Wednesday, January 14, 2009

Si-Durjana Mana Punya Kerja Nie?



Sudah masuk 24 jam sejak jam 12 tengahari 13 Januari 2009 laman yang paling popular dengan berita perkembangan terkini PRK Kuala Terengganu - Tranungkite Online (TKO) - gagal berfungsi. Kegagalannya berfungsi disebabkan menerima serangan hebat dari penggodam bagi memadamkan berita-berita terkini yang diterbitkan oleh TKO. Difahamkan serangan terhadap TKO itu dibuat dengan harga yang amat tinggi menyebabkan laman tersebut terhenti operasi di mana serangan datang daripada pelbagai penjuru server termasuk dari Brazil, China dan lain-lain.

Selepas percubaan menyerang Harakahdaily sejak minggu lepas, nampaknya kini giliran TKO pula. Sangat kebetulan pula insiden-insiden serangan ini berlaku ketika bahang PRK Kuala Terengganu semakin berada dikemuncaknya dan ketika Harakahdaily dan TKO menerima serbuan mendadak pelayar internet bagi mendapatkan berita-berita panas lagi terkini.

Sesuatu yang menjadi tanda tanya kita ialah siapa mastermind yang merencanakan serangan yang kelihatan seperti terancang itu? Apa tujuan laman yang menjadi sumber alternatif kepada berita-berita media arus perdana itu diserang? Dan mengapa si-penyerang memilih waktu serangan ketika TKO begitu banyak memuatkan berita terkini mengenai PRK Kuala Terengganu? Apakah serangan ini sengaja atau secara kebetulan berlaku ketika BN sedang 'senak perut' diasak bertubi-tubi oleh jentera mantap PR?

Apapun jawapannya, yang jelas pelayar yang inginkan berita terkini mengenai Kuala Terengganu telah kehilangan satu permata berita yang berharga yang selama ini begitu dekat dengan jantung rakyat Terengganu.


Kepada penyerang TKO dan proksinya, ketangkasan anda menyerang sehingga TKO benar-benar lumpuh dengan pukulan t.k.o sangat dikagumi. Anda telah membuktikan bahawa anda benar-benar anti-demokrasi sehingga ruang terbuka di alam siber ini pun anda ingin letakkan di bawah tapak kaki anda. Ketika kebenaran hakiki telah dipadamkan oleh berita songsang media arus perdana di bawah kawalan mereka, rakyat cuma memiliki alam siber untuk mereka melihat sisa-sisa kebenaran yang masih berbaki. Jika sisa-sisa yang berbaki itupun anda ingin merampasnya dari kami maka minda anda adalah setaraf dengan regim diktator komunis dan fasis yang telah lama runtuh itu.

Namun ketika anda duhai penyerang durjana sedang gembira berpesta di atas sebuah kejayaan meruntuhkan secebis kebenaran, anda jangan lupa kudrat Illahi. Anda mungkin boleh merencanakan serangan , namun Dialah perencana terbaik. Segalanya boleh berubah dengan izinNya.

Semoga TKO yang cedera parah dan masih menjadi tawanan penyerang durjana itu akan kembali beroperasi tidak lama lagi. Ataukah penyerang hanya akan membebaskan TKO dari tawanan selepas pemenang PRK Kuala Terengganu diketahui pada malam Sabtu kelak?

Oleh: pendikar gunung kriang


No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.