Monday, January 5, 2009

Nilai Tokoh Hijrah Kita RM1 Juta

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Tokoh Maal Hijrah untuk tahun2009 berpeluang memperoleh hadiah bernilai RM1 juta. Katanya ia bertujuan untuk mengangkat martabat agama Islam selain memberikan penghargaan kepada pemenang.

RM 1 juta? Banyak tu! Untuk rekod, tokoh Maal Hijrah tahun lepas mendapat sumbangan dari kerajaan berjumlah RM100,000.

Nampaknya RM1 juta telah jadi penanda aras kerajaan dalam menilai seseorang tokoh. Semasa sukan olimpik dulu, hadiah RM1 jutajuga menanti pemenang pingat emas. Kini RM1 juta untuk tokoh Maal hijrah.

Diharap berita itu tidak akan menjadi pembakar semangat untuk seseorang itu bekerja keras semata-mata demi mengejar cita-cita untuk menjadi jutawan segera. Bekerja untuk agama perlu ikhlas kerana Allah tidak pernah menjanjikan balasan baik di akhirat dengan duduk di atas takhta yang diperbuat daripada gumpalan wang. Janganlah kerana mengharapkan RM 1 juta ada yang sanggup mendiamkan diri melihat segala kemungkaran di depan mata. Biarlah di dunia kita tidak disenangi manusia kerana berani berkata benar, asal di akhirat kita tidak disiksa kerana bersubahat dengan kepalsuan dan kezaliman.

Jadilah seperti bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin yang berani menegur sesiapa sahaja yang kelihatan melakukan kesalahan, hatta Perdana Menteri sekalipun ditegurnya. Jangan terpengaruh dengan wang ringgit, kelak ia menjadi bisa yang menggigit. Jangan terpengaruh dengan harta, kelak ia rosak binasa. Katakan benar, biarpun pahit.



Oleh : pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.