Saturday, January 17, 2009

Pas Menang Majoriti Besar 2,631 Undi


A
khirnya seperti jangkaan ramai, calon PAS, Mohd Abdul Wahid bin Endut memenangi PRK Kuala Terengganu mengalahkan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti besar - 2,631 undi. Ikuti berita selanjutnya yang dipetik dari mStar:-

Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Keputusan itu diumumkan oleh Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.30 malam.

Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,252 undi.

Beliau menang dengan majoriti 2,631

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.


Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 berbanding Abd Wahid dengan 86 undi, manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam dengan satu undi.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.