Monday, January 19, 2009

NGO-NGO Malaysia: Kemenangan Di Kuala Terengganu Petanda PR Akan Menggantikan BN

Tinjauan yang dibuat oleh Harakahdaily mendapati beberapa NGO-NGO dan tokoh-tokoh akademik Malaysia melihat kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu Sabtu lepas sebagai pembuka laluan untuk meraih kemenangan lebih besar dalam pilihan raya umum ketiga belas nanti.






Mereka berpendapat keputusan PRK Kuala Terengganu dengan PAS merangkul majoriti yang besar bukan lagi undi protes sebaliknya satu trend perubahan rakyat dan petanda awal untuk PR mengambil alih pemerintahan negara dari BN .

Lihat apa kata mereka mengenai perkara ini:-

i) Presiden Pusat Kajian Medenity/Masyarakat Madani (Cesmacs) Dr Mohd Nor Manuty berkata, kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mengalahkah calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Farid Wan Saleh, menunjukkan dengan jelas rakyat mahukan perubahan. Apa lagi kemenangan tersebut dengan satu majoriti yang besar biarpun BN pergunakan segala kemudahan yang ada pada mereka.

Katanya dalam pilihan raya kali, yang menarik perhatian dengan kehadiran DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang bekerjasama dengan pemimpin dan petugas-petugas PAS terutama di kawasan bandar. Beliau berkata, ini sebagai satu manifestasi yang begitu memberangsangkan untuk masa depan Pakatan Rakyat dalam apa pun jua kontroversi antara berbilang kaum .

"Sama ada Melayu, Cina atau India yang besar majoritinya di situ, ini sebagai satu petanda yang cukup baik kerana dalam pilihan raya kecil lazimnya ia dimenangi Barisan Nasional," katanya.

ii) Ahli akademi daripada Jabatan Sains Politik Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) Dr Marzuki Mohamad berkata, kemenangan di Kuala Terangganu memberi erti masa depan PAS dan Pakatan Rakyat semakin cerah. Secara tidak langsung katanya memberi peluang untuk PAS perkukuhkan kedudukan politiknya di peringkat nasional dan juga segi kerjasama Pakatan Rakyat khasnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

Katanya pilihan raya tersebut bukan saja pengundi Cina yang mengundi PAS tetapi Melayu juga ramai menyokong PAS. Perkembangan tersebut katanya menunjukkan prestasi PAS mungkin akan menggantikan peranan Umno sebagai parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di peringkat nasional.

"Ini satu yang harus kita lihat kerana perubahan landkap politik bukan sebagai undi protes saja kepada BN tetapi nampak satu trend perubahan yang memberi peluang baik kepada Pakatan Rakyat khususnya," kata beliau.

iii) Pengarah Korporat Komunikasi, Fomca, Mohd Yusuf Abdul Rahman berpandangan kejayaan PAS bagi menduduki kerusi parlimen Kuala Terengganu itu mencerminkan perasaan rakyat yang sebenarnya,

"Kita tahu walaupun dalam pilihan raya kecil itu kerajaan mengarahkan jenteranya turun tetapi masih lagi tidak dapat pengaruhi pengundi dan ini menunjukkan keyakinan rakyat kepada kerajaan persekutuan masih lagi rendah dan kerana itu ia memberi kemenangan kepada PAS," ujarnya.

Katanya, Kerajaan Persekutuan harus membuat sesuatu jika hendak dapat kembali keyakinan rakyat.

Malah katanya, jika senarionya masih sama kemungkinan besar Pakatan Rakyat boleh menjadi pilihan utama rakyat selepas ini.

"Saya rasa kalau rakyat ada sekarang masih menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan tidak mustahil bahawa Pakatan Rakyat boleh ambilalih tampuk perintahan, "Bagi saya sendiri melihat perasaan tidak puas hati rakyat kepada pemerintah masih lagi meluap-luap," katanya.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.