Tuesday, January 13, 2009

Palestin: Sekarang Masa Pak Lah dan Najib Buktikan Kejantanan Mereka!


Kelmarin saya terbaca dalam harakahdaily kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar yang mencabar kerajaan Malaysia segera mengusir keluar Duta Amerika dari negara ini sebagai bantahan kerana negara tersebut bersekongkol dengan Israel menyerang Gaza. Menurut Mahfuz kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah sedemikian sebagai tanda komitmen mereka dalam isu keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza. Jika enggan berbuat demikian bermakna kerajaan Malaysia merestui apa yang diputuskan oleh Amerika iaitu membenarkan Israel terus mengganyang Gaza.

Selain dari mengusir Duta Amerika, PAS juga kata Mahfuz mendesak agar kerajaan Malaysia memanggil Duta Mesir dan mendesak negara itu membuka sempadan di Rafah supaya bantuan dapat disalurkan kepada Palestin. Jika Mesir enggan berbuat demikian, Malaysia perlu mendesak negara-negara OIC supaya memboikot Mesir yang bersekongkol dengan zionis.

Kelmarin 10 usul mengenai Palestin telah diluluskan oleh Parlimen kita. Semua usul adalah mengenai 'menggesa' itu dan 'mengutuk' ini dalam bahasa yang sangat umum. Memandangkan cadangan PAS seperti yang dinyatakan Mahfuz adalah satu perkara baru, bersifat khusus dan kelihatan praktikal, maka wajar ia dipanjangkan untuk tindakan selanjutnya.

Justru cadangan Mahfuz mengenai tindakan yang bakal dilakukan terhadap Amerika itu perlu dibawa oleh PAS dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang. PAS dan PR boleh kemukakan usul untuk mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Amerika dan kemudian kita tengoklah apa reaksi kerajaan. Jika awal-awal lagi usul itu sudah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat atas alasan apa pun, itu bermakna kerajaan kita adalah jenis kerajaan yang sangat bacul. Tetapi jika Speaker benarkan untuk dibincang kita tengok pula berapa yang setuju dan berapa yang tidak setuju. Jika ramai yang tidak setuju, itu menunjukkan majoriti Ahli-Ahli Parlimen kita sangat-sangat pengecut.

Tetapi jika ramai Ahli Parlimen bersetuju untuk mengkaji semula hubungan diplomatik dengan Amerika, itu menunjukkan Ahli Parlimen kita memang berani. Jika ramai yang setuju, Parlimen boleh bincangkan tindakan diplomatik susulan terhadap Amerika sama ada dengan memanggil pulang Duta Malaysia di Amerika sebagai tanda bantahan, mengusir Duta Amerika di sini atau tindakan yang tidak mungkin berani negara-negara Islam kecuali Iran lakukan: putuskan hubungan diplomatik dengan Amerika!

Mungkin ada yang bertanya apa untungnya kita bergaduh dengan kuasa besar itu, termasuk mengusir dutanya di Malaysia. Adakah ekonomi kita akan bertambah baik selepas pengusiran dan apa kesan jangka panjang lain dari sudut ekonomi, sosial dan politik terhadap negara ini tanpa berbaik dengan proksi zionis itu? Soalan itu pasti berbangkit kerana kebanyakan kita lebih mementingkan soal kekayaan dan kejayaan berbanding soal maruah dan harga diri. Namun jika segalanya perlu dikaitkan dengan ekonomi - takut kehilangan pelaburan, takut tindak balas kuasa luar, takut itu, takut ini, bermakna kita ini adalah bangsa yang tidak kisah dengan maruah asalkan dapat hidup bahagia. Jika prinsip kita ialah tidak kisah dengan maruah asal dapat hidup bahagia, maka pemikiran kita telah setaraf dengan pelacur yang hidupnya hanya berkisar di sekitar wang semata. Apa orang lain nak buat dengannya buatlah, nak ganyang sampai lumat pun silakan, yang penting fulus sentiasa perlu penuh poket.

Jadi beranikah kerajaan kita mengambil sesuatu langkah tegas terhadap negara yang dipanggil 'syaitan besar' oleh Iran itu termasuk memanggil pulang duta kita di Amerika atau mengusir Duta Amerika di sini? Beranikah Pak Lah melakukannya, beranikah Najib PM dalam pembikinan itu melakukannya? Jika Hugo Chavez presiden Venuezela yang Kristian itu pun berani mengusir duta Israel, mengapa Pak Lah dan Najib yang Islam ini tidak berani perkara yang sama dilakukan terhadap Duta Amerika? Jadi terpulang kepada Pak Lah dan Najib sama ada hendak jadi jantan seperti Chavez dan Ahmadeenejad atau jadi jantan dayus seperti Hosni Mubarak dan rakan-rakan ketua negara Arabnya.

Pak Lah cuma tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum dia meninggalkan kerusi empuk PMnya. Ini lah masa terbaik untuk Pak Lah membuktikan kejantanannya terhadap Amerika bapa angkat Israel itu, itu pun jika beliau mahu buktikan. Jika Pak Lah berani melakukan sesuatu terhadap Amerika seperti mengusir dutanya maka Pak Lah akan diingati keberaniannya dan namanya pasti akan tercatat dalam tinta emas sejarah tanah air. Tapi jika Pak Lah dan Najib tidak buat apa-apa terhadap Amerika selepas mendapat usul PAS dan PR, mereka akan dikenang sebagai pemimpin Islam yang cakap tidak serupa bikin. Orang akan kata Najib cuma cakap penuh semangat di Kuala Terengganu untuk meraih simpati pengundi, tetapi bila berdepan cabaran sebenar dia kecut sekecut-kecutnya.

Sekarang kita cuma perlu tunggu PAS dan PR membawa usul mengenai cadangan mengkaji semula hubungan dengan Amerika termasuk pengusiran dutanya untuk dibawa ke Parlimen. Harap-harap PAS betul-betul serius dalam hal ini dan tidak dibuat cuma untuk menarik perhatian rakyat. Kemudian kita tengoklah siapa jantan, siapa betina, siapa berani, siapa dayus.


Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

Have you see a muslim demonstration against muslim terror?___
So Fuck islam. The best mohammed T-shirts art is from Sweden Watch and read the info at,
http://www.mohammedt-shirt.com
And allah will help the muslim. HA HA HA HA

Anonymous said...

And one day, you will go to the hell of "Jahanam" forever because you inslut Islam. May Allah la'nah (Curse) the person insluting Islam.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.