Friday, January 16, 2009

Orang Islam Yang Nak Jadi Penyokong PAS Pun Kena Daftar Juga Ke?

Tadi terlihat berita di TV3 yang menyebut 111 penyokong PAS dari Wakaf Mempelam menyerahkan borang permohonan untuk menganggotai UMNO. Alasan mereka tidak lagi menjadi penyokong PAS ialah PAS tidak berupaya membawa pembangunan.

Yang jadi tanda tanya saya ialah apabila pembaca berita yang manis itu berkata 111 orang yang masuk UMNO itu ialah 'penyokong PAS' dan bukannya 'ahli PAS'. Yang saya sangat-sangat-sangat-sangat-sangat tak faham ialah dari mana wartawan yang menulis berita itu tahu orang-orang yang berwajah Melayu yang menyerahkan borang permohonan itu adalah 'penyokong PAS'? Tak kan pula orang Islam yang nak jadi penyokong PAS pun kena daftar dengan parti? Yang saya tahu orang Islam yang nak jadi ahli PAS sahaja kena daftar. Ini orang Islam yang nak jadi penyokong pun kena daftar? Adakah PAS memang ada buat pendaftaran untuk penyokong dari kalangan orang Melayu-Islam?

Entah-entah yang serah borang permohonan jadi ahli UMNO itu ialah ahli Kelab Penyokong PAS dari kalangan orang Cina dan India kot? Walaupun semua yang serah borang itu berwajah Melayu totok, tapi manalah tahu mereka ini orang Melayu yang ada i.c. palsu dengan nama Cina dan India?

Atau mereka itu memang penyokong UMNO dan kini nak jadi ahli UMNO pula? Tapi nak jadi penyokong UMNO pun kena berdaftar juga ke?

-pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.