Saturday, January 17, 2009

MCA Sebarkan Flyer Kepada Orang Cina Jangan Undi Parti Islam Agama Kolot!!


Ketika BN semakin terdesak untuk meraih undi Cina yang dijangka memihak kepada PAS, MCA menggunakan flyer yang disebarkan kepada pengundi-pengundi Cina yang merayu mereka supaya jangan mengundi PAS sebuah parti yang didakwa memperjuangkan Islam kolot di samping menyokong Anwar Ibrahim seorang extremis Melayu dan Islam.

Kepada MCA dan BN, janganlah terdesak sangat untuk mendapatkan undi sehingga menghina Islam dengan panggilan agama kolot. Menghina agama Islam akan mengguris hati ramai orang, kecuali pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah diketahui sikapnya itu.

Ikuti apa kata flyer yang disebarkan malam tadi dan pagi ini kepada pengundi-pengundi Cina yang ditulis dalam bahasa Mandarin yang dipetik dari KedahLanie:-

Kepada semua pengundi berbangsa Cina di Parlimen Kuala Terengganu.

Ingat tanggungjawab anda semua besar untuk memastikan Malaysia ini terus menjadi Negara secular yang tidak mengamalkan undang-undang Islam.

Baru-baru ini PAS sekali lagi menegaskan akan teruskan agenda melaksanakan hukum Hudud. Hudud ialah undang-undang kuno (ketinggalan zaman) yang dibuat ketika Islam mula dinegara-negara Arab.

Jika kemenangan Pas di kuala Terengganu ini terjadi maka semakin kuatlah PAS untuk meneruskan cita-citanya melaksanakan undang-undang Islam yang kuno dinegara ini.

Kita tidak memusuhi Islam atau Melayu tetapi kita menolak Islam lama yang kolot pemikiranya. Kita perlu mengundi dan mempertahankan Barisan Nasional. BN yang dipimpin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi yang yelah mencipta Islam Hadhari-Islam moden yang cukup liberal dan amat sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia. Ramai orang Melayu terkeliru dengan kempen Pas yang mengatakan Islam Hadhari haram kerana tidak sama dengan Islam yang tercipta di Arab. Apa jua ugama harus berubah mengikut masa yang penting. Islam Hadhari menjamin hak asasi rakyat dan kemajuan Negara. Sebaliknya Pas ingin membawa kita ke zaman kolot Islam seperti di Arab.

Pas cuba berselindung dengan wajah Anwar dan PKR. Harap pengundi bukan Melayu tidak terkeliru dengan imej Anwar. Dia hanya menggunakan Melayu untuk menarik undi. Sejarah Anwar ialah dia seorang yang ekstrem Melayu dan Islam. Ketika zaman mudanya dia sibuk membangkitkan semangat Melayu dan turut merusuh untuk mempertahankan bahasa Melayu, budaya Melayu dan hak Melayu saja. Dia juga merusuh kerana penduduk Melayu yang kononya kelaparan. Dia hanya tahu merusuh tetapi hanya untuk hak Melayu.

Namun kini Anwar cuba muncul gunakan parti perlbagai kaum. Ingat ini semua palsu. Selepas mendapat kuasa, Anwar akan kembali menjadi ekstrim Melayu. Malah orang Melayu dalam negara ini akan menjadi terlampau berkuasa akhirnya bukan Melayu akan tertindas dalam keadaan tidak mampu berkata apa.

Pengundi bukan melayu di Kuala Terengganu penentu nasib rakyat dinegara ini. Sama ada negara akan mundur di bawah undang-undang Islam dan ditadbir oleh golongan ekstrem Melayu atau kekal maju dan makmur dibawah Barisan Nasional.

Undilah BN.

1 comment:

perunding said...

Tian Chua berkampong disana.
MCA hantar flyer je.
no worry.
bagi flyer tu kat orang melayu.(melayu puak dia ehem ehem )

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.