Thursday, January 8, 2009

Nilai Undi Di Kuala Terengganu: Satu Kepala RM500?

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan oleh bHarianOnline menafikan dakwaan kononnya ada anggota Barisan Nasional (BN) yang mengumpul kad pengenalan pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu untuk diberikan wang sebanyak RM500 setiap seorang. Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas dan sengaja ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi memburukkan parti berkenaan.

“Sehingga kini, saya tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. Kalau bagi RM500 seorang, berapa banyak wang yang perlu dikeluarkan? Dakwaan itu langsung tidak masuk akal,” katanya.



Ahmad Said kata tidak masuk akal? Nak percaya dengan kenyataan Ahmad Said itupun tak apa, tak ingin percaya pun tak apa juga. Kita masing-masing ada pengalaman yang berbeda tentang isu sogok menyogok ini. Seperti dalam pemilihan UMNO dulu , Tengku Ahmad Rithaudeen berkata beliau menerima 900 aduan tentang isu sogokan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Terpulanglah sama ada kita nak percaya atau tidak dengan apa yang dikatakan oleh veteran UMNO itu. Seorang lagi veteran UMNO, Tun Mahathir mengakui beliau banyak menerima laporan mengenai isu sogokan itu dan berkata beliau bersedia mendedahkannya, jika perlu. Angka RM500.00 untuk satu undi bukanlah pelik benar dalam sejarah UMNO. Dalam pemilihan Pemuda UMNO Macang yang lalu misalnya, dikatakan setiap perwakilan disogok wang bernilai RM500.00.

Kesimpulannya,perangai menyogok ini sudah jadi budaya UMNO, ia telah begitu sinonim dengan nama UMNO itu sendiri. Cuma nilai sogokan saja yang berbeda. Di kampung-kampung, nilainya dikatakan RM50, di bandar lebih sikitlah. Ibu saya di kampung (Pulau Pinang) berkata dalam PRU ke-12 dulu dia tidak dapat wang, tapi ada orang UMNO serah kain batik, gula, susu dan sekampit beras. Itupun sogokan juga namanya.

Kadang-kadang teringat, jika bertanding sesama sendiri, sesama adik beradik dalam pemilihan UMNOpun boleh menyogok, ini bertanding dengan parti lawan tak sanggup sogok pula ke? Jika dengan adik beradik satu partipun orang UMNO boleh buat tak senonoh (sogok menyogok), maka hairankah kita jika dengan pengundi luar mereka tidak sanggup buat ketidak senonohan yang sama?


Oleh : pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.