Monday, January 5, 2009

Mahathir Kecewa Dengan Pemilihan Wan Farid

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di laporkan oleh Malaysiakini menyuarakan kekecewaannya dengan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

"Setiap orang akan melihatnya (Wan Farid) sebagai hanya seorang proksi... seseorang yang boleh dipergunakan kemudian jika Najib menjadi Perdana Menteri," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sama ada pengundi Kuala Terengganu juga berkongsi kekecewaan yang sama dengan mantan Perdana Menteri itu tidak tahulah. Masa 2 minggu untuk berkempen mulai esok akan memberi jawapan sama ada pengundi mempunyai pendapat yang sama dengan Dr Mahathir atau tidak. Yang sudah tentu gembira jika Farid menang ialah bekas bossnya dahulu, Pak Lah. Najib juga pasti berusaha keras untuk menang demi maruah UMNO yang tercalar teruk dalam PRU ke-12 dahulu.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.