Friday, January 2, 2009

PENUBUHAN SUARAS : PERLUKAH KITA HADIAHKAN KHIR TOYO DENGAN KANTA PEMBESAR?

mStarOnline melaporkan bahawa BN Selangor akan menubuhkan satu badan bernama Suara Rakyat Selangor (SUARAS) bagi menyiasat kerajaan negeri itu yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) yang masih gagal melaksanakan banyak janji-janji pilihan raya yang lalu. Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamed Khir Toyo berkata, langkah itu adalah usaha pihaknya untuk membuat satu gerakan khusus termasuk kempen kesedaran bagi menyedarkan rakyat bahawa PR Selangor masih belum melunaskan janji-janji yang dibuat.

"Kita sedang membuat perancangan teliti untuk tujuan itu dan dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya bulan Mac atau April nanti. NGO ini (SUARAS) nanti akan dianggotai oleh ahli-ahli NGO lain dan juga penduduk yang tidak berpuas hati dengan kerajaan PR yang belum menunaikan janji pilihan raya mereka," kata Ketua Pembangkang di DUN Selangor ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Kita sokong penubuhan NGO bagi menyiasat janji-janji semua pihak yang terbabit dalam pilihnraya yang lalu. Namun sepatutnya skop bidang tugas badan yang ditubuhkan itu bukan sahaja terhad untuk menyiasat janji kerajaan PR yang baru berusia 9 bulan itu, tetapi juga janji-janji kerajaan Persekutuan yang ditaburkan dalam 12 siri pilihanraya sejak negara merdeka 51 tahun yang lalu. Mungkin bagi Khir Toyo 9 bulan itu terlalu panjang untuk PR melunaskan janji-janji pilihanrayanya tetapi bagaimana dengan janji-janji selama 621 bulan BN memerintah Malaysia, bukankah ia satu tempoh yang tersangat panjang? Lihat sahaja janji untuk meningkatkan taraf ekonomi Bumiputra, DEB, meningkatkn syiar Islam, membina masyarakat di mana kekayaan negara dinikmati bersama dan pelbagai janji-janji manis di dalam setiap manifesto pilihanraya BN sejak setengah abad dahulu, sejauh mana ia telah tercapai?

Jika Khir Toyo dan SUARAS dapat memperluaskan skop bidang tugasnya, tentu ramai yang akan menyokong bekas MB Selangor itu. Orang akan memuji Khir Toyo yang berfikiran objektif dan realistik. Orang tidak akan lagi berkata Khir Toyo ini jenis manusia yang kuman di seberang jalan nampak tetapi belalai gajah di depan mata tidak nampak. Namun jika beliau masih tidak nampak belalai gajah di depan mata, terpaksalah rakyat Selangor hadiahkan kanta pembesar untuk bekas MB yang menghadapi masalah rabun jauh itu. Semoga dengan hadiah kanta pembesar itu dapat mengelakkan beliau dari dibelit dan dipijak gajah di depan mata yang beliau dan SUARAS tidak nampak!


Oleh : pendikar gunung kriang.

1 comment:

perunding said...

suaras nak lawan selcat.

yalah ada Tom and Jerry pulak.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.