Friday, January 16, 2009

Nama Najib Bergema Lagi Dalam Mahkamah.....



Nama Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak timbul lagi dalam perbicaran kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu hari ini apabila Ketua Inspektor Azilah Hadri yang dituduh dalam kes pembunuhan model Monggolia itu mendakwa ADC Najib mengarahkannya membantu Abdul Razak Baginda menyelesaikan masalah peribadi Abdul Razak.






Azilah dalam pengakuannya menyatakan Pegawai Pengiring (ADC) Najib iaitu Musa Safri menghubungi beliau pada 17 Oktober 2006 bertanyakan sama ada sesiapa di Balai Polis Brickfields boleh membantu Abdul Razak Baginda. Azilah membalas bahawa dia mengenali seorang Superintendan Idris Karim yang juga Ketua CID daerah terbabit. Kata Azilah, Musa memberitahu bahawa Abdul Razak sedang diugut (blackmailed) dan mengarahkannya berjumpa Abdul Razak untuk diperkenalkan kepada Idris. Mereka bertiga dikatakan bertemu keesokan harinya dan dalam pertemuan itu Azilah menyatakan bahawa Abdul Razak memberitahu bahawa beliau sedang diugut oleh seorang lelaki dan wanita yang kedua-duanya berbangsa Cina (sebenarnya Monggolia).

Isunya di sini ialah atas arahan siapa ADC Najib itu bertindak demikian dan apa kaitannya beliau dengan Razak? Itu masalah peribadi Razak mengapa Razak meminta bantuan orang lain membantunya? Tidak mungkin Razak meminta ADC itu membantunya kerana kuasa apalah sangat yang ada kepada seorang ADC bagi membantunya? Bagi mereka yang suka dengan khabar angin dan suka membuat andaian tentu apabila mereka membaca berita itu teringat kepada boss ADC itu : seorang lelaki gempal berambut jarang bewarna putih dengan misai dan bulu kening putih yang kini sedang giat berkempen di Kuala Terengganu....

Apa kaitan lelaki berambut putih, bermisai putih dan berbulu kening putih itu dengan kes Altantuya entahlah....


-pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.