Monday, January 5, 2009

SIAPA PUNYA KERJA TU?

Sekarang ini media kita siang malam sibuk dengan cerita penutupan Tadika Kemas di Perak dan Selangor. Berdasarkan laporan media penutupan tadika itu atas arahan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri pula menafikannya dan berkata tiada arahan rasmi penutupan telah dikeluarkan. Jadi kalau tanpa arahan, siapa yang gatal-gatal menutup tadika-tadika itu?

Ada pihak menyatakan penutupan tadika itu dibuat oleh musuh-musuh PR yang masih berdendam dengan kekalahan mereka dalam PRU yang lalu. Namun bagi pelajar-pelajar tadika dan waris mereka siapa yang menutupnya sama ada orang PR atau UMNO atau pihak lain adalah tidak begitu penting. Yang penting siapa yang akan membukanya bagi memberi peluang anak-anak mereka meneruskan persekolahan masing-masing seperti biasa.

Oleh : pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.