Thursday, January 22, 2009

Zahid, Mengapa Berlagak Macam Ketua Geng Mamak?


Awal pagi kelmarin saya ada menulis mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta.

Ketika menulis itu saya menyatakan tidak jelas sama ada "negeri" yang dimaksudkan Zahid itu ialah semua negeri di Malaysia atau terhad untuk negeri-negeri yang diperintah oleh PR sahaja. Ketika itu saya mengandaikan ia cuma ditujukan kepada negeri-negeri yang diperintah oleh PR. Walaubagaimanapun selepas meneliti kembali akhbar rupanya "negeri" yang dimaksudkan Zahid itu ialah Perak. Jadi berkuatkuasa serta merta mulai kelmarin, semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri Perak.

Arahan ini menimbulkan banyak tanda tanya. Sehingga kini saya tertanya-tanya mengapa Perak dijadikan sasaran oleh Zahid? Mengapa dia marah sangat kepada Kerajaan Negeri Perak, apa salah mereka, apa salah rakyatnya hingga dihukum sekejam dan segila itu? Salahkah rakyat menggunakan hak demokrasi mereka untuk memilih parti lain selain dari BN dan kerana itu mereka dihukum? Sejak bila Zahid yang menjadi Menteri yang menjaga agama itu begitu terpesona dengan idealogi sosialis ultra dan komunisme yang tidak membenarkan rakyat memilih pemimpin kesukaan mereka sendiri?

Jika yang berdendam dengan Kerajaan Negeri Perak itu ialah mantan Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali kita mungkin dapat memahaminya. Seperti jika Khir Toyo sering menghentam Kerajaan Negeri Selangor, kita memahami motifnya. Jika Tajol dan Khir mengkritik Kerajaan Negeri, kita boleh andaikan ia dilakukan antaranya didorong oleh rasa kecewa kerana mereka gagal menyambung khidmat sebagai Menteri Besar untuk sepenggal lagi. Tetapi apabila Zahid melakukannya ia menimbulkan tanda tanya saya sebab nampak sangat dendamnya yang seperti membuak-buak. Mengapa Zahid yang mempunyai latar belakang pendidikan agama itu sanggup bertindak sedemikian?

Perbuatan Zahid itu mengingatkan insiden beberapa hari sebelum hari penamaan calon PRK Kuala Terengganu dahulu apabila heboh diperkatakan oleh media kita mengenai isu yang dibangkitkan Zahid mengenai 13,000 murid Tadika Kemas yang terjejas pembelajarannya akibat 'arahan' penutupan premis Kemas oleh Kerajaan Negeri Perak. Walau bagaimanpun apa yang dibangkitkan Zahid itu ternyata hanya tuduhan melulu kerana Kerajaan Negeri Perak rupanya tidak pernah membuat arahan tersebut dan 'penutupan premis' yang diwar-warkan itu cuma drama sebabak beberapa pelakon amatur yang terdiri dari pemimpin UMNO tempatan sahaja. Tuduhan melulu Zahid sangat mengecewakan Kerajaan Negeri sehingga Menteri Besarnya membuat kenyataan balas bahawa Zahid adalah pemfitnah besar dan pembohong yang dahsyat!

Mungkin Zahid yang kecewa kerana episod 'drama Tadika Kemas'nya yang tidak menjadi itu cuba mencari isu baru. Tetapi soal tidak membenarkan pegawai Kerajaan Persekutuan menghadiri mesyuarat peringkat negeri Perak kini telah menjadi isu panas yang menampakkan betapa angkuhnya Menteri yang menjaga agama itu dan betapa dalam dendamnya untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan PR yang tidak pernah padam-padam.

Kini tiba-tiba sahaja Zahid kelihatan seperti 'menghalakan penumbuk'nya ke arah Kerajaan Negeri Perak, tidak habis dengan satu isu, isu lain pula yang dibangkitkannya. Sama ada ia isu yang kelihatan tolol atau tidak ia bukan soalnya kepada Menteri ini. Yang penting bagi orang panas baran seperti Zahid ialah dendam perlu dilempiaskan dengan apa cara sekalipun. Sama juga seperti cara beliau menghadapi seorang duda dari Kelantan bernama Amir Bazli Abdullah, 37 tahun, pada 2006 dahulu.

Amir Bazli pernah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee, Kuala Lumpur pada 21 Januari 2006 terhadap Zahid yang ketika itu ialah Timbalan Menteri Pelancongan atas tuduhan membelasah beliau. Menurut laporan tersebut, Amir telah dicolek oleh sekumpulan lelaki ketika sedang mengisi minyak kereta di luar kampus UNITEN. Beliau kemudian telah dibawa mengadap Zahid di rumahnya di Country Height. Di rumah itu Amir mendakwa telah dipukul bertubi-tubi oleh kumpulan lelaki tersebut, anak lelaki Zahid dan Zahid sendiri. Menurut Amir beliau dipukul kerana didakwa Zahid mempunyai hubungan dengan anak perempuannya yang ketika itu sedang dalam proses perceraian. Tidak tahulah apa kesudahan kes itu kerana sehingga kini tidak pula terdengar perbicaraan mengenainya. Jika yang memukul (malah menjentik telinga) itu ialah pemimpin PAS, PKR atau DAP kita sudah dapat bayangkan kesudahannya.

Jadi apabila Zahid yang pendendam dan panas baran itu tidak puas-puas untuk terus 'menunjukkan penumbuknya' kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perak, apakah tindakan keterlaluannya itu boleh dikaitkan dengan imej gangsterism yang ada pada diri Zahid itu sendiri? Jika itulah realitinya, maka amat malang untuk rakyat Perak dan Malaysia kerana telah ditakdirkan untuk mendapat seorang Menteri seperti Zahid kerana beliau kelihatan lebih sesuai mengetuai Geng Mamak, Geng M-16, Geng 77 atau lain-lain kumpulan kongsi gelap yang sering membuat huru-hara di negara ini. Malang sungguh Perak, malang sungguh Malaysia kerana mendapat seorang Menteri bernama Ahmad Zahid Hamidi!!

Oleh: pendikar gunung kriang



1 comment:

semutapi said...

Zahid gangster? Nak heran apa jika zahid gangster, anaknya pun 2x5!! Yg lelaki cara lelaki, yg pompuan cara pompuan. Tak caye click: 'anak zahid' boleh lihat aksi ghairah anaknya!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.