Friday, January 16, 2009

Rupanya Memang Benar Surat "Pendedahan" Ezam Tu Diambilnya Dari Bakul Sampah Rumah Anwar!!


Dalam blog saya kelmarin, saya ada menulis artikel bertajuk,"Surat Anwar Kepada Mahathir - Aaik, Tak Nampak Macam Surat Rayuan Untuk Berdamai Pun!!!" Di hujung artikel itu, saya menulis:

"Dalam hati saya tertanya-tanya: Mungkinkah Ezam telah tersalah bawa surat? Atau dia terjumpa surat lama di dalam bakul sampah rumah Anwar 10 tahun dahulu yang Anwar buang dan tidak jadi menghantarnya, lalu Ezam menyimpannya untuk kenangan?"

Ketika saya menulis dengan berkata bahawa surat itu sesuatu yang tidak dikehendaki Anwar lagi dan telah dibuangnya ke dalam tong sampah sebenarnya ia berdasarkan gerak hati saya sahaja. Ini kerana saya nampak surat itu tidak membawa apa-apa erti dan tidak akan memberi apa-apa kesan yang boleh mencederakan masa depan politik Anwar. Tidak sangka apa yang saya tulis itu benar, surat itu memang dipungut dari rumah Anwar yang dianggap Anwar sebagai sampah yang tidak diperlukannya lagi. Nak buat apa lagi Anwar dengan surat itu? Surat itu ditulis tangan oleh Anwar yang kemudian meminta Ezam menghantarnya kepada Dr Mahathir. Tetapi Ezam tidak hantar surat itu kepada Dr Mahathir. Jadi, bagi Anwar ia surat yang yang tidak relevan, out of date dan tak berguna lagi untuk disimpan. Jadi untuk apa surat tak berguna itu dijaja oleh Ezam?

Ikuti pendedahan mengenai surat tersebut yang saya petik dari blog al-Bakistani (http://g-82.blogspotl.com/) :-

Ezam, Klon malahan scan Pak Syaikh Anwar Ibrahim yang berbangsa jawa mahu mendedahkan, kononnya ada satu surat damai antara Pak Syaikh Anwar Ibrahim dengan Dr Mahathir semasa pemecatan Pak Syaikh dahulu.

Bunyi macam gempak, tapi rupa-rupanya tak gempak mana. Sebab, surat itu, bukan sahaja berada didalam tangan Ezam sahaja, bahkan ada kat tangan ramai kenalan rapat Pak Syaikh Anwar Ibrahim.

Aku mengenali beberapa kenalan rapat Pak Syaikh Anwar Ibrahim, seperti Saudara Eikmal Ahmad dan Saudara Eddieputra. Saudara Eikmal seorang yang berwatak intelek, lantaran dulunya beliau seorang budak dari badan kajian “IKD” dan Eddieputra pula seorang yang berwatak bersahaja lantaran beliau seorang aktivis reformasi yang sentiasa dengan masyarakat.

Antara kedua-dua teman itu, aku amat rapat dengan Eddieputra.

Eddieputra menyatakan bahawa beliau juga ada menyimpan surat yang didakwa damai itu; dan beliau sendiri menunjukkan kepadaku surat tersebut sebelum Ezam pergi kempen pilihanraya Kuala Terengganu lagi.

Membaca kandungan surat tu, aku nak tergelak dengan berita gempak yang dimainkan oleh Ezam. Apabila membaca kandungan surat itu, disamping mengetahui kronologi disebalik keluarnya surat itu, ianya tidak segempak mana, cumanya sengaja digempakkan oleh Ezam seperti hendak melariskan majalah gempak yang tersebar di pasaran.

Eddieputra menyatakan, surat itu diambil oleh beliau ketika Pak Syaikh Anwar Ibrahim hendak pindah rumah dari Bukit Damansara ke Bukit Segambut. Semasa pemindahan sedang berlaku, Eddieputra meminta izin dari Pak Syaikh Anwar Ibrahim untuk menyimpan surat itu, untuk dijadikan koleksi.

Pak Syaikh tidak kisah Eddieputra ambil surat itu, kerana pada beliau, surat itu adalah sampah yang tidak bernilai lagi.

Semasa Ezam hendak mendedahkan kandungan surat damai tersebut, aku tidak menyangka, surat itu yang dimaksudkan. Tiba-tiba, apabila surat itu didedahkan, aku rasa nak tergelak dengan sikap ezam yang suka menggempakkan orang dengan sesuatu yang tak gempak langsung.

Eddieputra pada awalnya pun menyangka, bahawa mungkin ada sesuatu yang lebih gempak yang mahu didedahkan oleh Ezam, rupa-rupanya surat yang sama; bermakna, bukan sesuatu yang gempak, tetapi kegempakannya itu sekadar gempaknya ”majalah gempak” yang tersebar di pasaran sahaja.

Oleh itu, tolong bagi pesanan kat Mat ezam tu, tak payah buat kerja gempak sangat. Sebab, orang yang suka gempak-gempak ni selalunya orang yang gila nak masyhur...

sekian


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.