-hari biasa. Sedikit kelapangan akan digunakan untuk mencoret sesuatu dalam blog kerdil ini. Malangnya hajat tidak kesampaian. Streamyx pula buat hal, lantas internet tidak dapat digunakan. Laporan sudah dibuat kepada pihak berkenaan. Kita pun diajar oleh pihak berkenaan menerusi telefon bagaimana untuk memulihkan talian yang tersangkut. Tapi 3 kali cuba masih tak berhasil. Lewat petang baru ada yang datang ke rumah untuk membaik talian. Alhamdulillah, akhirnya semuanya kembali normal di lewat petang. Tapi ketika itu saya sudah kian sibuk dengan pelbagai urusan, apa lagi memburu waktu Maghrib yang kian hampir. Hingga lepas Isyak masih ada urusan dengan anak-anak. Jadi tidak sempat menulis apa-apa, lagi pun isu yang saya terfikir untuk tulis sudah jadi seperti berita basi. Jadi cuti ajelah kelmarin.

Apapun, terima kasih kepada yang masih sudi membuka blog saya pada hari Ahad kelmarin....

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.