Thursday, January 8, 2009

Orang UMNO Pun Mengaku Wan Farid Ego, BN Susah Menang




Ketika cuaca di luar nampak panas membahang, tiba-tiba hati saya dicuit ketawa berdekah membaca kisah di bawah ini. Cerita di bawah ini berdasarkan kisah penulis blog TukarTiub - Hishamuddin Rais yang kini sedang berada di Kuala Terengganu untuk mengikuti perjalanan PRK Kuala Terengganu. . Ia satu kisah menarik lagi melucukan mengenai wanita UMNO dan Wan Farid. Ikuti kisah berikut yang saya kutip dari blog TukarTiub:-


Ini kisah benar. Bagini ceritanya. Selepas penamaan calon Kuala Terengganu cukup sibuk. Bayangkan berpuluh ribu penyokong datang. Untuk Pakatan sahaja hampir 20 ribu warga penyokong yang hadir.

Kota di tepi sungai dan laut ini menjadi sibuk. Jalan menjadi sesak.

Saya ingin mencari makan dan melarikan diri dari kesibukan ini. Tempat terbaik dalam perhitungan pastilah Pekan Cina.

Di hujung jalan Pekan Cina ini berhampiran dengan Pasar Payang ada sebuah kedai makan Melayu. Saya masuk. Ketika saya masuk masih banyak meja yang kosong. Sedang saya menunggu makanan sampai tiba-tiba beberapa kumpulan datang. Mungkin mereka baru selesai merayau-rayau di Pasar Payang. Meja kosong telah habis.

Tiga wanita bertudung biru tercari-cari tempat duduk – lalu mereka datang duduk bersama di meja saya. Meja saya agak besar. Ketiga-tiga mereka agak obes. Seorang yang berkaca mata duduk betul-betul di sebelah saya. Saya memberi laluan.

Saya perhatikan perwatakan mereka – saya yakin mereka pastilah wanita gerombolan. Tangan mereka berselirat gelang. Telinga mereka bergayut anting-anting. Di jari terpacak cincin – bukan satu bukan dua tetapi sampai empat lima. Di leher – tergantung rantai – sama macam rantai Mat Rempit. Yang berbeza Mat Rempit memakai rantai perak putih – Mak Cik-cik ini memakai rantai emas.

Kepada siapa agaknya mereka ingin menayangkan harta kekayaan mereka saya juga tidak tahu. Apa hebatnya emas emas bergayutan di badan saya pun kurang arif. Pada hemat saya kalau hendak menambahkan anggun dan dilihat cun bukan dengan emas tempayan tetapi dengan menguruskan badan yang obes.

Selalu saya perhatikan perangai perempuan Melayu. Mereka ingat pakai emas itu hebat. Mereka kurang sedar. Mereka kelihatan hodoh.

Yang berkaca mata bertanya saya ini dari mana. Lalu saya menjawb dari Bangsar. Dengan cepat dia berkata ‘ orang Datuk Sharizatlaaa ni …’ Saya hanya menjawab ’…eeeemmmm…’ Mereka cukup senang hati. ( Hati saya gedebak gedebuk ingin ketawa – tetapi tidak keluar bunyi – macam kentut senyap tanpa bantuan Dolby).

Saya pun memulakan ‘game’ dengan berkata ‘ KITA pun ramai juga yang datang…’

Bila mereka mendengar perkataan KITA saya nampak hidung hidung mereka kembang kempis. Lalu saya tanya dari mana mereka datang. Dengan bangga mereka mengatakan bahawa mereka dari Bakri Muar Johor. Bertolak jam 9 malam kelmarin – sampai ke Kuala Terangganu sesudah subuh. Yang seorang lagi berkata - juga dengan bangga - setiap Bahagian telah diarahkan menghantar satu bas. Sesudah makan tengah hari mereka akan pulang.

Wow ! Bayangkan betapa jauhnya mereka datang. Tetapi tidak sampai 5 jam berangguh di KT. Ini hanya hendak menunjukkan kepada Wan Farid ( yang juga obes) bahawa orang di P036 ramai yang datang membawa bendera gerombolan. Berapa agaknya belanja satu bas?

‘ Datuk Sharizat KITA macam mana?’

Nak terbarai kentut saya dengan bunyi Cincerama Dolby Dolby sekali. Teman yang makan bersama saya tersenyum. Saya nak beritahu Mak Cik Mak Cik ini – saya dah lama kenal Datuk Sharizat dan saya tahu siapa dapat ‘blowjob’ pertama dari Kak Jat. Tetapi tak sampai hati. Pengsan tiga wanita gerombolan ini nanti bila saya beritahu ‘ kong kali kong’ bakal pemimpin mereka.

Atau saya di himpap oleh badan-badan mereka. Atau saya kena libas oleh beg tangan Gucci Golok mereka.

Nak menyedapkan cerita seorang Mak Cik itu bertanya – kawan seorang ini siapa? Kawan saya pun tahu ‘game’ ini. Dengan cepat dia berkata ‘… saya driber’. Wow – Saya pun berlagak macam gedebe dari Lembah Pantai.

Kemudian saya tanya tentang Wan Farid. Saya tanyakan kenapa bekas presiden KITA kata Wan Farid tidak sesuai. Hanya satu jawapan dari yang memakai cermin mata ‘ dia ego’. Secara jujur mereka sedar bahawa Wan Farid ini agak ‘sombong’. Ini cerita yang mereka pungut ketika mereka berjemur di padang.

Mereka cukup yakin dengan watak ‘cool gedebe’ yang saya mainkan – mungkin kerana saya ada driber - lalu mereka berkata ‘ susah ni… calon KITA ni… tak pasti menang….’ Saya hanya memungut kata-kata mereka dengan senang hati.

Kami ingin beredar.

Saya tidak memesan makanan yang banyak. Kerana ketika berjalan saya suka terus berlapar. Saya hanya merasa-rasa masakan bukan makan untuk kenyang. Ini agar saya dapat singgah dari satu kedai ke satu kedai.

Kawan saya bangun untuk membayar. Dengan cepat Mak Cik bercermin mata berkata ‘… tak payah bayar untuk kami….. bahagian dah bayar semua…..’ Kah kah kah…. hampir terbarai kentut Dolby saya.

Kepada pembaca cerita ini – ambilah kesah ini sebagai satu pengajaran. Pertama kalau masuk restoran jangan duduk di meja orang yang tidak di kenali. Kalau restoran tak ada meja cari restoran lain atau tunggu ada meja yang kosong. Kedua tak perlu pakai cincin, gelang, anting-anting dan rantai untuk pergi ke rapat politik. Ketiga bila melihat susuk berjanggut, berponytail dan bertopi – jangan sesekali duduk di mejanya. Bahaya. Susuk ini terlatih untuk bermain ‘game’.

Maka di buatlah pantun untuk anak cucu cicit kita:

Masuk restoran pandang-pandang
Rantai di leher beg di sandang
Jangan bercakap terang-terang
Tukar Tiub sentiasa memandang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.