Tuesday, January 6, 2009

PRK K.Terengganu: Calon AKIM Tarik Diri Dan Sokong PAS

Harakahdaily melaporkan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abdul Rahman Mohamad mengumumkan menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi tadi.

Harun mengumumkan penarikan diri beliau sepuluh minit selepas memasuki Stadium Negeri. Beliau turut menyeru kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu agar memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut. Harun menjelas beliau menarik diri kerana dasar perjuangan Akim dan PAS adalah sama.

Walaupun berita ini tidak membawa banyak makna kepada PAS kerana IKIM adalah satu parti kerdil, namun ia pasti meningkatkan lagi moral penyokong-penyokong PAS.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.