Friday, January 16, 2009

Nak RM300, Sila Datang Ke Bilik Media BN Se-Ka-Rang!



Harakahdaily
melaporkan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub mendedahkan Barisan Nasional (BN) hari ini sekali lagi melakukan rasuah politik jelik dengan menghadiahkan RM300 kepada setiap wartawan yang datang ke bilik media milik BN sejak petang tadi.






"Ini merupakan satu lagi amalan rasuah politik yang dilakukan oleh BN dan saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan segera," tegas beliau.

Salahuddin mendapat maklumat tersebut setelah dihubungi oleh wartawan Malaysiakini yang sedang bertugas di Kuala Terengganu.

Sementara itu Bernama juga melaporkan perkara yang sama mengenai rasuah politik BN. Mengikut Bernama protal Malaysiakini versi Mandarin hari ini memberitahu bahawa seorang pegawai Kementerian Penerangan memberikan sampul berisi wang kepada petugas-petugas media yang membuat liputan pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, dua wartawan Merdekaview.com membuat laporan polis berhubung dakwaan menerima satu sampul surat putih berisi wang daripada seorang pegawai yang bertugas di Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Laporan dibuat pada jam 7.13 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Berita-berita yang diperolehi daripada Harakahdaily dan Bernama itu membuktikan rasuah politik memang tidak dapat dinafikan lagi berlaku dalam PRK Kuala Terengganu. Orang luar bandar, orang bandar, orang Melayu, orang Cina, petani, peniaga, wartawan tidak terkecuali menerima ujian yang sama - disogok untuk mengundi BN atau membantu BN. Patutlah indeks amalan rasuah di Malaysia sentiasa berada di tahap tinggi, di tahap cemerlang, gemilang terbilang; kerana agensi kerajaan sendiri menjadi petualang dan agen rasuah.

-pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.