Sunday, January 25, 2009

Mahathir: Rakyat Sangat Meluat Dengan UMNO!!








Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menyifatkan Umno dibawah pemimpin Dato Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar.

"Umno di bawah pemimpin Dato' Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar", katanya dalam kenyataan sebagaimana yang tersiar dalam blog beliau.




Malah katanya oleh sebab itu ahli-ahli Umno pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara termasuk setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya.

"Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO dan konco-konconya.

"Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak Umno sekarang," kata beliau.

Antara kesalahan yang dilakukan kata Mahathir iaitu memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka dan hampir semua dari mereka yang dipilih menjadi calon kalah dalam pilihan raya tersebut.

"Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.

"Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari Kabinet," katanya yang mengulangi kritikannya sebelum ini

Katanya Umno di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.

"Biarlah kekalahan Umno di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada Umno. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum.

"Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin Umno"

pendikar gunung kriang: Saya tidak berhasrat untuk menambah komen Tun itu. Komen beliau sudah cukup sarat sebagai renungan rakyat dan ahli UMNO. Cuma saya sering tertanya-tanya ketika Tun membedal Pak Lah dan kepimpinan UMNO, mengapa nama 'anak emas'nya Najib jarang sekali disentuh? Sedangkan bagi rakyat biasa mereka lebih banyak menyimpan cerita buruk Najib dari cerita buruk Pak Lah sendiri. Ada sahabat mengandaikan dalam setiap 1 cerita buruk mengenai Pak Lah, Najib menyimpan 10 cerita buruk yang lebih dahsyat dari itu.

Mahathir pasti sangat tahu siapa Najib. Adakah Mahathir sengaja 'reserve' cerita buruk Najib untuk didedahkan apabila Najib mengambil tampuk pemerintahan negara kelak?

1 comment:

gotahlantun said...

umno / bn perlu ada anjakan pradigma.

1. yb-yb kena turun padang dan dengar luahan / masalah rakyat bukannya datang bagi ucapan panjang-panjang. rakyat tak nak dengar lagi dah ucapan yb-yb ni. mereka nak yb-yb ni dengar masalah mereka dan ambil tindakan.
2. perkemaskan agensi kerajaan. kakitangan kerajaan malas, ambil tindakan. yang buruk nanti nama bn jugak walhal kakitangan kerajaan yang tido dan pekak tak buat kerja.
3. pemimpin2 umno tak kira dari peringkat mana, mestilah sentiasa rapat dengan rakyat di bawah dan bukannya sering bersama kelompok tertentu saja.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.